Dos - ii

379 18 3
                                    

Januari 11, 2017.
03:42 petang.
Pejabat Biro Perisikan D9, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

"Selamat petang, semua." Kommissioner Dato' Amar Singh menerjah masuk ke dalam kekalutan bilik operasi pejabat diiringi lima lagi pegawai polis tertinggi Kuala Lumpur. 

Aktiviti-aktiviti setiap anggota biro terhenti seketika; mengikut etika rasmi kepolisian, semua berdiri tegak menghadap Ketua Polis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu lantas mengangkat tangan memberi tabik hormat. Kedatangan beliau barangkali mengejut, tetapi boleh diagak lantaran begitu seriusnya kes kali ini. 

Dato' Amar Singh memandang jam tangannya lantas mengalihkan perhatiannya kepada Asisten Supritendan Polis Mohd Rahmat, Ketua Biro Perisikan selaku kapten di dalam penyisatan kes ini.

"2 jam 18 minit lagi sebelum sidang media, ASP Rahmat. Now tell me what have your team progressed to?" 

ASP Rahmat capai beberapa helaian kertas di hadapannya lalu dihulurkan kepada lelaki Singh bertubuh gagah itu.

"Crime scene. Lokasi penemuan mayat sudah dianalisis, semua rakaman cctv sekitar lokasi sudah dikumpulkan. Our team is working hard to over through the recordings right now. Autopsy. 8 bodies done. 2 lagi masih berlangsung. Semua bedah siasat dilakukan serentak di 5 hospital berlainan. Pasukan terbaik saya sedang menyiasat dan mengenal pasti identiti mangsa dengan pihak universiti, dan setakat ini 5 identiti telah diketahui.."

"Biggest case ever this decade, ASP Rahmat. Satu Malaysia sudah heboh, tular di social media sana sini, semua dengan spekulasi sendiri. Don't ever fail this. Don't you ever let your team fail this." Dato' Amar Singh terpaksa memintas percakapan pegawainya akibat cetusan emosi. Ini kes besarnya yang pertama sejak dia mendapat jawatan ini. Petugas-petugas media sudah berkerumun dihadapan pagar kompleks ibu pejabat sedari tengah hari tadi, semua menanti sidang media daripada pihak polis. 

.   .   .

04:10 petang.
Makmal Forensik PDRM Cheras, Selangor.

"Makan, Tuan Adam"

Sarjan Fatih hulurkan sekotak air Milo berserta satu plastik kecil berwarna hijau dengan empat ketul kuih keria di dalamnya kepada Adam. Adam berkira-kira sejenak, namun akhirnya dia hanya mengambil air kotak Milo sahaja.

"Kau makanlah, Fath. Aku tak lapar."

"- Tapi dari pagi tadi Tuan cuma sarapan satu tin Nescafe je.."

Adam buka bungkusan straw air kotak Milo itu dengan pantas. Seperti biasa, airnya dihabiskan dengan sekali teguk. Habits. Dia tak perlu beri jawapan kepada pernyataan Fatih. Anak buahnya akan secara automatik berhenti bercakap dan bertanya jika dia tiada mood untuk memberi respons, atau malas untuk berbuat demikian. Sarjan Fatih cepat faham.

Apa yang Sarjan Fatih tidak faham ialah Adam sedang tiada selera untuk makan. Bentuk keria yang Fatih bawa semacam bentuk dubur yang Adam lihat ketika dia melihat sendiri proses bedah siasat mayat terakhir tadi. Tadi, ketika doktor autopsi bertugas, Dr. Rama periksa dubur dan kemaluan mangsa terakhir, dia telah menemukan sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Dubur mangsa lelaki itu telah disumbat penuh dengan puluhan paket-paket kecil gel silika. Ya, silica gel yang selalu kau dapat bila kau beli kasut baru itu dibenamkan di dalam bontot dengan kerak-kerak najis yang mengering . Sehelai plastik lutsinar; plastik kuih - turut ditemui terbenam 6 inci di dalam duburnya. Di permukaan plastik itu tertulis nota dengan tulisan kemas marker permanent hitam - 'Sinners are now Saints. Semoga Tuhan Rahmati kamu'.

"Inspektor Adam Haraz.." Dr. Rama berjalan menghampiri Adam dan Fatih yang sedang duduk di bilik menunggu. "Ini dia laporan post mortem tadi." Beberapa helaian kertas laporan dihulurkan kepada Adam untuk diteliti sepintas lalu.

'..all of the victim were exsanguinated to death by a catherer inserted through their subclavian veins, based from the similar puncture marks. All of the bodies too, have been hanged upside down to optimize the blood draining process based from the similar ligature marks on their ankles. END OF AUTOPSY REPORTS.'

Astaghfirullah. Adam menghela nafas panjang. Kes pembunuhan kali ini yang pertama kali Adam rasakan terlalu kejam. Sepuluh mangsa dibunuh dengan cara yang sama pada waktu yang berlainan, darah dialirkan keluar sehingga kering semasa mereka masih hidup.

- "This is beyond human, who ever did this didn't have any glimpse of mercy.." Sambung Dr. Rama. Saat ini Adam dan Fatih sudah kehilangan kata-kata untuk diucap.

Kesunyian di antara mereka bertiga hanya bertahan selama beberapa saat apabila nada panggilan telefon bimbit Adam berdering memecahkan suasana. Paparan telefon bimbitnya tertera nama Sarjan Lee - nice timing, panggilan masuk itu lantas Adam sambungkan.

"Tuan Adam, hasil siasatan berasingan sehingga jam 4.30 petang ini, saya telah berjaya mengenal pasti 4 identiti mayat - Muhammad Fahmi Idris, Michael Ang Lau Feng, Neeta Ramachandran dan Firdaus Ridhwan berdasarkan cross-check pengesahan cap jari mayat dengan rekod Orang Hilang di portal kita. Koperal Adib pula baru selesai cross-check identiti 3 lagi mayat tanpa rekod Orang Hilang dengan Jabatan Pendaftaran Negara iaitu Nurul Natasya Nadia Amiruddin, Tengku Sarah Nabila Tengku Azim dan Jeremy Tan Chee Leong.."

"Macam mana dengan identiti 3 lagi mayat, Lee?" Adam menyuarakan persoalannya. Sarjan Fatih di sebelahnya seakan cuba mencuri dengar perbualan telefon itu sekadarnya.

"Negative, Tuan Adam." Giliran Koperal Adib pula bersuara di talian.

"Shit.. maksudnya.." Adam sebenarnya faham, tapi dia hanya mahukan kepastian.

Dr. Rama dan Sarjan Fatih pandang Inspektor Adam serentak bila perkataan shit terkeluar daripada mulut lelaki itu.

"Maksudnya, tiga lagi mayat - satu di HKL dan dua lagu asian-faced bodies di makmal forensik yang bersama dengan Tuan berkemungkinan besar tidak memiliki kerakyatan Malaysia."

Adam garu kepalanya yang tidak gatal. Dia tahu ini memang kes besar, tapi dia tak sangka kes ini akan menjadi besar sehingga melepasi skala negara serantau.

Sial betul.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 12, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Duo.Where stories live. Discover now