"Pakcik! Huh,huh..." Gadis itu berlari-lari di sekitar kawasan perumahan itu. Kelibat bapa saudaranya sudah hilang. Cepat sungguh pak ciknya itu melarikan diri. Dia harus segera menghalang pak ciknya daripada melakukan sesuatu di luar jangkaan.
"Seira!" Gadis itu berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Seorang wanita dalam lingkungan hampir 40 tahun tercungap-cungap berlari ke arahnya sambil memimpin tangan anak tunggalnya yang masih kecil. Wajah wanita itu kelihatan sungguh cemas sekali. Sekali-sekala peluh di dahinya dikesat. Maklumlah, penat berlari meskipun cuaca hari itu tidaklah panas terik. Kelihatan seperti hari hendak hujan sahaja.
"Mak long! Kenapa ni? Mak long rehatlah dalam rumah. Biar Seira yang cari Pak cik." Ujar Seira. Wanita itu mengeleng-geleng kepalanya apabila mendengar kata-kata daripada anak saudaranya. Mana mungkin dia hanya duduk berdiam diri. Suaminya harus segera dicari sebelum perkara buruk berlaku.
"Seira, Mak long tak boleh duduk diam dan tunggu kamu je yang cari dia. Nah, mungkin ini boleh membantu kamu." Puan Salmi menghulurkan sehelai kertas.
"Itu surat yang Pakcik kamu tinggalkan. Mungkin ada petunjuk ke mana dia akan pergi selepas ni." Seira mengangguk tanda mengerti. Surat itu dibaca sekilas. Berubah sebentar wajahnya. Dia fikir bapa saudaranya melarikan diri kerana bergaduh dengan isterinya. Ternyata hal yang sebaliknya telah berlaku.
"This is so ridiculous! Pakcik, takkan sebab ni je?" Dia berbisik kepada dirinya sendiri. Ternyata bapa saudaranya telah ditipu sehingga menyebabkan kerugian wang berpuluh-puluh ribu ditambah lagi dengan hutangnya dengan lintah darat. Bapa saudaranya memang benar-benar tersepit sekarang.
"Seira, Mak long rasa Pakcik kamu akan pergi ke tasik untuk tenangkan fikiran. Kamu tak rasa begitu?" Seira memandang lama wajah ibu saudaranya itu. Wanita di hadapannya itu begitu tabah menjalani hidup dengan seorang suami seperti bapa saudaranya. Pakciknya itu sememangnya seorang yang lemah dan mudah untuk ditipu, lebih-lebih lagi keadaan keluarga mereka yang berada dalam kesempitan dari segi kewangan sekarang. Pak ciknya pasti akan lakukan apa sahaja cara untuk membolehkan keluarganya hidup senang dan sekarang dia telah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perasaannya untuk membanteras jenayah yang berlaku di negara ini semakin berkobar-kobar. Kerana wujudnya orang sebeginilah, dia telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pendakwa raya pada masa yang akan datang.
Tanpa berlengah lagi, dia berlari-lari ke arah skuternya yang diletakkan di bawah pokok hadapan rumah bapa saudaranya untuk pergi mencari Pakciknya. Puan Salmi turut berjalan ke arah Seira yang sudah bersedia dengan topi keledar miliknya.
"Seira, kamu tahu ke dia di mana?"
"Seira rasa Seira tahu Pakcik ke mana. Sekarang Seira nak pergi cari dia. Mak long tunggulah dekat rumah dulu dengan Haikal. Kalau ada apa-apa call je Seira." Sambil menuturkan kata-katanya, skuternya dihidupkan.
"Kakak, Haikal nak ikut." Kanak-kanak lelaki yang dari tadi senyap sahaja melihat ibunya dan sepupunya itu berbual tiba-tiba sahaja bersuara.
"Haikal, kamu duduk rumah ya, jaga umi. Kakak nak cari ayah Haikal ni lama tau, nanti Haikal penat pulak." Seira cuba memujuk sepupunya itu agar tidak mengikutinya.
"Tak nak! Haikal nak ikut jugak!" selamba kanak-kanak lelaki itu memanjat tempat duduk pembonceng pada skuter Seira.
Gadis itu memandang ke arah ibu saudaranya dengan pandangan yang serba salah. Melihat wajah tenang Puan Salmi, tahulah dia bahawa ibu saudaranya membenarkan dia untuk turut membawa Haikal.
YOU ARE READING
DISTURBIA
Misterio / SuspensoSebelum segalanya bermula, dan setelah segalanya bermula. demi sebuah dendam, hatta sahabat sendiri dikhianati. semuanya sanggup dilepaskan dan dia tidak sedar bahawa dia semakin jauh sehinggalah dia dipertemukan dengan seorang insan. sangkanya mas...