[ Alhamdulillah ]

23.6K 1.3K 15
                                    

Kereta Irfan selamat masuk ke dalam porch rumah.

"Ni confirm sekarang protes tak nak makan and exercise non-stop sebab aku cakap pinggang dia lebar pagi tadi" bisik Irfan dalam hati.

Pintu utama rumah di buka dengan berat hati. Rasa serba salah pula Irfan , kalau dia masuk nampak Ayreen protes tak nak makan ni , salah dia lah. Adoyaii , sumpah dia tidak maksudkan Ayreen tu gemuk.

Masuk sahaja dalam rumah. Kedengaran jelas bunyi televisyen terpasang.

"Aik ??" Soal Irfan sebaik sahaja terpandang akan kelibat Ayreen di ruang tamu.

"Princess ?" Panggil Irfan.

Ayreen yang sedang melantak cake chocolate terganggu. Perlahan-lahan dia memandang Irfan yang masih terjegat di hadapan pintu utama.

"Apa ?" Soal Ayreen. Kacaulah , orang nak tengok drama melayu dengan sekali bolayan makan kek pun susah.

"Princess buat apa ni ?" Soal Irfan dengan tidak percaya. Tanpa sedar terlepas ketawa kecil di bibir Irfan. Yelah , mati-mati dia ingat Ayreen tunjuk protes bila dia balik ni.

"Makanlah. Sayang nak share ?" Ajak Ayreen.

"Ni Princess sayang ke ni ?" Soal Irfan lagi. Pelik bin ajaib. Tak tunjuk protes ? Okaylah tapi tulah pelik !

Ayreen sudah memandang dengan muka tiada perasaan. Dia mengabaikan sahaja Irfan yang masih dengan muka kebingungan. Malas lah nak layan , baik aku sambung tengok cerita dan makan.

Irfan melepaskan ketawa kecil , alahai isteri aku ni dia palau je aku.

Perlahan-lahan Irfan menapak dan mengambil tempat di sofa, bersebelahan dengan Ayreen.

"Nak." Pinta Irfan sambil sudah siap menganga menanti Ayreen menyuapnya. Ayreen menyuap tanpa banyak bunyi.

"Tak tunjuk protes ke ?" Soal Irfan sambil mengunyah kekm

"Malas lah .." Balas Ayreen dengan bersahaja.

"Malas ? Sejak bila Puteri Ayreen tahu malas untuk protes ni ?" Perli Irfan. sukar untuk menerima semua ni. Bagi dia , semua ni bagaikan mimpi. Macam tu sekali terkejutnya !

"Takkan nak princess tunjuk protes kut ?" Soal Ayreen sinis.

Irfan sekali melepaskan ketawa tetapi kali ini lebih kuat. Tubuh Ayreen dipeluknya sayang.

"Tak nak , tak nak.. Sayang lagi suka Princess macam ni. Alah , sayang tak maksudkan princess gemuk pun pagi tadi. Sayang just cakap je pinggang princess lebar." Terang Irfan. Pipi Ayreen diciumnya , geram tengok budak ni makan kek.

"Nak lagi kek." Pinta Irfan.

Ayreen menyuapkan Irfan tanpa banyak bunyi.

"Sayang.." Panggil Ayreen. Dia sebenarnya rimas dengan Irfan ni. Daripada tadi peluk pinggang dia , orang nak bergerak pun tak selesa.

"Hmm ?" Balas Irfan. Pelukan di pinggang Ayreen makin dipeluk erat. Ayreen pula cuba melonggar pelukan tetapi Irfan makin mengetatkannya.

"Sayang lepas la.. Tak boleh bernafas princess !" Terang Ayreen. Rimas pun ada , orang nak tengok tv pun kacau tiba-tiba ada manusia bergayut dekat badan kita pulakkan.

"Nak peluk juga." Balas Irfan dengan manja.

"Ngada." Kata Ayreen.

"Ngada dengan sayang seorang je." Balas Irfan. Ayreen masih cuba merenggangkan pelukan Irfan.

"Sayang.." Tegur Ayreen lagi. Dah geram ni , sekali lagi Irfan buat bodoh , tengoklah nanti ada juga hadiah mengejut sampai karang.

"Tak nak lepas-" kata-kata Irfan mati apabila dia dapat rasakan seperti mukanya ditonyoh oleh sesuatu yang bewarna gelap, lembut dan manis. Kek coklat !

4 PRINCEWhere stories live. Discover now