[ GoodLuck ]

21.9K 1.3K 64
                                    

"Okay , ditangan saya mempunyai slip peperiksaan awal tahun kamu semua. So , siapa sudah tidak sabar untuk dapatkan slip peperiksaan masing-masing ?" Soal Professor Amira , dia melayang-layangkan lima helai kertas slip dihadapan 4 Prince dan Ayreen.

Semua berharapkan mereka bukan orang pertama yang disebut namanya.

'Janganlah nama aku dulu..' bisik Alif dalam hati. Cukup lah tahun lepas dia sandang tempat kelima.

'please Alif Ya Allah , Please Alif.. Aku dapat TOP4 pun dah jadilah.' bisik Adam pula sambil memejam rapat matanya.

Masing-masing berdoa agar mereka dapat naik satu atau dua daripada result tahun lepas manakala tempat pertama berdoa agar dia terus kekal ditempat pertama.

"Baiklah , kita mulakan dengan tempat kelima.. Adam Hazmi sila ambil slip awak." Arah Professor Amira.

"NO  WAYY !!!" jerit Adam dengan tidak percaya.

Berbeza pula dengan Alif.

"YESS !!!" Sorak Alif , dia bukan ditempat terakhir !

Adam melangkah dengan langkah lemah ke hadapan untuk mengambil slip peperiksaannya.

"Adam , result awak dah okay sebenarnya. Jangan sedih." Pujuk Professor Amira. Adam hanya mengangguk lemah.

"Tempat keempat.. Erh , Alif ? Kenapa awak berdiri ?" Soal Professor Amira dengan pelik apabila Alif berdiri dan bersiap sedia untuk berjalan ke hadapan.

"Nak ambil slip lah cikgu.. Nombor empat tak lain tak bukan mesti sayakan ?" Soal Alif dengan yakin dan bahagia. Dapat kalahkan Adam sudah cukup puas baginya , nak lawan Irfan, Ayzeen dan Ayreen ? Erm , memang tak lah dapat.

"Kalau ya pun duduk la dulu.. Kita kenalah bagi rasa suspen tu ada." Tegur Professor Amira.

"Baiklah , Prof." Balas Alif , dia kembali semula ke kerusinya.

"Tempat keempat.. Tengku Ryan Irfan. Sila ke depan untuk ambil slip peperiksaan Irfan." Arah Professor Amira.

Tergamam semua orang , terutama sekali sudah pastilah Syed Alif Iman.

"Prof ? Are you sure !?" Soal Alif.

"Ya , Irfan sila ambil slip kamu." Panggil Professor Amira lagi.

Irfan melangkah ke hadapan dan memerhati lama slipnya. Wow , nampaknya Alif betul-betul belajar dengan bersungguh-sungguh. Nampaknya lawan dia semakin bertambah. Daripada 1 menjadi dua dan sekarang tiga.

Irfan tersenyum kecil sebelum kembali ke meja.

"Nampaknya kau akan jadi lawan aku yang baru Alif." Kata Irfan sambil menepuk beberapa kali bahu Alif.

"Woit , fan. Habis aku ni bukan lawan kau jugak ke ?" Soal Adam , terasa tercabar pula dia apabila terdengar ayat Irfan tadi.

"Ala , sorry lah bro." Balas Irfan.

"Baiklah , kita terus ke tempat ketiga. Tempat ketiga sama keputusan dengan Irfan cuma tempat ketiga siap dulu sebelum Irfan sebab itulah dia mendapat tempat ketiga. Putera Ayzeen sila ke hadapan ambil slip." Arah Professor Amira.

"Wohooo !!!" jerit Alif bagai nak gila ! Dia dapat kalahkan Ayzeen.

"Wow , Lif ! Betulah , fan. Alif ni lawan kita berdua." Kata Ayzeen pula. Dia berjalan untuk mendapatkan slipnya dihadapan.

Kali ini tinggal Alif dan Ayreen. Siapa yang bakal dapat gelaran TOP 1.

"Tempat kedua dalam kelas , Puteri Ayreen sila ambil slip keputusan awak." Kata Professor Amira.

4 PRINCEWhere stories live. Discover now