"Sorry tau aku terpukul kau tadi."
"Tak apa, akukan anak jantan. Mestilah kuat." Jawab Haziq, perasan.
"Perasannya!" Jerit Siti dan tiba-tiba senyuman manis terukir di bibirnya.
Mereka terus berbual sehinggalah kelihatan bas menuju ke arah perhentian bas yang mereka sedang duduki.
"Eh! Jom, jom, jom! Bas dah sampai." Kata Siti, tergesa-gesa.
"La, tunggu la dulu, bas tu pun tak berhenti kat depan bus stop ni lagikan." Kata Haziq, kini Haziq pula tersenyum melihat keadaan Siti yang tergesa-gesa.
Apabila Siti terlalu lewat, dia mesti akan kelang-kabut kerana dia juga jenis yang pentingkan masa dan dia tidak suka orang atau dirinya sendiri tidak tepati masa.
Sesudah bas itu berhenti, pintu bas terus terbuka lalu Siti dan Haziq terus menaiki bas tersebut.
Apabila mereka berdua sudah berada di dalam bas, Siti mula mengeluarkan duit untuk membayar tambang bas tetapi tiba-tiba Haziq menolak tangan Siti daripada memberi duit kepada pemandu bas tersebut.
"Tak payah susah-susah, kan aku dah kata kalau kita naik bas sama-sama aku akan bayarkan untuk kau."
Siti tiba-tiba terdiam dan dia berasa pelik sejak bila pula Haziq kata begitu. Sesudah Haziq telah membayar tambang tersebut, dia terus duduk di belakang sekali dan terus duduk tanpa mengendahkan Siti, dia kelihatan berlagak seperti menjadi superhero dunia dan telah menyelamatkan Bumi dari ditimpa musibah.
"Poyo betul mamat ni, dah la gila, entah bila entah dia kata nak bayar untuk aku kalau naik sekali dengan dia. Demam, nak muntah aku tengok dia ni." Kutuk Siti dalam hati lalu memandang Haziq dengan muka tidak puas hati.
Siti terus ke arah Haziq dan duduk di sebelah kawan karibnya itu. Tiba-tiba Haziq memandangnya.
"Apa?!" Kata Siti.
"Kalau orang dah tolong cakap apa?" Tanya Haziq.
"Tolong sikit ek, aku tak suruh pun ko bayarkan untuk aku, kau yang ngada-ngada nak bayarkan dan satu lagi sejak bila kau kata nak bayarkan untuk aku bila kita naik sama-sama?" Bebel Siti.
"Aik!? Ouh kau tak ingat ek?" Balas Haziq.
"Ya, memang aku tak ingat!"
"Ada la aku cakap, tapi masa tu kau tidur."
"Kau ni memang gila la, bercakap dengan orang tengah tidur. Mana sedar apa-apa!" Bengang Siti.
"Ouh! Kau tidur betul-betul ke?"
"Dah tu? Ada ke orang tidur main-main?"
"Ada!"
"Siapa?"
"Aku!"
Mereka terus bertekak seperti tiada siapa pun di dalam bas tersebut. Waktu ketika itu hampir semua orang di dalam bas itu memerhatikan mereka tanpa mereka sedar sehingga Siti sendiri yang mengaku kalah.
"Kenapa diam? Mengaku kalah ke?" Tanya Haziq.
"Saja malas bercakap dengan kau, buat sakit hati je. Baik aku diam." Jawab Siti.
"Okay! Aku menang!" Kata Haziq.
Kata-kata Haziq itu memang membuatkan hati Siti lagi sakit seperti mahu menonyoh cili di mulut Haziq. Disebabkan Siti tidak mahu menyakiti hatinya sendiri lagi, Siti terus mengabaikan Haziq dan membuat kawan karibnya itu seperti tidak wujud. Siti dan Haziq sememangnya tidak boleh berjumpa, walaupun berkawan baik, mereka tetap akan bertekak seperti anjing dengan kucing. Tetapi, bertekak itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan mengenal antara satu sama lain.
YOU ARE READING
Cinta Tiga Segi
RomanceKhairul- "Kau milik aku la." Nad- "Aku rasa aku suka dia la." Haziq- "Memang jodoh kitakan." Siti- "Sayang awak selamanya." Izz- "Dia tak suka kau la." Ifa- "Dia cerdik la, aku suka dia." Shah- "Hebat la kau, aku nak seora...