Prolog.

842 24 4
                                    

Januari 11, 2017.
12:42 malam.
Pejabat Biro Perisikan D9, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Inspektor Adam Haraz habiskan Redbull rendah gulanya dengan sekali tegukan. Tin berwarna oren itu lantas diinjak leper. Bakul sampah merah di hujung bilik operasi bakal menjadi sasaran tendangan penalti tinnya. Adam berdiri; memperkemaskan kedudukannya. Tin leper dihujung kasut Converse hijaunya sedia untuk disepak masuk ke dalam gol.

Aktiviti random Adam mencuri tumpuan Sarjan  Fatih yang sedari tadi tekun menelaah fail rekod jenayah di skrin komputernya dalam keadaan mengantuk. Sarjan Lee dan Koperal Adib turut berhenti daripada melakukan kerja mereka. Mereka semua berkerja hingga lewat malam kali ini, ada kes penyeludupan manusia yang perlu disiasat segera. Berkerja lebih masa bukan alasan untuk mereka tidak bergembira dalam melakukan tugas. Perhatian semua tertumpu kepada Adam.

"Go, Tuan Adam! Go"
Fatih beri sokongan kepada tuannya sambil menguap tanpa menutup mulutnya. Dia tahu, tuannya yang kidal itu tidak mahir menendang bola.

Adam menoleh ke belakang, senyuman keyakinan yang berbaur kepoyoan dihadiahkan kepada Fatih. Dia melihat semua anak buahnya di dalam bilik memperhatikan perbuatannya. Dia perlu berjaya. Adam kembali fokus. Nafasnya dihela perlahan. Kaki kiri diletakkan dalam posisi sedia. Dia perlu lakukan tendangan serong 15° darjah bagi melepaskan tinnya daripada bucu meja di hadapan dan terus​ masuk ke sasaran.

Tendang.

Perkiraan Adam berjaya. Tendangan kaki kirinya berjaya meluncurkan tin Redbull itu secara serong. Tin berjaya digolkan ke dalam bakul sampah secara bergaya. Swag. Gol.

Fatih terpana. Ngantuknya hilang. Dia berdiri sambil bertepuk tangan. Lee dan Adib tersenyum, menggeleng tidak puas hati. Adam tersenyum bangga, collar baju tee hitamnya dicium. Dia berasa hebat.

"Tuan ni dah macam Faiz Subri dah! Underated tapi memang best goal award FIFA."
Lee meneguk kopi jantan daripada mugnya.

"Lee, aku baik sikit daripada Faiz Subri, aku lagi hensem. Aku memang tak tunjukkan bakat aku dekat korang, aku kalau tak jadi polis dah lama join bola. Bukan PDRM FC lah. Tak bergaya. Hehehe"

Adam kembali melabuhkan punggungnya di kerusi. Masih dengan senyuman, fail kes jenayah di atas mejanya dibuka semula. Adib dan Fatih mencebik, mereka ialah pemain simpanan rasmi PDRM FC, yang mendapat tempat tercorot dalam liga Malaysia musim ini.

"Ellehh.."

"Hahahahaha, aku gurau je, weh. Jangan terasa - sambung kerja korang"

Kringgggggggg. Kringgg.

Telefon di atas meja Fatih berdering. Ganggang telefon terus dicapai. Semua pandangan tertumpu pada Fatih. Biasanya panggilan tengah malam bermaksud ada kes berat yang terjadi.

"Sarjan Fatih, D9 bercakap"
....
.......

Riak wajah Fatih berubah. Serius. Ganggang telefon diletakkan semula. Mukanya dipalingkan ke arah Inspektor Adam.

"Tuan Adam... Kes baru, kes bunuh"

Ahh sudah. Adam menggaru kepala. Tengah malam begini, ada pula kes bunuh.

"Tuan Adam, sepuluh mayat sekaligus gus.."

Adam tergamam. Air liurnya ditelan.


                              *         *         *

02:45 pagi.
Lobi bangunan.
Fakulti Sains Sosiologi, UITM Dengkil, Selangor.

Skuad Penyiasatan Jenayah yang diketuai Inspektor Adam sampai ke tempat kejadian. Beberapa pegawai dan jurufoto forensik sudah pun melakukan tugasan mereka, merekod bukti keadaan mayat serta mengumpul gambar-gambar tempat kejadian.

"Assalamualaikum Tuan Inspektor."

Sarjan Mejar Faizal dari Balai Polis Dengkil memberi salam lantas menaikkan garisan  lintasan polis. Adam melangkah masuk melepasi garisan kuning menuju ke tempat kejadian.

Sepuluh mayat, terbaring kaku di tengah-tengah lobi. Lima lelaki dan lima perempuan disusun berselang seli dalam keadaan bogel tanpa seurat benang. Tiada kesan darah, tiada kesan jerutan yang nyata.

Gila.

Duo.Where stories live. Discover now