BAB 1

323 10 6
                                    

     * Kringgggggg~~* Kedengaran bunyi jam loceng di atas meja bersebelahan katil gadis itu.

     Tanpa membuka mata, gadis itu terus meraba-raba di atas meja tersebut untuk mencari jam itu dan terus menekan satu butang di atas kepala jamnya lalu jam loceng itu berhenti berbunyi. Apabila bunyi jamnya berhenti, dia terus bangun dan berdiri sambil menggosok matanya. Dia membuka matanya dan terus melihat ke arah jam, jamnya menunjukkan tepat pukul 6 pagi.

     "Alamak! Aku dah lambat ni!" Jerit gadis itu.

     "Aduh macam mana boleh lambat bangun ni?!" Kata gadis itu lagi. Baginya, bangun pukul 6 adalah lambat kerana pukul 6 sudah lepas azan Subuh. Dia suka bangun sebelum azan Subuh supaya dapat mendengar azan yang merdu di masjid berdekatan dengan rumahnya. Dia merasakan pukul 6 adalah lewat juga kerana dia takutkan jalan yang sesak. Baginya jalan sesak adalah satu punca dia lewat pergi ke kerja.

     "Siti! Cepat siap, lambat nanti." Kedengaran bunyi suara wanita tua iaitu emaknya dari luar biliknya.

     "Kejap mak!" Balas Siti iaitu gadis itu.

     "Macam mana kamu boleh bangun lewat ni. Ni mesti kamu tidur lewat juga semalamkan."

     "Itulah semalam ingatkan pukul 10 Siti habis baca, rupa-rupa pukul 12 dah. Itu Siti tertidur lewat tu." Siti juga tidak suka tidur lewat kerana baginya tidur lewat adalah salah satu punca bangun lewat

     "Kan mak dah agak dah, mesti mata kamu tersalah nampak ni. Kamu tu focus sangat membaca, tak tengok tempat lain dah, pada buku je tengoknya. Kan mata dah penat, selalu macam tu. Nanti rabun baru tau."

     "Ala dah terbiasa, nanti Siti biasakan pandang tempat lain masa baca."

     "Pape je la, cepat sikit nanti jalan sesak baru tau." Kata emaknya lalu terus pergi ke dapur dan menyiapkan sarapan.

     Sesudah sahaja selesai bersiap untuk pergi ke tempat kerja, dia terus berlari ke arah pintu keluar rumahnya dan mencapai sepasang kasut miliknya di atas rak berdekatan dengan pintu keluar. Tiba-tiba emaknya menjerit lagi di dapur. Jarak antara dapur dengan pintu keluar tidaklah begitu jauh kerana rumah Siti tidaklah sebesar mana, tapi rumahnya sangat selesa dengan kebahagian keluarga.

     "Siti!"

     "Ya mak." Jawab Siti sambil memasukkan kakinya kedalam kasut yang dicapainya tadi.

     "Mari makan dulu, kamu tu tak sarapan lagi."

     "Eh, lupa pulak!" Kata Siti. Siti juga tidak pernah meninggalkan sarapan pagi. Sarapan pagi adalah penting baginya. Kalau dia tidak sarapan pagi dia akan merasakan dirinya lemah, pening dan rasa loya.

     Siti menanggalkan kasutnya semula dan berlari ke dapur.

     Sampai sahaja di dapur, emaknya terus menghulur sebekas tupperware yang dipenuhi dengan roti yang telah disapukan susu pekat. Emaknya sudah tahu yang Siti sudah lewat pada masa itu, jadi emaknya menyediakan terus sarapan supaya Siti boleh makan di perhentian bas nanti.

     "Terima kasih, mak!"

     "Sama-sama. Dah cepat, lambat dah ni." Kata emak Siti sambil tersenyum

     Siti terus mencapai tangan emaknya dan mencium. Begitu juga dengan ayahnya.

     "Elok-elok kerja tu. Jangan nak makan gaji buta. Tak baik!" Kata ayahnya. Jarang ayahnya menasihati kerana dia jarang berjumpa dengan ayahnya, hanya sekali seminggu sahaja. Ayahnya sibuk dengan kerja, jika tidak kerja ayahnya tidak dapat gaji untuk menyara sekeluarga, nasib baik gaji ayahnya agak besar.

     "Baik, ayah! Siti akan kerja dengan sepenuh hati dan ikhlas." Balas Siti, lalu dia terus pergi ke arah pintu keluar.

     Siti memakai kasutnya semula dan terus membuka pintu rumah dan terus berlari ke pintu pagar.

    Siti menutup semula pintu pagar dan berjalan perlahan-lahan menuju ke perhentian bas.

     "Bye!" Tiba-tiba emaknya menjerit di hadapan pintu rumah sambil melambai ke arah Siti.

     "Bye, mak!" Balas Siti yang hampir jauh dari rumah sambil membalas lambaian. Sudah jauh Siti berjalan, emaknya menggeleng. "Siti, Siti. Bila la kau nak kahwin." Rungut emaknya seorang diri lalu dia terus masuk ke dalam rumah.

     Siti sampai di perhentian bas, lalu dia terus duduk di tempat duduk perhentian bas itu sambil menunggu bas tiba. Tiba-tiba, seorang lelaki datang ke arah Siti lalu memegang bahu Siti.

     "Hai cik adik, boleh berkenalan?" Tanya lelaki itu.

     Pada waktu itu, cuaca sangat gelap seperti malam, tetapi sebenarnya sudah pagi dan lelaki tadi seperti mat gian. Siti tidak nampak sangat mukanya kerana tempat itu tidak mempunyai lampu jalan atau apa-apa jenis lampu sekalipun. Apabila lelaki itu tiba-tiba memegang dia, dia terus berasa tidak selesa dan automatik melepaskan tumbukan.

     "Ambil kau!" Jerit Siti sambil melepaskan tumbukan tepat ke arah hidung.

     "Aduh!" Jerit lelaki itu

     "Padan muka kau. Tu la gatal lagi!" Cakap Siti.

     "Woi! Ni akulah, Haziq!" Kata lelaki seperti mat gian yang ditumbuk dengan Siti tadi. Hidungnya berdarah dan matanya mengeluarkan air.

     "Kau rupanya? Padan muka kau, gatal sangat nak sentuh-sentuh badan aku kenapa? Dah la macam mat gian sesat." Kata Siti yang tidak tahu lelaki itu ialah kawan karibnya sejak sekolah lagi. Kawannya itu sudah tahu yang Siti tidak boleh dipegang oleh mana-mana lelaki yang bukan muhrim, tetapi kawannya itu hanya niat bergurau dan gurauan tersebut bertukar menjadi bala.

     "Jahatnya kau. Aku gurau je." Kata Haziq iaitu kawan karib Siti.

     "Gurau kau cakap! Kau tu bukan muhrim tau! Nak sentuh-sentuh pulak!" Marah Siti.

     "Okey-okey, aku minta maaf. Garang la kau ni."

    Siti kembali duduk sambil memeluk tubuh, dia tidak memandang ke arah Haziq kerana kononnya merajuk, tetapi mulutnya juga tiba-tiba berbunyi meminta maaf kepada Haziq kerana memukulnya tadi. Haziq tidak terasa walau sedikit pun apa yang Siti buat kerana Haziq telah menyimpan perasaan dengan Siti sejak dari zaman persekolahan lagi.

Cinta Tiga SegiWhere stories live. Discover now