[ Siapa aku ? ]

22.3K 1.6K 63
                                    

"Apa semua ni Zeen , Reen !?" Soal Puan Azian. Puan Medina yang ketika itu duduk di sebelah Puan Azian hanya memandang sepi ke arah Ayreen dan Ayzeen.

"Zeen , Reen.. Aunty tanya ni !" Marah Puan Azian lagi.

"Kita orang dah putuskan pertunangan tu , aunty.. Mama.." Terang Ayzeen.

Tergamam Puan Medina dibuatnya.

"Apa maksud Zeen ?" Soal Puan Medina.

"Patutlah beria sangat Tuan Lee minta mama biarkan Reen belajar uruskan syarikat dengan dia bersama Irfan. Mama tak sangka semua ni bersebab." Luah Puan Medina.

"Kenapa putuskan pertunangan ni !? Siapa suruh putus !?" Soal Puan Medina , kali ini dia pula mengambil alih memarahi pasangan tersebut.

"Ma , Reen dengan Zeen muda lagi ma.. Kita orang berhak tentukan dengan siapa kitaorang nak." Luah Ayzeen.

"Berani Zeen lawan cakap mama kan ? Ke Zeen pun dah ada orang lain ?" Soal Puan Medina.

"Mama kecewa dengan Zeen dan Reen. Kalaulah mama tahu apa sebab Tuan Lee minta mama biarkan Reen belajar uruskan syarikat dengan dia, dah lama mama tak izinkan Reen pergi hotel tu." Luah Puan Medina.

"Mama nak Reen putus dengan Irfan. Ingat sikit , bakal suami Reen tu Zeen bukan Irfan." Putus Puan Medina.

"Ma , Reen bukan budak lagi !" Teriak Ayreen.

"Reen , jangan lawan cakap mama." Tegur Puan Azian.

Ayreen menggeleng tidak percaya."Reen takkan putus dengan Irfan !" Teriak Ayreen sebelum berlari naik ke biliknya.

"Ma , Zeen dengan Reen baru 16 tahun ma and kita orang berhak untuk bercinta dengan sesiapa sahaja , ma." Luah Ayzeen sebelum naik ke tingkat atas.

"Zeen !? Zeen !!" Jerit Puan Medina tetapi panggilan tersebut diabaikan.

Petang itu, Ayreen turun dari biliknya. Dia nak keluar untuk berjumpa Irfan dan sama-sama uruskan hotel.

"Nak pergi mana ?" Soal Puan Medina disaat Ayreen baru memegang tombol pintu utama.

"Nak keluar."

"Pergi mana ? Jumpa Irfan ? Jangan harap." Larang Puan Medina.

"Tapi Ayreen dah janji dengan yéye untuk uruskan hotel sementara dengan Irfan."

"Mama dah bagi tahu dekat Tuan Lee yang Ayreen tak nak join belajar cara uruskan hotel dengan Tuan Lee."

"Siapa kata Ayreen tak nak ? Ma !?" Marah Ayreen. Ayreen tetap membuka pintu utama untuk melangkah pergi.

"You are not going anywhere , Reen. Go to your room." Arah Puan Medina.

"Ma !?"

"Jangan keluar rumah selagi tak putus dengan Irfan." Putus Puan Medina sebelum melangkah naik ke tingkat dua.

Ayreen bagai tidak percaya Puan Medina melayannya sebegitu dingin. Betul ke ni Puan Medina yang dia kenal ?

Ayzeen yang mencuri dengar perbualan dua beranak tadi berselisih dengan Puan Medina di tangga.

"Ma , mama tak rasa ke mama kejam sangat dengan Reen ?" Soal Ayzeen.

"Mama dah fikirkan yang pertunangan ni tidak boleh diputuskan !" Putus Puan Medina.

"Tapi hari tu mama tak memaksa pun macam ni." Luah Ayzeen.

"Tu haritu , ni sekarang." Luah Puan Medina.

"Siapa yang menyebabkan mama jadi macam ni , ni ? Mama dah tak macam mama yang Zeen kenal." Luah Ayzeen. Dia pasti ni ada kena mengena dengan aunty Azian ataupun MakLong , kerana haritu Ayreen bertembung dengan Maklong di hotel.

4 PRINCEWhere stories live. Discover now