C.I.N.T.A 3

627 26 0
                                    

   "Assalamualaikum."Anas Haikal memberikan salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.

   "Waalaikumusalam, lambat hang balik hari ni Anas?" Puan Sarimah menyoal anak terunanya yang baru balik dari kerja.

   "Anas kerja overtime sikit mak, nak cari duit lebih."

   "Haa baguslah kalau macam tuh. Ni mak nak tanya, hang bila nak kahwin?"

   "Mak, Anas penat lah. Anas masuk bilik dulu ya." Tak sanggup dia dengar benda-benda yang berkaitan perkahwinan, sakit hati yang dialaminya masih belum reda lagi.

***
     Enam bulan yang lalu...

     "Anas. Ika nak cakap sikit ni." Ika memulakan bicara.

    "Ika nak cakap apa?" Soal Anas Haikal.

    "Nah, Anas ambillah balik cincin ni." Ika menyerahkan kotak cincin kepadanya.

    "Kenapa Ika? Apa maksud Ika?" Soal Anas Haikal bingung.

    "Ika nak putuskan pertunangan kita, Ika dah ada orang lain." Ika menundukkan kepalanya.

    "Ika jangan main-main, persiapan perkahwinan kita semua dah sedia dah. Tak kan nak batalkan macam tuh ja? Apa salah Anas?" Anas Haikal cemas.

    "Anas, Ika buat semua ni untuk masa depan Ika. Nanti kalau kita kahwin lepas tuh ada anak takkan lah nak naik motor saja kan?" Ika mengeluh.

    "Oh jadi sekarang ni Ika nak putus dengan Anas sebab Anas tak ada kereta, sebab tuh kan Ika?" Anas Haikal geram.

    "Ika minta maaf sangat-sangat. Ika harap Anas tak akan ganggu Ika lagi dah lepas ni. Tentang persiapan perkahwinan semua Anas tak payah risau, nanti Ika akan bagitahu dekat family Ika dengan family Anas. Ika minta diri dulu." Ika terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.

***
    "Syakila!! Ya Allah rindunya aku dekat hang, bila hang balik mai sini?" Aila Imani teruja kerana telah lama tidak berjumpa dengan Syakila memandangkan Syakila melanjutkan pelajarannya di ibu kota.

    "Aku sampai sini malam kelmarin. Hang apa khabar? Sihat tak?"

    "Aku macam ini sajalah, asyik makan tidur ja haha." Aila Imani ketawa.

    "Ishh hang ni, perangai pemalas tuh tak pernah berubah. Kesian dekat ibu hang. Ni aku nak tanya kenapa rambut hang perang semacam saja?" Soal Syakila sambil memandang rambut kawannya yang keperangan.

    "Air dekat rumah aku berkarat, tuh yang rambut aku jadi perang macam ni." Aila Imani buat loya buruk.

    "Ish hang ni." Syakila menghadiahkan satu cubitan di peha Aila Imani.

    "Aduh sakitlah. Main cubit-cubit pulak." Aila Imani geram.

    "Padan muka." Syakila tergelak kecil.

     "Anak dara oii hangpa buat apa dekat luar malam-malam macam ni, mai masuk sembang dalam rumah ni."Laung Puan Ina dari depan pintu rumah.

    "Ya ibu, kami nak masuklah ni." Aila Imani menyahut.

    "Haa Syakila, malam ni hang tidur rumah ibu sajalah. Esok ibu nak masak kuah kari kepala ikan, hang suka kari kepala ikan kan?"

    "Boleh juga tuh ibu, sat lagi Syakila call mak Syakila bagitahu yang malam ni Syakila tidur dekat sini." Syakila teruja bila dengar ibu Aila Imani akan memasak kuah kari kepala ikan untuknya esok, favourite tuh.

    "Yesss, aku ada kawan untuk overnight lah malam ni." Aila Imani meloncat keriangan seperti budak-budak.

 

C.I.N.T.A Where stories live. Discover now