BAB 3

65 5 1
                                    

     Siti mula bekerja di cafe tersebut setelah dia menamatkan zaman persekolahannya. Cita-cita Siti ialah untuk membuka sebuah cafenya sendiri. Kini Siti hanya mahu mengumpul pengalaman sahaja sehinggalah dia berjaya membuka sebuah cafenya sendiri.

     Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang, masa bekerja sudah pun tamat. Dia sebenarnya hanya bekerja pagi sahaja tetapi disebabkan dia terlewat masuk kerja, dia perlu menggantikan masa kelewatannya itu.

     Sebelum Siti pulang, dia mahu ke bilik persalinan lagi untuk menukar baju kerjanya kepada baju yang dia pakai di rumah tadi. Dia tidak berapa suka memakai baju kerjanya apabila keluar daripada tempat kerja, walaupun tempat kerjanya itu sangat terkenal. Apabila Siti sudah siap menukar baju, lagi sekali dia dipanggil oleh majikannya.

     "Aduh! Apa lagi laki gatal ni nak dari aku?" Bisik hati Siti. Jika boleh, Siti tidak mahu berjumpa dengan majikannya itu setelah dia tahu perangai majikannya yang gatal sebegitu. Sebenarnya, Siti pernah mendapat pengalaman yang mengerikan daripada majikannya sendiri pada hari pertama dia berkhidmat di cafe tersebut. Siti tidak mahu perkara yang sama berulang. Dia juga tidak mahu menceritakan pengalaman ngerinya itu pada orang lain untuk menjaga nama baik majikannya.

     Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus berjalan ke staff room untuk berjumpa dengan majikan itu. Apabila Siti berada di hadapan pintu staff room, dia terus membuka pintu tersebut tanpa mengetuknya dahulu. Dia terlihat majikannya sedang menonton video luc*h. Majikannya juga terkejut lalu majikannya cepat-cepat mematikan telefon. Siti berasa sangat menyampah dengan perangai majikannya pada masa itu.  Dia juga tertanya-tanya bilakah dia boleh bekerja sendiri tanpa ada orang yang pengotor seperti majikannya yang satu ini.

     "Kenapa awak masuk tak ketuk pintu?" Tanya majikannya.

     "Maaf bos, saya terlupa." Jawab Siti.

     "Awak tak nampak apa-apakan?"

     "Nampak apa bos? Saya tak nampak apa-apa pun." Siti menafikan yang dia tidak nampak apa-apa, walaupun yang sebenarnya dia sudah tahu apa yang majikannya lakukan apabila ada masa terluang.

     "Okay baiklah!" Kata majikan. Beliau berasa lega kerana Siti berkata begitu.

     "Kenapa bos panggil saya?" Soal Siti, dia mahu kembali ke topik asal kenapa dia dipanggil lagi sekali. Dia tidak mahu berdua-duaan dengan majikannya terlalu lama. Takut pengalaman mengerikan berulang.

     "Ouh ya! Hampir terlupa pula. Sebenarnya saya panggil awak ni untuk tanya soalan yang awak tak jawab pagi tadi."

     "Soalan apa bos?"

     "Awak tak nak ke naik dengan saya esok? Tak ada la awak terlambat lagi." Kata majikannya seperti Siti ini selalu terlewat datang kerja.

     "Tak apa la bos...." Belum sempat Siti menghabiskan ayatnya. Majikannya terus menyampuk.

     "Ouh lupa! Awakkan dah berpunya. Mesti awak naik dengan diakan?"

     "Eh! Bukan macam tu..." Kali kedua Siti tidak sempat menghabiskan ayatnya.

     "Abistu?" Soal majikannya.

     "Ishhh bagi la aku abiskan ayat aku dulu." Bisik Siti perlahan, bengang.

     "Apa?" Soal majikannya semula yang terdengar Siti mahu mengatakan sesuatu.

     "Tak ada apa bos!" Jawab Siti.

     "Macam ni Bos, Bos dengar dulu apa yang saya nak cakap." Kata Siti. Dia tidak mahu percakapan dia dipotong lagi.

     "Baiklah! Teruskan." Kata majikannya sambil menggerakkan tangannya seperti mempersila atau menjemput tetamu memasuki ke sesebuah tempat yang mengadakan majlis besar-besaran.

