"Awak, saya takutlah. Awak kata family awak garang-garang kan?" Aila Imani merapikan rambutnya yang sedikit kusut apabila membuka helmet.
"Jangan risau. Mereka suka atau tak mereka tetap kena terima awak sebagai pilihan saya." Anas Haikal tersenyum manis.
"Assalammualaikum mak. Anas balik ni." Anas Haikal memberikan salam sambil mengetuk pintu rumah.
"Waalaikummusalam haa balik pun hang. Ehh sapa hang bawak balik ni?" Soal Puan Sarimah sambil memandang ke arah Aila Imani.
"Saya Aila Imani, kawan Anas." Aila Imani memperkenalkan dirinya lalu bersalam dengan Puan Sarimah.
"Haa masuklah, duduk dulu makcik p buat ayaq sat." Puan Sarimah berlalu ke arah dapur dengan muka yang tidak puas hati.
"Awak, saya takut. Mak awak macam tak suka saya ja." Aila Imani berbisik ke arah Anas Haikal.
"Jangan risaulah." Anas Haikal tersenyum.
"Anas!! Hang mai sini sat!!" Kedengaran jeritan Puan Sarimah dari arah dapur.
"Ya mak." Anas Haikal bergegas ke arah maknya.
"Sapa pompuan tuh?" Soal Puan Sarimah.
"Mak, dialah calon yang Anas cakapkan tuh. Bakal isteri Anas." Terang Anas Haikal.
"Ya Allah, Anas!! Hang dah gila ka apa hah? Pompuan macam tuh hang nak buat bini? Dah lah tak pakai tudung, rambut berkarat. Apa dah kena dengan hang ni Anas?" Puan Sarimah separuh menjerit.
Aila Imani yang berada di ruang tamu terkedu.
"Mak tak setuju kalau hang nak kahwin dengan pompuan tuh. Hujung minggu ni mak p masuk meminang Amalina untuk hang." Ujar Puan Sarimah.
"Tapi mak, Anas cintakan dia. Tolonglah mak, jangan buat macam ni." Anas Haikal separuh merayu.
"Hang jangan macam-macam Anas, jangan nak malukan keluarga kita. Apa tak cukup ka didikan agama yang kami bagi dekat hang? Jangan sebab hang putus cinta dengan Ika sampai hang jadi tak betul macam ni." Puan Sarimah mengurut dadanya.
"Apa yang tak betulnya mak? Anas cintakan dia, tolonglah mak jangan macam ni." Anas Haikal merayu.
"Mak tak restu dan mak tak akan izinkan kalau hang nak kahwin dengan pompuan macam tuh. Ni kalau abah hang tau ni habis dia mengamuk satu kampung boleh dengaq. Hang fikiaq lah baik-baik Anas, jangan malukan keluarga kita." Puan Sarimah berlalu pergi.
'Ya Allah dugaan apakah ini.' Aila Imani yang berada di ruang tamu sudah dipenuhi dengan air mata di pipinya.
"Aila sayang, kenapa menangis ni?" Anas Haikal ambil tempat di sebelah Aila Imani.
"Saya dah dengar semuanya. Mak awak tak sukakan saya. Anas, saya mintak diri dulu." Aila Imani bangun sambil mengesat air matanya.
"Sayang jangan risau, nanti saya pujuk mak saya. Jom saya hantar awak balik dulu."
"Tak payahlah Anas, saya boleh balik sendiri naik teksi. Saya mintak diri dulu, assalammualaikum." Aila Imani berlalu keluar dari rumah dengan air mata.
Anas Haikal terduduk kelu tidak tahu untuk berbuat apa..
YOU ARE READING
C.I.N.T.A
RomanceSebuah perkenalan singkat di laman muka buku telah menerbitkan rasa cinta di antara Aila Imani dan Anas Haikal. "Macam mana hang boleh bercinta dengan dia ni? Rupa dia pun hang tak pernah tengok kan? Setakat chatting dalam facebook ja, tak takut...