Dos - i

501 20 3
                                    

(Adam)

Mata lelaki di depannya terbeliak bila mana mata pisau tumpul berkarat itu perlahan-lahan menikam batang lehernya. Jeritan daripada mulutnya yang disumbat kain langsung tidak kedengaran, sekadar gumaman. Percikan darah bagaikan pancutan wain daripada botol kaca yang baru dibuka. Merah, hanyir.

Arghhhhhh!!
Allah..

Aku terjaga daripada mimpi ngeri yang sama dengan nafas yang tercungap-cungap. Nafas aku masih laju, selaju degupan jantung aku - 178bpm kalau aku betul. Baju aku basah dengan peluh. Aku tarik nafas dalam-dalam.

"Tenang Adam, cuma mimpi lagi."

Lagi. Lagi sampai bila?

Aku raup muka aku sambil beristighfar - Astaghfirullah hal azim. Jam G-shock hitam di pergelangan tangan kanan aku pandang. 5.30 pagi. Hampir sejam jugak aku sempat tidur. Masih bersyukur aku dapat lelapkan mata. Merasa jugalah tidur. Aku tak ambil Nitrazepam* macam biasa, aku takkan ambil kalau aku stay up malam macam malam tadi - takut tak boleh bangun esoknya. Sigh.

Dalam bilik hostel dengan dua biji katil double-decker ini, cuma aku sahaja yang sudah bangkit. Fatih, Adib dan Lee masih lena. Semua masih pakai baju yang sama sewaktu ke lokasi penemuan mayat-mayat pembunuhan beberapa jam lepas. Ceh. Adib si gemuk tidur dengan jaket hijau polis masih melekap di tubuhnya - buka jaket pun malas.

15 minit sebelum subuh. Aku masih sempat sedut rokok sebatang. Mungkin kalau iman aku kuat, aku boleh gunakan kesempatan ini sembahyang sunat.. tapi itu lah, kadang aku alim, kadang suam-suam kuku, iman aku senipis wallet aku. Astaghfirullah hal azim.

Okay.
Apa kau nak tau pasal aku?

Adam Haraz bin Mohd Nuh. 29 tahun. Kolej Matrikulasi Banting - B.Sc (Hons) Crime and Criminology, University of Portsmouth, UK - Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur - M.Sc Safety, Risk Assestment, Heriot Watt University - SCO19 Specialist Firearms Command, Heathrow - Balai Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mungkin kau akan kata aku poyo kalau aku bagitahu kau yang aku adalah the top of my league. Tapi memang betul. Aku terlatih dari segi akademik dan latihan fizikal untuk tewaskan penjenayah. Setelah tamat latihan polis, aku terpilih untuk menjalani latihan elit tactical SCO19 dekat Heathrow. Kau mungkin tak tahu apa bendanya SCO19 yang aku maksudkan, tapi mungkin kau tau istilahnya di US - iaitu SWAT. Kat Heathrow sana, aku jadi Starboy; antara yang paling cekap dengan senjata, short range guns, short-range combat dan juga tactical formation planning. Orang kenal aku sebab aku adalah seorang rifle marksman yang bagus - a sharp shooter. Walaupun dekat Malaysia fizikal aku ni dah dikira tinggi, tapi dekat sana, aku... hmmm. Tapi tak apa, sebab fizikal aku yang sedikit kecil dan rendahlah  aku mudah menyelinap di antara musuh.

Aku nak jadi hero, dari kecil lagi. Sebab tu aku jadi polis. Itu cerita dulu. Bila aku dah dewasa macam ni, aku cuma didorong dengan keinginan aku yang paling utama; jadi lebih kuat. Aku nak jadi orang yang lebih kuat daripada aku yang semalam, yang lemah, lembik, tak mampu pertahankan diri sendiri dan cuma mampu tengok orang yang rapat dengan kau mati depan mata.

Kuat bukan sekadar kau pergi gim, buat deadlift, buat muscle berketak-ketak dan show-off  kat gadis-gadis. Pffft. Kuat bagi aku ialah tahap fizikal kau yang cukup untuk lindungi diri kau dan orang sekeliling kau. Laju, tangkas, responsif terhadap ancaman, gerakan dan serangan yang kau buat kena konsisten tepat dan padu. Kuat jugak bermaksud tahap mental yang maksimum, otak yang laju untuk buat keputusan, tak mudah simpati untuk benda tak sepatutnya, tak senang menggelabah, cuak. Dan yang paling penting, daya ketahanan kau daripada semua yang melemahkan fizikal kau; emotions, pain, memories and attachments.

Weh. Dah subuh!
Lama jugak aku termenung. Baik aku kejutkan Fatih dengan Adib untuk jemaah. Nak pahala 27 kali atau 1 kali?

Heh.

Duo.Where stories live. Discover now