Wahai Wanita💜

47 3 0
                                    

✍🏿  Muhasabah Hati ...

Wanita

Ia tidak perlu berbalut sutera untuk terlihat menawan, ketika busana panjang tanpa renda mampu menembus kabut pesona zaman

Ia tidak perlu mendongakkan kepala untuk menyirat kehormatan, ketika tunduknya hati dan pandangan menempatkan diri pada kemuliaan..

Ia tidak perlu berhiaskan intan berlian untuk meraih keanggunan, ketika cahaya kesabaran akan meluruhkan kilaunya dan butiran tasbih mulai menghitung nilai akhlaknya

Kerana titian menuju redho tidak seharusnya dihiasi dengan aneka pementasan duniya

Perjalanan ke sana sungguh panjang dan adakalanya  melelahkan...

Yang kadang tiba mendung dan pelangi, gelap dan terang saling berganti dalam menyapa..

Dan tanpa keredhoan Ilahi , mampukah sedekah, solat dalam sujudnya menghantar diri ke hujung pengembaraan hidup..

Ibarat jika hendak mencapai ke puncak tertinggi sebuah gunung itu amatlah payah.

Pelbagai liku dan rintangan serta halangan perlu dilepasi dan dilalui terlebih dahulu.

Begitulah jika mahu istiqamah dalam sebuah mujahadah untuk menjadi solehah demi mengejar dan merebut cinta tertinggi dalam hidup iaitu cinta Ilahi.

Sedang mujahadah itu bermakna berkorban akan sesuatu kerana Allah. Bukan mengorbankan Allah kerana sesuatu.

Benar

Kita bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjaga

Pun bukanlah Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara..

Tapi biarlah, kecantikanmu berhias jilbab indahmu..

Yang menutup kurnia-kurnia indah pemberian dariNya..

Agar membatasi tatapan-tatapan yang tidak halal bagimu.

Menepiskan godaan duniya yang membelenggu..

Keindahanmu biar bagaikan mutiara kalbu.

Yang bersinar hanya terpancar dari wajahmu.

Meski tidak kau umbar di setiap jengkal anggota tubuhmu

Jadilah dikau wanita solehah

Di duniya dia adalah perhiasan yang paling indah..

Bak permata yang hampir punah, bersinar di duniya yang gelap dengan begitu cerah..

# Warkah Waraqah
# 💞
# SilaShareTanpaEdit

PERKONGSIAN😃Where stories live. Discover now