Seorang gadis kelihatan sedang berada dalam posisi duduk di atas katilnya sambil membaca sebuah buku. Kemudian dia berubah posisi kepada posisi baring. Tidak lama kemudian dia mencapai bantal golek yang berada di sebelahnya lalu dia terus memeluk bantal golek itu. Dia seperti cacing kepanasan, tidak duduk diam dan asyik berubah-ubah kedudukan. Tiba-tiba seorang wanita tua berjalan ke arah pintu bilik gadis itu sambil menjerit, "Siti Nur Aisyah!"
"Ya, mak!" Balas gadis itu.
Sudah wanita tua itu sampai di hadapan pintu bilik gadis itu, wanita tua itu terus memegang tombol pintu bilik gadis itu dan wanita itu memusingkan tombol lalu terus menolak dan pintu itu pun terbuka. Wanita itu terus menjemput untuk makan malam bersama.
"Jom, mari makan. Dah-dah la baca buku tu, esok pula sambung. Sekarang jom kita makan."
"Nanti la mak, Siti tak lapar lagi. Siti nak baca buku panduan ni sampai habis dulu baru Siti makan, Siti takut tak lulus ujian memandu esok."
"Hmph, nasib baik buku tu tak tebal. Kalau tak, sampai bila nak habis pun mak tak tau. Ikut kamu la. Mak, abah dengan adik-adik kamu nak makan dulu. Jangan tak tidur pula, esok kamu kerja, lepastu ada ujian memandu, nanti mengantuk dan penat nanti pula.
"Ok, mak." Jawab gadis itu tanpa memandang ke arah wanita tua tersebut kerana kusyuk membaca. Dia tidak dengar apa pun yang wanita tua itu katakan tadi.
Wanita tua itu menggelengkan kepala sambil tersenyum lalu menutup pintu bilik gadis itu dan terus ke meja makan untuk makan bersama anak-anak dan suaminya.
Sudah lewat malam, akhirnya buku panduan yang gadis itu baca akhirnya sudah tamat. Gadis ini memang gemar membaca buku lagi-lagi novel kisah cinta, tetapi dia hanya sekadar membaca dan tidak menganggap hidupnya seperti cerita yang telah dibaca olehnya.
Gadis itu memandang ke arah jam yang berada di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Jam menunjukan pukul 12.12 pagi, hampir 5 jam dia membaca buku panduan itu. Gadis itu akan baca berkali-kali jika dia tidak memahami sesetengah ayat lagi-lagi buku panduan, disebabkan itulah dia membaca sehingga berjam-jam tanpa bosan.
*kruk~~*Tiba-tiba perut gadis itu berbunyi.
Gadis itu berasa sangat lapar, dia terus pergi ke dapur untuk mencari makanan. Ahli keluarganya yang lain sudah pun tidur, gadis itu berjalan dalam keadaan yang sangat perlahan kerana tidak mahu membuat bising agar keluarganya yang sedang tidur tidak terjaga akibat bunyi tapak kakinya terjaga. Rumah gadis itu hanyalah rumah yang diperbuat dari papan sahaja, disebabkan itu dia berjalan perlahan agar bunyi papan itu tidak berapa kuat. Sudah sampai di dapur dia terus ke arah meja makan dan membuka tudung saji. Keluarga gadis itu bukanlah keluarga yang kaya dan adik-beradiknya pula ramai, emaknya hanya mampu masak apa yang ada sahaja. Apabila gadis itu membuka tudung saji, dia lihat hanya tinggal roti sahaja. Nasib baiklah gadis ini jenis yang bersyukur, dia terima sahaja apa yang ada.
" Nasib baik ada daripada tak ada, kalau tak ada lagi teruk. Makan untuk hidup bukan untuk kenyang. " Kata gadis itu, dia terus mengambil roti itu dan bawa ke biliknya.
Sesudah rotinya habis, akhirnya dia berasa kenyang.
"Alhamdulilah, kenyang pun." Dia rasa sangat bersyukur kerana roti yang sikit mampu membuat dia kenyang seperti makan tiga pinggan nasi.
Selepas itu dia melihat jamnya lagi, am menunjukkan pukul 12.30 pagi.
"Apa!? Dah pukul 12.30! Patut la aku rasa mengantuk sangat. Aku dah lambat nak tidur ni, esok pagi kerja, petang pula kena pergi belajar memandu." Kata gadis itu dalam keadaan kelang-kabut apabila tersedar yang malam sudah pun tua. Dia terus mencapai selimut dan bantal peluknya lalu dia terus baring di atas katilnya, dia menyelimuti dirinya sehingga pinggang sahaja dan memeluk bantal lalu dia terus memejamkan matanya. Tidak sampai seminit dia pun tidur, gadis ini juga jenis orang yang senang tidur dan sangat benci tidur lambat, dia akan tidur apabila sampai masanya walaupun dia tidak rasa mengantuk.
YOU ARE READING
Cinta Tiga Segi
RomanceKhairul- "Kau milik aku la." Nad- "Aku rasa aku suka dia la." Haziq- "Memang jodoh kitakan." Siti- "Sayang awak selamanya." Izz- "Dia tak suka kau la." Ifa- "Dia cerdik la, aku suka dia." Shah- "Hebat la kau, aku nak seora...