What If 7

153 15 0
                                    

Kamu seolah olah...  ...tidak lagi menganggap Jaebum sebagai seorang abang.

"Jaebum sayang kan Miryo ?"

"Me-mesti la oppa sayangkan saeng..."

Mata kamu perlahan mencelik.

Bibir kamu tersenyum separa.

Sepatutnya perkataan 'sayang' itu akan membuatkan kamu lebih bahagia, teruja dan gembira mendengarnya.

Namun entah kenapa gelaran 'oppa' dan 'dongsaeng' itu telah pun merosakkan mood kamu.

Untuk pertama kali berjumpa Jaebum, kamu berasa teruja.

Tidak sangka.

Tidak percaya.

Dan terlalu gembira.

Sangat sangat gembira.

Keterujaan kamu tu hanya Tuhan je yang tahu.

Semua perasaan ini akhirnya membuatkan kamu takut akan kehilangannya.

Takut bahawa semua ini cuma la mimpi.

Takut dia menjadi milik orang lain......

......memandangkan hubungan kamu dengan Jaebum cuma la sekadar hubungan keluarga.

Akhirnya kamu sedar.

Semua ini sebenarnya amat menyakit kan hati kamu.

Bila Jaebum adalah abang kamu, ini bererti kamu tidak mempunyai hak untuk menghalangnya daripada bercinta dengan gadis lain.

Pada akhirnya, kamu tetap akan berasa sedih kerana dia masih akan menjadi milik orang lain... ...dan bukan milik kamu sepenuhnya untuk selamanya.

Ini bermaksud semuanya hanya la sia sia.

Bias. Orang yang kamu suka. Sepatutnya dia menjadi orang penting dalam hidup kamu. Orang penting yang dimaksud kan adalah seperti kekasih. Kerana kamu menginginkannya. Kerana kamu mahu memilikinya. Kalau ikut kan nafsu, dia hanya la milik kamu seorang saja.

Sehidup semati hanya dengannya.

Kamu tak nak berkongsi. Tak sanggup. Kalau boleh semua celoteh nya hanya ditunjuk kan pada kamu seorang sahaja.

Tapi dalam situasi ni, bias kamu hadir dalam hidup bukan sebagai kekasih. Tetapi sebagai abang. Abang kandung. Kehadiran yang wujud atas hubungan kekeluargaan.

Serupa sahaja seperti kamu sebenarnya tidak mempunyai hak apa apa ke atasnya :)
______________________________________
Sticky note yang tertampal pada peti ais di pandang lama.

Kemudiannya kamu dan Jaebum saling berpandangan.

'Omma ada dinner late dan pulang lewat. Kalau lapar, pesan makanan luar :) Tak perlu sambut omma balik. Jangan bergaduh ye ? Dan Jaebum, tolong jaga adik kamu baik baik (╯3╰)
-omma♡-'

"Haaaaa baik la..." keluh Jaebum.

Kakinya melangkah ingin menuju ke tingkat atas.

"Oppa nak ke mana tu ?" kamu bertanya sebelum sempat bayangnya hilang dari pandangan.

"Nak mandi la. Kamu nak ikut ?" sempat dia berjenaka.

Pipi kamu bertukar rona ke merah.

"Oppa ! Jangan bergurau perkara macam ni la !" kamu membentak geram.

"Oppa serius la ni." dalam masa satu saat, wajahnya yang tadinya tersenyum kini berubah kepada wajah yang lebih serius (∩_∩)

Melihat muka kamu sudah terbakar dengan rasa segan yang amat, cepat cepat Jaebum menyangkal,"Tak ada la. Oppa bergurau je. Kenapa serius sangat ni ?"

"Hahahahhaaaaahahaa !" gelak tawanya meledak di seluruh pelosok rumah sambil langkahnya bergerak menaiki ke tingkat atas.

Tak sangka Jaebum pun berperangai macam ni (→→.)
______________________________________
Kamu baru sahaja ingin membuka baju sekolah kamu. Sudah parat ke dada dah kamu menariknya.

Tok ! Tok !

Sepantas kilat kamu menurunkan semula baju tersebut dan memandang tajam ke arah pintu bilik kamu.

"Cepat sikit ye ? Oppa tunggu di bawah."

kamu pelik.

Kamu pun bertanya semula,"Kita nak pergi mana ?"

Namun tiada jawapan.

Tak ada orang menyahut.

Kamu mendekati pintu dan membukanya kecil.

Eh ? Dah tak ada orang dah ?

Mungkin dah turun ke bawah atau sudah masuk ke bilik sendiri agaknya..
______________________________________
Seusai mandi kamu menuruni tangga dan terlihat Jaebum sedang duduk di atas sofa sambil melayan aplikasi di dalam telefonnya.

Menyedari kehadiran kamu, Jaebum membuka mulut,"Dah siap ?"

Dia menoleh ke kanan memandang kamu.

Dia memandang kamu dari atas ke bawah.

Simple nya kamu ni.

Seluar pendek parat lutut beserta baju T-shirt.

Cuma yang lainnya adalah gaya rambut kamu sahaja.

Kalau di sekolah, kamu mengikat rambut. Itu dah sememangnya peraturan.

Di rumah pun kamu sering juga mengikat rambut.

Cuma apabila ingin keluar berjalan sahaja baru kamu akan lepaskan rambut kamu yang panjangnya melepasi bahu namun tidak melepasi siku.

Kamu hanya memandang kosong wajah Jaebum.

Putih. Handsome.

Bahagian mata dia yang paling kamu tak boleh tahan.

Mata dia comel.

Ala ala sepet gitu.

Dengan rambutnya disikat ke belakang, ianya sangat sangat menonjolkan ciri ciri idaman lelaki semua wanita.

Kamu rasa semakin sayang namun pada masa sama rasa risau juga.

Jaebum yang lengkap berpakaian jaguar long pant serta baju jaket lengan panjang segera berdiri.

"Jom." dia menuju ke pintu.

Kamu mengikutinya,"Tak mengapa ke kita tinggal kan rumah ? Kalau omma cari macam mana ?"

Kamu bertanya walaupun kamu tak tahu dia mahu bawa kamu ke mana. Yang kamu tahu memang dia nak ajak kamu keluar. Ke mana ?

Kita ikut je la.

Kamu memandang Jaebum yang sedang mengunci pintu.

"Gwenchana. Kita pergi sekejap je."

Ringkas sahaja jawapannya.

Setelah mengunci pintu, basikal yang berada di halaman rumah dicapai Jaebum.

Jaebum sudah duduk di tempat pemandu basikal.

"Naik." ajaknya.

"Naik ?" semakin pelik kamu dibuatnya.

"Iya." Jaebum hanya tersenyum.

Kamu pun duduk di tempat duduk pembonceng.

Dengan kedua kaki kamu dihalakan pada sebelah kiri dan tangan kanan kamu menggenggam baju jaketnya.

Sebelum mula mengayuh, Jaebum sempat memegang tangan kanan kamu dan ditariknya ke hadapan,"Pegang kuat sikit."

Badan kamu tertarik ke hadapan dan pipi kamu berlanggar pada belakang badannya.

Dan itu membuatkan kamu khayal seolah olah baru je terkena renjatan elektrik cinta.

Bila melihat kamu masih lagi loading, Jaebum menepuk perlahan tangan kamu.

"Peluk oppa,"

kamu seolah olah tidak percaya dengan apa yang kamu baru je dengar tadi.
______________________________________

What If ?Where stories live. Discover now