wrong number (2)

6.2K 98 10
                                    


Aku pegang dada yang sumpah macam nak meletup. Macam mana, kalau aku tak boleh selamatkan dia sebab dia duduk jauh? Macam mana kalau aku tak sempat selamatkan dia, pastu dia kena rogol. Macam mana kalau dia kena bunuh.

Bodoh
Bodoh

Inner me dalam diri aku, berkeras suruh aku tutup je panggilan ni, well Aiman you've nothing to do with this, anggap je ni orang bangla nak promote Instagram.

Ugh! Tapi, ini soal nyawa Man!

Fine!

Aku sedaya upaya ketap gigi aku, untuk mengubah nada suara aku. Nak bahasakan diri dia apa? adik? kau? Alang? Angah? The fakkk!

" kat mana ni?! "

" abang cepatlah datanggg."

" Macam mana aku nak datang! Kau kat mana?"

Tiada jawapan.

" Wehh."

" Hey Wehhh Wehh! Jawablah!! "Aku raup rambut kebelakang. Kalau tahap risau ni boleh diukur, mesti akan mencapai takat paling maksimum.

" ni siapa? Mana.. mana abangg? ... "

" Hey, aku tak nak takutkan kau, tapi seriously kau dah salah nombor sekarang, tapi, hey.. hey.. jangan nangis-"

Suara di sebelah sana tenggelam dengan tangisan dia.

" Tolonggg, saya takut.. I think I lost his phone number. "

" OK, dengar sini, nobody gonna hurt you, I promise, but first bagi tahu aku kau kat mana? "

" Shah Alam. "

Entah berapa kali, kata kata syukur aku luahkan. At least she's somewhere nearby.

Helmet aku capai.

" Shah Alam mana? I mean kat area mana? "

Tergagap gagap dia menjawab.

" Okay, dengar sini, I'll be there in 10 minutes, jangan hang up, keep talking with me. Pergi sorok somewhere safe! Ingat! Nobody gonna hurt you. "

" Ok..Okay. Tolonglah cepat. Saya takut..."

Scooter aku tunggang laju macam pelesit. Memang dah tak ingat apa dah, yang lekat kat dalam kepala otak aku cuma nak selamatkan perempuan tu sekarang. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku main langgar je lampu isyarat merah. Chill bro, aku taklah bingai sangat melintas membuta tuli sampai nak bahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

No worries guys, aku penunggang motosikal bertauliah kut, ujian titi JPJ tu pun, aku setel sekali try.

Tak sampai 10 minit, aku dah sampai tempat yang perempuan tu sebut. Memang gelap gila parking lot kat sini. Bila dah nak pukul 1 pagi macam ni, confirm lah ramai yang dah balik. Sekeliling aku perhatikan, masih ada lima enam baris kereta yang masih tinggal.

Masa aku masuk tadi pun, sempat aku tengok ada dua orang pakguard bangla yang sibuk bergayut sambil layan Instagram kat pondok jaga. Sampah, semua tak boleh harap.

Aku bergerak lebih dalam. Melintasi barisan kereta yang di parking sejajar. Lurus, macam saf solat Jumaat.

" Weh perempuan, kau kat mana? " handsfree aku lekap ke telinga sambil memerhatikan sekeliling.

Diam.

"Kat mana woi? "

Diam.

" Woi tak lawak lah. Kau kat mana? Aku dah sampai ni! " OK sekarang baru ada rasa bodoh kalau aku kena tipu. Buatnya tu cuma panggilan merapu budak budak hostel yang kebosanan. Babi tak?

Masih senyap tiada sahutan, walau panggilan masih berjalan.

" Ah siyal lah! " handsfree aku cabut, sebelum sumbat ke poket sweater. Kaki spontan menyepak tin arak kosong yang tersadai penyek di jalanan. Bodoh kena tipu!

Bengang. Langkah aku atur menuju scooter yang aku parking ala kadar.

CRACK!
-SHCHING!

Ada bunyi kaca pecah di sebelah kiri aku. Bila aku angkat kepala, ada dua orang manusia yang dari susuk tubuh dan warna kulitnya aku assumed merupakan lelaki muda berbangsa Melayu yang sedang melangkah dengan botol arak di tangan.

Jalannya tidak menentu dan terhuyung hayang, mungkin kerana kandungan alkohol dalam badan mula mempengaruhi koordinasi badannya.

Entah apa yang merasuk aku, yang penting aku hanya berdiri tercegat di samping scooter sambil memerhatikan perilaku mereka. Lama sebelum mereka hilang dari penglihatan aku. Kunci motor dalam poket aku seluk.

" JANGAN PLEASE! TOLONGGGGG! "

Jatuh terus kunci motor di tanah bila bunyi jeritan itu menampar deria telinga aku! Suaranya cukup nyaring hingga menyedarkan kembali realiti mengapa aku disini. Perempuan tu Aiman!

Fak!

Tak tunggu lama, aku hayun langkah aku menuju punca suara aku tadi.

Dan apa yang aku lihat di hadapan aku kini ialah seorang perempuan yang sedang terbaring menangis di tanah. Di sampingnya berdiri dua orang lelaki tadi, namun kali ini sudah lucut seluarnya. Seorang masih tersarung boxer lusuh biru, manakala seorang lagi sudah tidak berbalut apa apa. Dibiarkan terjuntai sehingga mengundang loya aku. Dan kali ini, aku tak tahu apa rasionalnya aku menilik punainya lama hingga aku lupa keadaan gadis yang sedang terbaring dihadapan aku tadi.

Helmet di tangan aku hayun laju ke bahagian kepala lelaki berboxer biru itu. Jatuh terjelepok dia ke tanah. Percubaan dia untuk bangun berkali kali gagal bilamana dia cuba bangun, kakinya seakan tidak berfungsi seakan tidak menerima maklumat dari otak.

Lelaki berpunai mini itu aku sepak padu dengan tendangan kuat kaki kanan, hingga dia tersungkur memakan pasir.

Tubuh longlai perempuan itu aku dapatkan. Habis basah wajahnya dengan tangisan.

" Hey, you're alright. Aku ada ni"

Dia hanya diam tidak berkutik. Kadang kedengaran nafas lelah dari hidungnya. Juntaian air mata masih laju menuruni pipi gebunya walau tidak sehebat tadi.

" No look, tengok mata aku. " matanya perlahan menikam pandangan aku.

" Aku ada ni, kau selamat. Shhhh jangan nangis "

The NeverEnding storiesWhere stories live. Discover now