PART 1

417 20 1
                                    

"HANI,SAMPAI KAT SANA NANTI, JANGAN LUPA CALL IBU TAU"

Aku angguk. Ni first time aku nak naik flight. So, mestilah ibu dan ayah aku risau. Almaklumlah, ank tunggal.

"YE BU,HANI JANJI. NANTI SAMPAI JE KAT SANA, HANI TERUS CALL IBU.IBU JANGAN RISAU. MIRA DENGAN NAD KAN ADA."

Berat je rasa hati ni nak tinggalkan ibu ayh. Ibu angguk tanda ibu percayakan aku. Ibu faham keputusan aku untuk melanjutkan pelajaran di korea, adalah keputusan yang baik. Demi masa depan aku. So, ibu dan ayah boleh terima. Lagipun ibu dan ayah kenal dengan mira and nad. So, ibu dan ayah takdelah risau sangat.

"HANI KAT SANA JANGAN NAK BERSOSIAL SANGAT. JANGAN LUPA SOLAT"

Ya. Ayah selalu ingatkan aku untuk solat. Walaupun aku tidk berhijab tapi itu bukan penghalang untuk aku sujud pada Allah. Semoga Allah membuka hati aku untuk memakai hijab sepenuh masa.

"HAA.. KAT SANA PULAK JANGAN NAK MENGGATAL DENGAN MAMAT KOREA. KAMU KENA KAHWIN DENGAN ORANG SINI. TAU"

Aku, ibu dan ayah tergelak kecil bila maksu aku cakap macam tu. Dia selalu ambil berat pasal aku, sampai jodoh aku pun dia yang nak carikan.

"HAA.. GELAK, GELAK JUGA. KAMU PUNYA TIME DAH SUNTUK. KAMU KENA PERGI SEKARANG. NANTI TERLEPAS PULAK" ayah.

Aku angguk tanda aku faham. Aku salam tangan ibu ayah dan maksu. Aku tarik luggage aku bersaiz king, dan beg laptop. Aku gerakkan langkah ke depan. Sekali aku pandang ke arah ibu dan ayah. Aku lambai dan aku senyum. Ibu, ayah dan maksu pun balas sama. Aku sambung berjalan ke depan dengan semangat untuk melakar masa depan aku.

Selepas check beg dan passport oleh polis airport, aku pun mulakan langkah sebagai seorang pelajar university. Aku naik tangga kapal terbang dan masuk kedalam perut kapal terbang air asia itu.

Kedatangan aku disambut mesra oleh pramugari yang cantik. Aku cari tempat duduk aku. Syukur aku dapat duduk kat tepi sekali menghadap tingkap. Salah satu impian aku jugak bila masuk dalam kapal terbang. Sebelah kanan aku adalah seorang perempuan cina. Dia duduk dan dia senyum. Aku pun balas dengan senyuman ikhlas. Aku selesakan tempat duduk aku. Aku keluarkan buku untuk aku hilangkan rasa bosan. Lepas je pesawat ni penuh. Pramugari yang bertugas mulakan tugasnya untuk memberi taklimat. Aku dengar dengan teliti. Then diorang bagi satu borang untuk di isi. Selepas itu aku check jam di tangan. Jam memunjukkan pukul 10 pagi. Mungkin lepas lapan jam, pesawat ni akan mendarat di airport korea. Aku pun membaca doa sebelum pilot di depan menerbangkan pesawat ni di udara. Perempuan cina di sebelah aku pun pandang aku sekilas. Selepas 1 jam aku membaca buku, mulut aku dah pun menguap. Aku simpan buku then terus tido.

Dengan baki ngantuk tu masih ada lagi, cina kat sebelah aku tu kejutkan aku. Dia kata pramugari ada bagi makanan. So, aku pun makan. Aku pun tengok jam. Dah pukul 12:30. Lepas aku habiskan makanan, aku sambung baca buku. Last2, aku tertido. Sedar2 aku dah sampai kat incheon international airport. Mungkin aku penat sangat kot malam tadi sebab aku research pasal bakal university sampai tido pukul 3 pagi.

Aku turun dari perut pesawat. Aku hirup udara korea. Senyuman di bibir terukir. Setelah aku puas, aku terus masuk ke dalam untuk ambik beg. Lepas beg telahpun ditangan. Aku kotakan janji aku untuk call ibu.

"HELLO, ASSALAMUALAIKUM IBU.. HANI DAH SAMPAI KOREA DAH NI

"YEKE? ALHAMDULILLAH. MACAM MANA TADI, OK KE NAIK KAPAL TERBANGNYA?" Ibu

"OK. JE.. BANYAK TIDO TADI"

"HAA ITU JE KEJE KAMU. DAH DAH. PERGI CALL NAD DENGAN MIRA. KARANG KAMU LAMBAT BALIK KE RUMAH SEWA KAMU. ASSALAMUALAIKUM" Ibu

"WAALAIKUMSALAM" Di hujung talian aku dah senyum. Rindu. Tengok. Baru je sampai korea dah rindu ibu dan ayah. Aku pun mula keluar dari airport dan terus cari teksi. Aku masuk dalam teksi dan tunjukkan kertas yang ada tulis alamat rumah sewa nad and mira. Nasib pakcik ni tahu. Dalam perjalanan pakcik tu tanya aku.

"WHERE ARE YOU FROM?" Pakcik
"FROM MALAYSIA" Aku jawab dengan mengukir senyuman di bibir.
Pakcik tu angguk tanda faham.
Selepas tu aku terus mesej mira. Aku cakap aku otw ke rumah sewa dia. Exited betul dia dengan nad sampai diorang terus tunggu aku kat tingkat bawah. Padahal perjalanan jauh lagi.




"HANI"Where stories live. Discover now