What If 20

133 14 3
                                    

"Mulai sekarang, kita akan luangkan lebih masa bersama.. Nanti baru la kamu boleh dapat semula memori kamu,"

itu apa yang dikatakan Jaebum.

Tapi aku susah sangat nak percaya.

Yakin ke ? Betul ke aku boleh dapat memori aku kembali ?

Memori apa yang Jaebum maksud kan ?

Memori waktu waktu aku bersama dengan dia dahulu ?

Ada ke ?

Wujud ke ? Wujud ke memori macam tu ?

Bukan aku tak pernah cuba.

Setiap hari aku cuba nak ingat balik, sampai sakit sakit kepala aku ni.

Tapi, walau cebisan sekali pun, mahupun imbasan sekali lalu pun, tetap tak ada.

Kosong.

Even ada bukti, gambar waktu waktu kami membesar serta surat doktor, semua tu tetap tak membantu.
______________________________________
Ruang tamu..

Kamu dah bersiap cantik cantik dah. Nampak lawa sungguh.

Hari ni, omma tak ada.

Sebenar nya bukan hari ni je. Tapi boleh kata setiap hari omma tak akan ada di rumah.

Jaebum ? Dia tak bangun lagi ┐( ̄ヮ ̄)┌ biasa la, orang bujang..

Kamu memulas tombol pintu.

Tup !

Ada orang tutup balik pintu tu bila kamu dah buka.

Kamu menoleh.

"Oppa." itu yang terpacul dari mulut kamu.

Jaebum nampak serabai, ermmm muka baru bangun tidur.

Dengan baju tidur yang masih tersarung, rambut yang serabut serta mata yang dah tak nampak dah anak mata.

Jaebum menggaru garu belakang kepalanya,"Saeng nak ke mana ?"

"Keluar." pendek sahaja jawapan kamu.

"Duduk rumah la hari ni," Jaebum merungut sambil menguap.

Tangannya menutup mulutnya yang ternganga itu.

Kemudian dia terpisat pisat mengesat matanya.

"Saeng dah janji dengan IU." kamu memberontak.

"Hari ni duduk je la dengan oppa. Banyak benda oppa nak tunjuk pada kamu."

Jaebum berjalan menuju ke arah dapur.

Kamu hanya memerhati kan nya sebelum kamu pun membuntuti nya ke dapur.

Kamu berdiri di gerbang dapur sambil memandang Jaebum.

"Beri saeng satu sebab kenapa saeng nak kena duduk dengan oppa dekat rumah ni sehari suntuk dan tolak pelawaan IU ?"

kamu menyilang kan tangan.

Jaebum yang meneguk air susu di dalam peti ais, berhenti meminum nya.

Dia memandang kamu selama 5 saat sambil otak nya ligat berfikir jawapan.

Kamu masih setia menunggu jawapannya.

Jaebum menyimpan kotak susu tersebut lalu menutup pintu peti ais.

Kemudiannya dia berjalan ke arah kamu, menyapa bahu kamu ketika berselisih dengan kamu lalu menyatakan yang dia...

"sebab Jaebum sayang Miryo,"

What If ?Where stories live. Discover now