What If 4

204 16 0
                                    

Knok ! Knok !

"Oppa~" seru kamu.

"Neh, masuk." arahnya dari dalam.

Kamu membuka pintu biliknya yang bersebelahan dengan bilik kamu.

Kamu menjenguk sebelum masuk ke dalam.

Jaebum sedang berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya.

Kamu duduk di atas lantai bersebelahan katilnya sambil lengan kamu memeluk erat teddy bear.

Kepala kamu pula didaratkan pada atas tilam.

Kamu merenungnya lama.

Pabila suasana sunyi, Jaebum memandang kamu sekilas.

Dia melihat pada jam di telefon.

Sudah pukul 10 25 malam.

"Tak boleh tidur ? Besok kan nak sekolah," lembut sahaja suara Jaebum bertanya.

Kamu menggeleng,"Saya tak puas lagi nak lihat muka oppa,"

Jaebum segera baring mengiring. Tangannya menongkat pipinya.

"Kenapa tiba tiba cakap macam tu pula ?"

"Sebab saya rasa macam semua ni mimpi. Biar la saya tenung oppa lama sikit. Kalau besok saya bangun dan lihat yang oppa sebenarnya cuma la khayalan, jadi saya tetap akan berasa gembira."

kamu tersenyum puas hati dengan penjelasan kamu.

Dari petang tadi lepas balik sekolah sehingga la sekarang. Jaebum sentiasa berada dalam pandangan kamu.

Kamu sentiasa mengekorinya. Memerhatikan setiap pergerakannya.

Dan kesimpulannya, ini sememangnya adalah rEaliti.

Tapi bila malam dah menjelma.

Tiba tiba kamu rasa takut.

Takut untuk menghadapi kenyataan yang dia mungkin dah tak ada bila kamu bangun dari tidur untuk keesokannya.

Takut bahawa ini sebenarnya hanya la mainan tidur kamu.

Maka, malam itu kamu bernekad ingin ke biliknya.

"Hahaaa..." Jaebum tergelak.

"Cakap merepek lagi ?" dia sungguh sungguh tak faham dengan kamu.

Apa la yang kamu nak takut kan ? Kenapa nak cakap yang dia tu hanya la khayalan ?

Dia memang betul betul abang kamu la.

Abang kamu yang sebenar benarnya.

Dia tak akan ke mana mana. Dia tak akan meninggalkan kamu.

Sebab dia dah memang darah daging kamu sendiri.

"Boleh saeng nak tidur di sini malam ni ?" kamu meminta izin.

"???" kening Jaebum terangkat sebelah.

"Di sebelah katil oppa ni, saeng nak tidur di sini.." kamu menepuk nepuk tilam yang tadinya menjadi alas kepada kepala kamu.

"Mari naik atas," pelawanya.

Kamu tergamam.

"Apa ? Tak elok la oppa biar kamu tidur dekat bawah kesejukan macam tu," cepat cepat Jaebum menjawab bila kamu mula sangsi melihatnya.

Dia menggerak kan badannya ke sana sedikit.

Katil nya adalah katil bersaiz king. Katil orang kahwin. Bukan katil orang bujang eh.

What If ?Where stories live. Discover now