Terpampan Khalid saat salinan dokumen itu dicampakkan ke wajahnya. Dalam keadaan yang masih menanggung kesakitan, dia menunduk perlahan untuk mengutip kertas-kertas tersebut. Hampir terbeliak matanya saat membaca isi kandungan dokumen itu. Wajah lelaki bertopi itu dipandang dengan rasa tidak percaya. Kepalanya laju mengeleng untuk menidakkan semua kebenaran palsu itu.
'Ini satu penyelewengan!' hatinya meronta inginkan pembelaan.
"Oi oi, apa semua ini? Ini tak betul. Aku tak pernah berjanji semua ni!" Khalid menjerit sambil memandang kertas-kertas tersebut. Gema suaranya masih berkumandang walaupun sudah tiga saat dia menjerit.
"Khalid, dahla hutang kau bertimbun, kau boleh buat-buat tak percaya pula? Itulah surat yang kau tandatangani enam bulan yang lalu. Macam biasa, orang yang bodoh macam kau langsung tak baca syarat-syarat dan isi kandungan surat tu, kan?" Lembut sahaja lelaki itu membalas namun disebalik kelembutan tutur bicaranya terselit seribu muslihat. Khalid sudah dapat meneka apa yang sedang berlaku.
'Aku ditipu!'
Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Terasa lemah lututnya saat itu. Tidak semena-mena dia terjelopok di lantai lembab itu. Saat itu, dia sudah tidak mampu berfikir dengan rasional lagi. Apa yang bermain di fikirannya saat itu ialah penyesalan yang tidak terkira banyaknya. Dia sendiri tertanya-tanya, adakah penyesalannya itu dapat diampunkan?
Lelaki bertopi itu mencebik lalu mangatur langkah untuk pergi dari situ bersama konco-konconya. Hatinya melonjak girang kerana telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda dari penyelewengan pertamanya. Tidak sangka, anak yang genius punyai ayah yang bodoh! Kutuk hatinya.
Dalam kegelapan bangunan terbiar itu, Khalid meraung seperti orang yang hilang kewarasan. Langkahnya mula diatur dengan harapan, semua masalah ini akan selesai.
***
Kay pulang agak lewat hari itu kerana buat pertama kalinya dia menghadiri kelas tambahan yang yang diadakan di sekolahnya. Kata-kata Shah tempoh hari benar-benar membuatnya berfikir lebih daripada dua kali. Adakah dia patut mulakan hubungan yang baik dengan rakan sekelasnya?
Sambil mengayuh basikal, mindanya mengimbas saat dia mula menapak ke kelas tadi. Puan Rachel kelihatan terkejut dengan kehadirannya yang secara tiba-tiba itu. Kay melangkah selamba dan mengambil tempat duduknya yang sudah berhabuk itu.
Seluruh kelas menjadi sunyi. Rasa seperti tidak percaya pun ada. Kay, lelaki yang tidak pernah belajar di dalam kelas tiba-tiba sahaja wujud di situ. Tidakkah itu ganjil? Shah pula tersengih di tempat duduknya. Hanya dia seorang sahaja yang kelihatan ceria pada waktu itu. Tangannya sibuk melambai-lambai ke arah Kay sehinggalah ditegur oleh Puan Rachel.
Sewaktu kelas sedang berlangsung, Puan Rachel langsung tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada Kay. Bimbang sikapnya berubah secara tiba-tiba pula kali ini. Sebagai langkah pertama, Kay cuba sedaya upaya untuk menahan rasa mengantuknya. Sudah beberapa kali dia tersengguk ketika cikgu sedang mengajar. Habis sahaja kelas, Kay segera bangun dan keluar. Tergamam semua yang ada di situ. Gurunya sendiri pun belum keluar.
Perjalanan pulang ke rumah diiringi dengan bayu malam yang dingin. Terasa seperti tangannya sudah membeku di handle basikal. Hatinya mula terasa tidak enak. Kenapa malam ini terasa suasananya sedikit gelap daripada kebiasaannya? Dia melihat ke langit sepintas lalu. Bulan dan bintang pun tiada malam ini. Mungkin dilitupi awan mendung. Barangkali, fikirnya.
Sesampainya di kawasan kediaman, Kay mendapati bahawa rumahnya gelap seperti tiada sesiapa pun yang menghuni saat itu. Dia tertanya-tanya. Adakah ibunya ada keluar ke mana-mana? Kenapa tidak menelefon dan memaklumkannya terlebih dahulu?
ANDA SEDANG MEMBACA
DISTURBIA
Mystery / ThrillerSebelum segalanya bermula, dan setelah segalanya bermula. demi sebuah dendam, hatta sahabat sendiri dikhianati. semuanya sanggup dilepaskan dan dia tidak sedar bahawa dia semakin jauh sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang insan. sangkanya mas...
