wrong number

7.9K 92 11
                                    

" Aiman! Burger ayam special satuuu! Macam biasa, lebih mayo tanak timun." Abang Man jerit dari meja satu. Bicaranya kurang jelas, bila mana bibirnya sibuk mengepit puntung rokok yang hanya tinggal kurang 2 inci.

" Ok bang! Tunggu sekejap, ramai queue ni! "
Aku lap peluh dengan tuala good morning yang sedia tersangkut di leher. Memang ramai orang malam malam minggu macam ni. Orang yang kata, susah nak cari duit tu, sebenarnya either malas atau bingai je.

Gerai burger ni aku bukak dengan modal kurang seratus. Mula kecil kecilan, lagipun aku rasa tempat aku yang strategik sebenarnya, tu dapat tarik ramai customers. Bila waktu malam, lagi lagi dah nak dekat final, konfirm budak budak U ni akan serbu kedai kedai burger. Yang kaya, lepak Starbucks, yang miskin lepak kedai mamak, kedai burger. Alah lagipun bukan selalu aku bukak, untung untung petang tu tak ada kelas, ataupun balik kerja awal baru aku dapat buka. Kalau terdesak sangat pun, malam aku bukak sampai pukul 1.

Heh, aku bukan orang kaya. Kalau ikutkan, dah berapa banyak kerja aku buat sepanjang hidup. Restoran, bengkel, posmen, despatch, cuci kereta, Hah banyak. Sekarang ni je, aku terpaksa kurangkan sedikit sebab nak sambung belajar. Tawaran kemasukan asasi pun awal awal aku dah tolak, sebab lagi terhad masa aku. Jadi sampai sekarang aku sambung diploma. Lagipun, aku hidup ni bukan seorang, aku ada adik nak tanggung.

" Cad, kau bagi kakak depan tu. Cakap RM7. 50 " aku sua beg plastik berisi tiga biji burger kepada adik aku, sambil bibir aku juihkan menunjuk sekumpulan gadis yang sedang ketawa menjerit mengilai di meja plastik.

Daging burger di atas pan aku terbalikkan. Api aku besarkan.

" Abang, diorang tanak baki, lepas tu dia bagi abang ni, "

Adik aku datang dengan duit not RM20 dengan satu helai tisu pink yang dilipat dua. Lipatan tisu aku bukak,

0165873224 [ Nadia ]

Bila aku angkat muka, salah seorang gadis tadi melambai aku. Dari pada pakaiannya, aku dah agak orang kaya.

" Call saya kalau free. "

Bila gadis itu sudah menoleh ke depan, aku gumpal tisu tadi sebelum dibuang ke dalam plastik sampah berisi kulit telur. Bukan jual mahal bro, dah memang betul aku tak free. Hehe.

" Abang niii, selalu macam ni, hari tu ada orang ngurat abang, abang kata muka pecah, ni cantik apa, muka cantik, badan cantik, te- Awwww! "

Aku tepuk kepalanya dengan botol sos.

" Kau nii, spm pun belum, nak suruh aku melayan perempuan. Kau kecil lagi "

" Kecik mende, kita dengan dia beza 3 tahun je mangkuk, tinggi dengan kau pun saing saing."

Fayyad yang baru datang, mencelah. Dia ni kawan baik aku dari sekolah menengah. Kalau hari minggu selalu dia tolong aku urus stall burger ni. Puas aku sua duit upah, tapi tetap dia tolak, dia kata upah dia ganti dengan burger double. Malas aku nak gaduh. Aku iyakan sahaja.

Aku mencebik, walau dah kahwin pun budak Arsyad ni, sampai bila bila pun aku layan dia macam budak.

🎶Oh, oh, I'm falling, so I'm taking my time on my ride
Oh, I'm falling, so I'm taking my time on my ride
Taking my time on my ride🎶

Ringtone telefon, memanggil menghentikan bicara aku. Api aku perlahankan. Skrin retak HTC aku tenung. Nombor sapa pula ni? Tiada maklumat tertera di situ, melainkan satu kombinasi nombor. Telefon aku lekapkan ke telinga,

" Hello. "

" Abang.ab..bang, ttt..tolong adik.. Adik takuutt" suara perempuan di sebelah sana menyambut pendengaran telinga aku.

Aku tenung skrin telefon lagi. Weh salah nombor ni! Tapi sumpah jantung aku berdegup laju GILA sekarang.

Tolong? Tolong kenapa?

Fayyad dengan Chad yang perasan perubahan wajah aku, turut bangun mendekati aku.

" Bang, kenapa? "

Aku hanya bergerak menjauh dari mereka.

Telefon aku lekapkan semula. Tapi yang aku dengar hanya tangisan dia.

" Abang ambil adik sekarang.. Diorang nak rogol adikk"

FAK! Siotlah! Asal telefon aku! SAMPAI ROGOL BAGAI!

Aku berperang dengan perasaan sekarang. Entah siapa pemanggil itu? Dan entah kat mana dia sekarang? Kalau duk Sabah ke Sarawak, apa aku boleh buat? Tapi sekarang aku satu satunya orang yang dia rely.

Benda sekarang, aku nak bersuara pun tak boleh! Kalau dia tahu aku bukan abang dia, mesti dia lagi panik.

Ok ok Aiman think!

damn
damn
damn

The NeverEnding storiesWhere stories live. Discover now