Esok Kalau Aku Mati.

291 16 4
                                    

      Tekun aku menghadap laptop di atas meja belajar sambil menaip ayat untuk membalas perbualan rakanku di Facebook. Mataku tertarik pada satu article di dalam Facebook. Tajuk besarnya“Artis Lelaki Dikecam Kerana Berpakaian Tidak Sopan Sewaktu Majlis Makan Malam”. Muka ku berkerut.
“Hermm apa nak jadi dunia sekarang ni” Keluh aku.
“Apa dia Nisa’ kenapa dengan dunia sekarang ni?” Soal rakanku Aisyah yang sedang ralit membaca buku diarinya di atas katil.
       Aku menoleh ke arah rakanku. Sedikit keluhan aku lepaskan.
      “Aku tak faham betul dengan pemikiran masyarakat sekarang. Ada artis ni pergi majlis makan malam, pastu kena kutuk gila-gila beb. Sebab dia pakai seluar pendek.
      Tapi aku tengok seluar tu bawah lutut. Katanya tak hormat majlis. Habis yang perempuan dok tayang rambut dengan balut badan tu tak kena kutuk pulak”
Aku mendengus geram. Segala keluhan aku lepaskan.
      Aisyah hanya tersenyum mendengar leteranku. Kepalanya digelengkan. Aku membuat muka. Boleh pulak dia senyum.
“Dunia akhir zaman…” Balas Aisyah.
        Aku bangun dari meja belajar dan menuju ke arah almari. Malam ni ada study group dekat gazebo Kolej Melati. Opss lupa! Aku dengan Aisyah satu bilik dekat Kolej Melati UiTM Shah Alam. Aisyah ni kira best friend aku sebab dah dekat 4 sem aku mintak sebilik dengan dia.
      Aku membuka almari dan memilih baju untuk di pakai. Setelah itu aku mengambil fail-fail yang berselerak di atas katil.
“Aku keluar dulu beb.” Ucapku sekadar berbasa basi. Aisyah menoleh ke arahku.
     “Baju kau jarang. Nak usya sapa kat luar tu?” Soal Aisyah bersahaja. Matanya di arah semula ke arah diari di tangan. Aku melihat bajuku. Ha’ah sedikit jarang.
“Alah… Bukan nak pergi jauh pun! Lagipun jarang sikit je. Aku just duduk dekat bawah tu je. Lagipun kolej perempuan. Mana ada lelaki masuk” Aku mempertahankan diriku. Aisyah tersenyum lagi. Matanya di halakan kepadaku.
       “Kau boleh lihat masa depan ke? Kau yakin yang tak kan ada lelaki lalu dekat kawasan tu? Kau tahu apa yang akan jadi seminit lepas ni? Kalau tiba-tiba ada lelaki yang ternampak tubuh kau dan dia mula berfikiran yang bukan-bukan macam mana?”
Asiyah sudah mula berceramah.
          Aku memuncungkan bibir. Tarbiah sentap yang sering aku dengar. Bukan dengan aku je dia ceramah sentap macam ni. Tak kisahlah dengan sesapa pun kalau Aisyah rasa dia perlu cegah kemungkaran tu.

        “Yelah aku tukar baju. Hmm” Keluh ku sedikit.
“Kurangkan keluh tu. Kalau betul ada lelaki nanti, sekurang-kurangnya kau terselamat. Kalau esok kau mati, pastu malaikat tanya dekat kau‘Kenapa kau biarkan tubuh badanmu dipandang oleh lelaki ajnabi’Tak kan kau nak balas ‘alah jarang sikit je’…”
           Lagi sekali tarbiah perli pulak yang dituturkan Aisyah. Aku hanya memutarkan bola mataku ke atas dan memandang baju yang tidak jarang di dalam almari. Setelah memberikan ucapan salam pada Aisyah, aku keluar dari bilik.
            Tepat sangkaan Aisyah. Macam Aisyah pula yang boleh melihat masa depan. Memang ada lelaki yang lalu di kawasan gazebo. Kecoh sedikit pelajar perempuan yang tidak bertudung bila ada lelaki masuk ke kawasan itu. Katanya ada pelajar yang pengsan. Ada ustaz tiba-tiba datang. Hati terus teringat pada Aisyah.
            ‘Terima kasih Aisyah” Ucapku lantas mengukir senyum.
           Aku mengerling jam di tangan. 4 pagi. Mata sudah tidak berdaya lagi. Mata rakanku yang lain juga sudah kuyu. Aku mengambil keputusan untuk naik bilik. Aku menguak pintu bilik. Aisyah pula sedang khusyuk melakukan tahajud. Sejuk hatiku sekejap. Tapi kenapa hatiku tak terbuka sepertinya?    
           Aku menghempaskan tubuhku di atas katil. Sekejap sahaja lenaku sudah sampai ke London.

######################

            Meriah. Sangat meriah suasana di Dataran Cendikia di UiTM Shah Alam. Setiap hari ada sahaja khemah yang terpasang di situ. Sebagai pelajar siswi pasti mata menjadi rambang untuk memiliki semuanya.
          Tapi tak bagi Aisyah. Aku kadang-kadang pelik dengan Aisyah. Dia tidak seperti gadis yang lain.
“Kejap eh Nisa”
Aisyah memberhentikan langkah.
       Aku dah agak. Mesti dia nak jumpa budak lelaki yang tengah berpegangan tangan tu. Aku memerhati dari jarak dua meter. Laju langkah Aisyah menuju ke arah budak lelaki yang sedang duduk sambil berpegangan tangan.

PERKONGSIAN😃Where stories live. Discover now