[ Tetamu ]

25.5K 1.6K 36
                                    

Ayreen meneliti jam di telefonnya. Dah pukul 8.45 pagi. Dia bangun sambil menguap besar.

"Ngantuknyaa.."

Dia segera bangun dan mencapai tuala , tuala dililitkan di kepalanya dan melangkah keluar daripada bilik Kak Cha bersama barang-barang mandi untuk ke tandas yang terletak di dapur.

"Awalnya lah anak dara ni bangun !" Perli Kak Cha di awal pagi.

"Kan ? Awal lagi , baru pukul 8.45 pagi macam tak percaya je.." Jawab Ayreen.

"Menjawab je kerja , budak ni. Mak , sumbat cili dalam mulut budak ni mak. Geram betulah Ecah dengan budak ni." Bebel Kak Cha. Mak Ita hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua di pagi hari.

"Mak sayang Reen, dari mak sumbat cili baik mak suap Reen kuih seri muka tu kan ?" Kata Ayreen pada mak Ita yang sedang memotong kuih tradisional itu.

"Nak mak suap ke ? Meh sini.." Panggil Mak Ita , laju sahaja Ayreen berlari ke arah Mak Ita.

"Muka tak berbasuh lagi budak tu mak ! Eee ! Anak dara jenis apa ni ? Bakal suami tengok ni confirm lari !" Bebel Kak Cha lagi.

Ayreen hanya buat muka tidak tahu malu sebelum segera masuk ke dalam tandas.

30 minit kemudian , akhirnya selesai juga dia mandi. Keluar sahaja dari tandas Ayreen terus berlalu ke ruang hadapan rumah.

Dia berjalan sekeliling rumah tetapi apa yang dia cari masih tidak jumpa. Mana pula menghilang ni ?

"Cari Ayzeen ke , Reen ?" Soal Mak Ita.

"Ha'a , mak. Zeen pergi mana mak ? Daripada tadi Reen tak nampak Zeen."

"Zeen ikut Ahmad dengan Ameer ke sungai. Mereka berdua kata nak ajar si Zeen memancing." Cerita Mak Ita.

"Memancing ? Boleh ke si Zeen tu besabar tunggu ikan ?"

"Ish , kamu ni. Tak baiklah , Reen. Jangan terkejut nanti si Zeen balik dengan ikan penuh sebaldi."

"Ha'a sebaldi yang ditangkap oleh Ahmad dan Ameer." Balas Ayreen bersama ketawa kecil.

"Ish , kamu ni.."

"Reen pergi sungai dulu erh , mak."

"Ha , hati-hati jalan."

"Okay !" Laju Ayreen keluar daripada rumah tersebut. Okay pula Ayzeen dengan Ahmad dan Ameer.

Dah lama betul Ayreen tidak berjumpa dua orang saudara Kak Cha itu. Ameer dan Ahmad sebaya dengannya tapi mereka berdua bukan lah adik beradik kembar tapi saudara mara sahaja.

"Agaknya macam mana lah rupa dorang sekarang erh ? Mesti makin tinggi Ahmad tu. Dia tu dah lah cepat je jadi galah." Kata Ayreen dalam hati.

Tiba-tiba dia teringat kenangan beberapa tahun yang lepas , ketika mereka form 2 , nakal sungguh mereka bertiga. Orang kata jangan main di bendang , main juga. Orang kata jangan masuk ke dalam kebun buah Mak Ita bila hari sudah menginjak petang masuk juga dan akhirnya mereka bertiga dikejar oleh babi hutan.

Zaman dia masih selekeh merupakan zaman paling best baginya. Di mana dia tidak perlu fikir mengenai rupanya.

Ketika Ayreen tiba di sungai , dia terlihat tiga kelibat manusia sedang berendam.

"Ni memancing ke bagi ikan lari ni ?" Soal Ayreen pada diri sendiri.

Dia berlari anak menghampiri mereka bertiga yang sedang berendam.

"Kau orang !!!" Jerit Ayreen sekuat hati.

"Erh , Ayreen !!" Balas Ahmad.

"Reen.." Panggil Ameer pula.

4 PRINCEWhere stories live. Discover now