[ warning, anything that you may read here, strictly IS NOTHING TO DO with promoting suicide]
Baik adik, solat taubat banyak banyak.Aku picingkan mata melihat bilangan manusia yang sibuk berasak asak memenuhi perkarangan bangunan. Banyak, macam semut saiznya dari atas.
semua bersorak nak tengok kau mati lia!
Aku senyum sahaja, mengiakan. Kali ini, aku dah penat menafikan kehadiran suara itu. Suara yang kononnya dilahirkan bersama aku.
Masing masing sibuk dengan telefon di tangan, tak sabar gamaknya melihat saat kepala aku pecah mencium lantai. Tak lain tak bukan untuk dimuat naik ke YouTube untuk meraih ratusan mahupun ribuan viewers. Aku senyum sahaja. Aku tak akan ada nanti, untuk mendengar kritikan netizen yang dok mengata menyalahkan aku. Mereka tak ada di tempat aku sekarang, yang mereka tahu, menyembur segala tohmahan bodoh ke muka aku nanti. Heh, entah boleh cam entah tidak muka aku nanti.
I gave up on my life. My only reason to survive all these years had gone. He left me. My biggest regret is that I let him go when I could do something to stop him. I'm so sorry. I'm the girl who is never good enough. Not for her family, friends, anybody. A disgrace.
Rambut yang berterbangan menghalang penglihatan, aku selit ke belakang telinga. Angin petang menderu laju seakan makin menolak tubuh aku jatuh.
Looks like the God gave up on you too.
Tin coke yang sudah kemek aku lepaskan ke bawah, jatuh melayang di bawa hukum graviti hingga menghempas simen kaki lima hotel.
So that's it. Cepat! Nanti ada orang selamatkan kau!
Jap orang kata kalau dah nak mati, orang itu akan rewind balik memori hidup dia sampai detik dia mati. Tapi itu orang cakap lah, dan kalau ikutkan pun, theory ni will remain as something "orang cakap" sampai bila bila. Well, no one can confirm that. So lets give it a try.
Aku kuatkan semangat, menjauh dari pagar besi. Kasut vans maroon aku tinggalkan. Jaket biru jeans aku tanggalkan dari badan, meninggalkan badan hanya dibaluti tube putih nipis.
Makin bersorak orang di bawah melihat aku yang semakin mendekat dengan hujung bangunan. Ada rasa takut bermain di dada aku, seakan menggusarkan kembali keputusan aku.
Bodoh Lia. It's now or never.
Tangan aku depakan. Setapak aku melangkah. Hingga jari kaki aku menyentuh bucu bangunan. Sebelum perlahan aku mendorong tubuh aku ke depan.
Heh ini rupanya pengakhiran aku.
Mati.
Mati.
Mati.
Mati.
Mati.Lama, tapi aku belum rasa apa apa. Tiada rasa sakit maut, yang peliknya aku masih bernafas. Dan ada rasa rentapan pada lengan. Ada hembusan panas nafas pada wajah aku.
" Bodoh, kau tak mati lagi, bukak mata tu. "
Aku bukak mata mengejut.
Ada satu figura manusia, lelaki.
Cap hitam kosong di atas kepalanya. Dengan baju maroon plain dan seluar pendek bawah lutut.
Dia merenung aku dekat. Nafasnya masih tercungap cungap, seakan baru lepas berlari ke sini. Di tangannya ada satu kotak dunkin donat yang sudah penyek, berkemungkinan di beli dari kedai di lobi hotel.
Dia berlari dari bawah, naik ke atas
untuk selamatkan aku?Bodoh, aku tak mintak untuk diselamatkan.
Aku tolak tangannya, meleraikan pegangannya. Laju kaki aku bergerak kembali, kononnya ingin meneruskan agenda yang tergendala. Pagar besi aku panjat.
" Siyallah! Aku penat lagi ni! "
Aku dengar tapaknya mengejar aku.
Mana silapnya, kaki aku tersungkur pada penghadang batu. Jatuh atas badannya.
" Heh, bontot je besar, otak kecik. "
YOU ARE READING
The NeverEnding stories
Random[BEWARE mature content, budak baru baligh sila jauh!] Kompilasi idea cerita yang selalu menyelit dalam otak penulis bila dia sedang berak atau mengelamun sebelum tidur, no specific genre, kadang punya unsur cinta geli geli, mind fuck, dan banyak la...