Uno.

562 18 3
                                    


Adam bercangkung di tepi mayat lelaki pertama di sebelah kiri. Jasad yang terbujur kaku itu diamati betul-betul. Wajah mayat kelihatan pucat, lebih pucat berbanding mayat biasa. Pandangan Adam beralih pula kepada mayat-mayat yang lain. Semuanya pucat membiru; tanda mereka semua telah kehilangan darah dalam badan.

"Drained bodies. Tak ada darah"

Inspektor Tina Ahmad, pegawai forensik bertubuh genit menghulurkan sepasang sarung tangan latex kepada Adam.

Vampire murder case? Jangan jadi bodoh. Tapi tak mustahil. Kes pembunuhan ala vampire kali terakhir direkodkan pada 1996, di Florida. Itupun bukan vampire, cuma manusia bernama Rod Ferrell, si psychopath dengan obsesi keterlaluan kepada vampire sehingga sanggup membunuh untuk darah.

"Semua?"

"Ya Tuan. Saya baru periksa tadi"

Fatih terus catatkan fakta kes di atas lognya. Adam pakai sarung tangan latex yang diberi Tina lantas membelek tangan jasad lelaki pertama di hadapannya. Terdapat kesan tebukan jarum di pergelangan tangan kiri mangsa, begitu juga dengan pergelangan tangan kanan. Adam lakukan perkara yang sama kepada mayat-mayat seterusnya.

Adam hela nafas berat. Otaknya fokus membuat induksi awal kes sesudah membuat penelitian terhadap jasad-jasad kaku di hadapannya. Semua jasad tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan yang nyata, tiada kesan lebam yang menggambarkan sebarang pergelutan sebelum berlakunya pembunuhan. Adam jangkakan bahawa masa kematian mayat-mayat ini berbeza. Mayat lelaki pertama kelihatan lebih 'kecut' daripada mayat perempuan terakhir di sebelah kanan. Adam pandang Tina, seakan perbualan psikik - Tina tahu apa yang Adam mahukan.

"Apa yang saya pasti, waktu kematian kesemua mayat ini berbeza. Daripada pengamatan kasar saya, struktur kulit mayat pertama ni kelihatan sedikit rapuh, mayat dia sudah mula mereput. Mayat pun dah mengeras jika dibandingkan dengan mayat perempuan hujung tu - masih senang digerakkan. Struktur kulit pun masih.."

"..Maksudnya ada kemungkinan mangsa perempuan terakhir tu mati dalam masa 24 jam?" Adam terus mencelah. Tina mengangguk perlahan.

Adam ketap bibir - bahasa tubuh yang dia sudah terbiasa lakukan bila mana keadaan psikologinya mulai terganggu, petanda fikirannya sudah berkecamuk. Adam ambil masa beberapa minit berdiri di situ; diam. Sepasang matanya masih lagi terlekat pada mayat-mayat yang tersusun kemas di hadapannya.

Fatih dan Tina turut membisu. Adam bukan diam kosong. Mereka tahu setiap satu sel neuron di dalam otak Inspektor Adam sedang bertungkus-lumus cuba menyusun fakta-fakta kes supaya motif, suspek dan kronologi pembunuhan dapat dihuraikan segera.

Tiga minit.
Lima minit.

Masa terus berlalu dengan realiti yang sebenarnya otak Adam sudah terlalu tepu untuk berfikir lagi. Kes ini terlalu besar untuk cuba dirungkaikan dengan sekali hadam.

"Aku..dah stuck... Heh!"

Daripada riak wajahnya yang serius, Adam cuba memberikan senyuman. Senyuman nya tidak begitu menjadi - kelat.

Kata-kata Adam sedikit sebanyak menghampakan Tina. Tapi Fatih faham. Adam mungkin sudah terlalu letih. Ketua unitnya itu belum sempat terlena langsung sejak malam semalam. Dos-dos Redbull yang ditegaskan Adam sudah hilang keampuhannya.

"Aku belum boleh deduct sekarang, kita start over esok pagi dan - Tina, unit korang dah boleh bungkus mayat ni keluar, buat autopsi esok pagi, aku percaya ada lagi bahan bukti lain dekat mayat-mayat ni.. Fatih, kau suruh Adib ambil semua rekod rakaman CCTV lobi ni, sepanjang jalan masuk dan keluar ke bangunan ni dengan rakaman CCTV pintu masuk besar depan dan belakang kampus ni sekali.."

Adam berhenti seketika. Dia memerhatikan situasi sekelilingnya.

"Fatih, esok pagi pukul 10, kau dengan Lee cuba periksa database untuk maklumat orang-orang hilang, periksa kalau kita boleh tahu identiti  mayat-mayat ni. Itu je. Kita sambung esok"

"Baik, Tuan."

Fatih dan Tina mengangguk perlahan. Adam keluar dari kawasan garisan kuning dangan bibirnya yang masih diketap. Dia melangkah perlahan menuju ke arah kereta peronda polis Evo nya. Pintu dibuka, punggungnya dilabuhkan di atas kerusi hadapan kanan - biar Fatih saja yang memandu. Nafas dihela lagi. Adam pandang keluar, kelihatan Fatih masih lagi bercakap dengan Adib dan Lee, mungkin mengenai tugas yang dia baru sahaja berikan.

Fatih buka pintu kanan seperti biasa tanpa melihat Adam sudah terlebih dahulu duduk di situ. Adam buat muka kasihan, tersenyum dengan mata kuyu.

"Aku tak rasa boleh drive.."

Fatih faham. Dia tidak perlu menjawab. Pintu tuannya ditutup perlahan dan Fatih terus duduk di kerusi pemandu tanpa banyak soal.

"Tuan, saya risaulah kes ni. Kes skala besar. Tak lama lagi jadi viral, satu Malaysia akan kecoh.." Fatih melepaskan keluhannya. Adam tidak membalas, masih dengan senyuman kuyunya.

Adam pun sejujurnya risau, takut. Dan selaku ketua unit, tanggungjawab dia lebih besar. Tapi dia tak boleh kelihatan lemah, takut dan risau demi psikologi anak-anak buahnya. Dia kena seratus kali ganda lebih kuat. Tak ada pilihan.

It will end. Soon.


Duo.Where stories live. Discover now