PART 2

269 15 0
                                    

Traffic kat korea lancar, so cepat je sampai kat apartment nad and mira. Kelibat dua ekor sahabat yang aku sayang tu, melompat2 nampak aku dalam teksi. Aku hulurkan duit tambabg kat pakcik tu. Dia bagi wang baki tapi aku tolak.
"GWENCHANA UNCLE"

Pakcik tu senyum dan terima baki tu. Pakcik tu keluar dan bukak bonet teksi untuk ambik luggage aku. Aku keluar dari teksi dan terus sambut pelukan dari dua orang sahabat yang akan jaga aku kat sini. Pakcik tu bagi luggage, dia senyum.

"I HOPE YOU WILL FIND SOMEONE THAT CAN CARE ABOUT YOU" pakcik.

Aku senyum bila pakcik tu berkata seperti aku akan menjumpai sesorang yang akan jaga aku dengan baik. Pakcik tu beredar dari perkarangan apartment. Mira and nad terus mengajak aku naik ke rumah sewa di tingkat 12. Butang lif pun ditekan.

Sampai kat depan pintu rumah, aku nampak ruang tempat kasut. Then terus masuk ke ruang tamu yang luas. Rumah tu memuatkan dengan 3bilik, 2tandas,1ruangtamu, 1dapur. Rumah ni lengkap dengan tv, sofa, katil, meja makan, peti ais. Cukup, semua cukup. Mira pun tunjukkan bilik aku.

"NI BILIK KAU, AKU TIDO NGAN MIRA, BILIK DEPAN NI. KATIL NI MIRA BELIKAN. MEJA TU TUAN RUMAH BAGI. SEWA KAT SINI TAKDE LA MAHAL. KAU DAH ADA NI BOLEHLA BAHAGI 3" nad.
"HAHAHA. OK LAH WEY RUMAH NI. NANTI AKU KERJA KITA BAYAR LAH SAMA2. BOLEH TAHANLA RUMAH NI" hani.

Aku pun bukak tingkap bilik. Pemandangan dari sini memang cantik. Boleh nampak namsan tower. Kalau malam mesti cantik. Aku duduk balik kat katil.

"NAH HANI. AIR." mira.

Aku hirup air chocolate panas yang dibuat oleh mira. Aku letak kat atas meja study.

"OKLA. KAU KEMAS LAH DULU. KITAORANG TENGOK TV KAT LUAR JAP" Nad

Aku senyum. Diorang pun keluar dari bilik. Aku ikat rambut aku sebab nak kemas. Kot yang aku pakai aku gantungkan kat penyangkut. Tilam yang dibalut dengan plastik tu, aku bukak dan aku gantikan cadar yang diberi oleh mira. Cukup lah ada satu bantal. Nanti lepas kerja aku belilah bantal peluk.

Aku pergi dapur ambik kain dan sebaldi air. Mira ngan nad khusyuk tgk tv. Sampai gelak2. Aku lap meja study, lap tingkap. Aku bukak luggage, aku keluarkan buku study aku dan aku susun. Laptop yang aku sayang tu aku letak kat atas meja. Baju dan seluar aku gantung dalam almari. Bantal busuk aku letak atas katil. Kalau takda benda tu aku tak boleh hidup. Kalau takde, aku akan tarik tangan orang and aku letak kat hidung. Luggage aku letak tepi.

"SIAP" aku senyum dan tepuk tangan. Aku ke tandas. Mandi dan ambik wudhu. Dan aku pun solat.

Selepas solat dan doa, baldi dan kain tadi aku basuh dan simpan. Aku join mira and nad baring kat sofa. Nad letakkan kepala kat atas perut mira dan aku terus letak kepala kat atas perut nad.

"CERITA APA NI?" Hani.
"RUNNING MAN" Nad

Aku angguk. Kelakar jugak running man ni. Patutlah ibu gelak bila cakap pasal running man. Eh, ibu? Aku terus ambik phone and aku call ibu. Aku bangun and keluar ke koridor luar dari ruang tamu.

"ASSALAMUALAIKUM IBU, HANI DAH SAMPAI KAT RUMAH NI. OK JUGAK RUMAHNYA" hani.
"WAALAIKUMSALAM. HAA BAGUS LAH TU. NANTI KAMU CARI LAH KERJA. BAYAR SEWA SKALI DENGAN DIORANG. DAH SOLAT KE?"
"HA TU LAA. ESOK LEPAS BALIK U HANI TERUS PERGI CARI KERJA DENGAN DIORANG. TADI LEPAS KEMAS BILIK, HANI DAH SOLAT DAH." hani.
"ALLHAMDULILLAH. TAKPELA. KAMU REHAT DULU. PENAT TU. KAT SINI DAH PUKUL 8. KAT SANA MESTI DAH PUKUL 9" ibu.
"YELA. ASSALAMUALAIKUM" hani.

Ibu pun end call. Aku senyum sorang2. Rindu kat ibu. Pemandangan dari koridor ni pun lawa. Aku terus bukak camera iphone aku dan snap gambar. Then apload kat instagram dengan caption nya. 'HI KOREA'. Aku pun masuk terus join mira and nad. Aku pun layan je lahh running man. Aku gelak bila tengok lee kwangsoo joget.

"TAH APA APA TAH KWANGSOO NI" aku gelak.

Habis running man aku on phone sambil jalan ke bilik. Time masuk tido. Likers dah lebih seribu. Ada yang comment. 'Untungnya kak hani. Saya nak sangat pergi sana'. Aku senyum. Ni mesti banyak budak kpop yang komen. Aku off phone then terus baring. Aku letak bantal busuk kat hidung. Aku baca Al-fatihah, Al-kursi, dan doa tido. Ubat aku untuk lelapkan mata.

"HANI"Where stories live. Discover now