"Aku terima nikahnya Aila Imani Binti Razak dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai.."
"Sah?"
"Alhamdulillah sah."
Syukur, dengan sekali lafaz kini Aila Imani sudah bergelar isteri kepada Anas Haikal.
"Dah jadi bini orang dah anak ibu ni." Puan Ina menahan tangis.
"Ibu janganlah sedih macam ni, kalau ibu sedih nanti Aila pun sedih." Aila Imani memeluk tubuh ibunya.
"Sayang, hulurkan tangan. Anas nak sarungkan cincin tuh."
Aila Imani menghulurkan tangannya kepada Anas Haikal.
"Sayang, terima kasih sudi jadi isteri saya. Saya janji saya tak akan sia-siakan awak, saya akan jaga awak ibarat nyawa saya sendiri." Anas Haikal mengucup lembut dahi Aila Imani.
Aila Imani hanya mampu tersenyum walaupun didalam hatinya sedang dilanda gelisah, entah macam mana mereka hendak menghadapi keluarga Anas Haikal.
***
"Assalammualaikum.." Anas Haikal memberikan salam."Waalaikummusalam Anas. Hang p mana dua hari tak balik rumah?" Soal Puan Sarimah.
Aila Imani berdiri di belakang Anas Haikal dengan perasaan yang bercampur baur.
"Ni kenapa hang bawak perempuan ni sekali?" Soal Puan Sarimah apabila terpandangkan Aila Imani.
"Makcik.." Aila Imani cuba meraih tangan Puan Sarimah untuk bersalaman tapi ternyata sia-sia.
"Mak. Anas nak cakap dekat mak, kami dua dah bernikah." Anas Haikal menarik nafas panjang.
"Astaghfirullahalazim, apa hang cakap ni Anas? Ya Allah Anas!!!" Puan Sarimah terduduk.
"Mak dengarlah dulu penjelasan Anas."
"Kenapa bising-bising ni?" Soal Encik Ahmad.
"Anas ni abang, dia dah bernikah senyap-senyap dekat belakang kita!!" Puan Sarimah mengurut dada.
"Ya Allah awat yang jadi lagu ni Anas?" Soal Encik Ahmad, tidak percaya.
"Mak cik pak cik, saya.."
"Hang diam!!! Perempuan tak guna. Sebab hang anak aku jadi, derhaka tak dengaq cakap aku!!" Puan Sarimah menghadiahkan sebuah tamparan di pipi Aila Imani.
"Anas. Mulai hari ni, hang bukan lagi anak kami. Nanti hang angkut semua barang-barang hang, keluar dari rumah ni!!" Marah Encik Ahmad.
"Pak cik mak cik tolonglah, restui perkahwinan kami." Aila Imani cuba merayu.
"Hang diam.. Sebelum aku naik angin baik hampa berambus dari sini." Encik Ahmad menghalau mereka berdua.
"Dah sayang, jom kita balik." Anas Haikal mengesat air mata di pipi Aila Imani.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Aila Imani menangis teresak-esak di atas motorsikal.
YOU ARE READING
C.I.N.T.A
RomanceSebuah perkenalan singkat di laman muka buku telah menerbitkan rasa cinta di antara Aila Imani dan Anas Haikal. "Macam mana hang boleh bercinta dengan dia ni? Rupa dia pun hang tak pernah tengok kan? Setakat chatting dalam facebook ja, tak takut...