*ILMU ATAU KEKASIH?*
Jarang pelajar yang tidak terlibat dalam pencintaan di alam persekolahan . terutamanya pelajar di sekolah menengah dan di universiti. sebahagian mereka terlalu asyik dilamun cinta sehingga melalaikan tugasannya sebagai penuntut ilmu. akhirnya pencapaian pelajarannya tidak cemerlang, selepas habis alam persekolahan, kekasih yang dicinta juga turut menghilang
Jika anda salah seorang yang menghidap penyakit ini, sedarlah dari mimpi anda. tetapkan dalam hati bahawa ilmu lebih penting daripada kekasih. lalu kembalilah belajar dengan tekun dan cemerlang. jika anda berilmu, sehodoh mana pun penampilan anda, di mana pun anda berada, dan berapa pun usia anda, pasti akan ada seseorang yang mencintai anda. apa yang anda perlu lakukan hanyalah belajar dan belajar, menuntutlah ilmu selagi anda punyai masa. kerana ilmu adalah bekalan kita di dunia, dan di akhirat sana. wallahua'lam.