     "Sebenarnya saya tak nak tumpang sesiapa pun sekarang, sebab sayakan nak ambil lesen dah. Biarla saya naik bas sahaja dulu. Nanti saya rindu pula nak naik bas bila saya dah boleh bawa kereta sendiri." Kata Siti dengan yakin yang dia akan berjaya mendapat lesen memandu tersebut dengan mudah.

     "Baiklah, awak boleh keluar." Kata majikannya.

     "Terima kasih, bos!" Jawab Siti.

     Siti terus keluar dari bilik tersebut.

     "Aik! Macam tu je dia bagi aku keluar? Pelik la pula. Merajuk agaknya sebab pelawaan dia kene reject lagi. Hahahaha! Siapa nak orang gatal macam kau. Perempuan mata duitan je yang sanggup." Bisik hati Siti, dia mentertawakan majikannya itu.

     Siti masih berdiri di luar staff room sehingga dia terlihat seorang perempuan berpakaian seksi datang menghampirinya. Perempuan tersebut menjeling Siti lalu membuka pintu staff room dan masuk.

     "Sombong betul minah ni. Ni mesti anak ikan bos la ni." Umpat hati Siti.

     Apabila pintu bilik tersebut ditutup, Siti merapatkan telinganya ke pintu itu kerana dia mahu mendengar perbualan antara majikannya dengan perempuan tersebut.

     "Encik Fairuz, ini kunci bilik ya. Jangan lupa datang tau." Kata perempuan tersebut kepada majikan Siti dengan nada yang penuh gedik dan mengadanya sehingga Siti rasa loya.

     Sesudah sahaja perempuan itu memberi kunci kepada Encik Fairuz iaitu majikan Siti, dia terus berjalan ke pintu untuk keluar dari staff room. Siti terdengar bunyi tapak kaki, dia tahu perempuan itu mahu keluar, lalu dia terus lari kerana dia tidak mahu kantoi yang dia sudah mencuri dengar perbualan antara majikannya dengan perempuan itu.

     Dia berjalan ke punch card machine lagi untuk membuat perkara yang sama semasa masuk kerja.

     "Ni mesti diorang nak buat  project malam ni. Lelaki kalau dah miang macam tu la. Isteri dah banyak pun tak cukup." Bebel Siti sambil berjalan.

     Selesai sahaja urusannya dengan punch card machine, dia terus keluar dari cafe tersebut. Dia menghubungi Haziq untuk mengetahui bahawa Haziq sudah habis kerja ataupun belum. Kebiasaannya mereka habis kerja sama-sama, tetapi hari ini Siti terpaksa keluar lewat kerana dia masuk kerja lewat.

     "Hello!" Kata Siti apabila Haziq sudah menjawab panggilannya.

     "Waalaikumsalam!" Balas Haziq memerli Siti.

     "Assalammualaikum!" Siti mendengus. Haziq berjaya menyakitkan hati Siti lagi sekali.

     "Ada apa call? Rindu aku ek?"

     "Jangan nak perasan boleh tak! Siapa nak rindu kau?" Jerit Siti, bengang.

     "Ya la kan, siapa la nak rindu aku ni? Rupa tak ada, poket kosong, otak pun tak cair." Jawab Haziq inginkan simpati.

     "Tak payah nak sedih sangat la! Ni kau dah balik belum?"

     "Lama dah Cik Siti, saya dah ngigau sampai ke bulan dah ni." Perli Haziq lagi. Dia sudah lama terbaring dekat sofa di dalam rumahnya.

     "Oh! Okay!"

     "Cik Siti kenapa keluar lambat?"

     "Aku kat masuk kerja lambat, sebab tu la aku kena keluar lambat."

     "Oh! Jarang-jarang perkara ini terjadikan Cik Siti?" Perli Haziq lagi kerana Siti jarang sangat masuk kerja lambat.

     "Ermm! Okay la, jumpa kau nanti." Kata Siti sambil mendengus.

     "Okay, bye Cik Siti! Assalammualaikum!"

     "Waalaikumsalam!" Siti terus meletak panggilan.

     Kini Siti terpaksa berjalan bersendirian. Dia tidak mahu pulang ke rumah lagi kerana dia suka bersiar-siar dahulu selepas masa bekerjanya tamat. Kebiasaannya dia bersiar-siar di ibu kota ini bersama dengan kawan karibnya, tetapi hari ini lain pula rutinnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 24, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Tiga SegiWhere stories live. Discover now