What If 5

179 17 0
                                    

Kriing !

Lonceng berbunyi. Terpisat pisat kamu berusaha untuk membuka mata.

Selimut masih membalut pada badan kamu dan kamu juga masih berada di atas katil yang sama sewaktu kamu tidur semalam.

Cuma yang bezanya adalah kehadiran Jaebum di sebelah kamu.

Ya. Jaebum dah tiada.

Hanya kamu seorang sahaja yang berada di dalam bilik tersebut.

Kamu tersenyum.

Dah agak.

Seperti yang dijangka.

Semuanya mainan tidur, ilusi semata mata.
______________________________________
Kamu menconteng conteng buku latihan kamu.

Otak kamu tidak dapat berfungsi dengan baik. Guru yang berada di hadapan langsung tidak dipedulikan kamu.

Peristiwa semalam masih segar dalam ingatan kamu. Kamu masih dapat rasa kehangatan sentuhan dari Jaebum. Suara dia masih terngiang ngiang dalam otak kamu.

Kamu tak tahu nak kata apa.

Kamu tak terkata. Tak terungkap. Tak terucap.

Tak tahu la sama ada mahu berasa gembira atau sebaliknya.

Sekelip mata je semuanya hilang.

"Im Miryo."

Kalau la kamu boleh berkongsi cerita ini pada teman teman kamu, sudah pasti seronok.

Tapi kamu tahu tak akan ada yang percaya.

"Im Miryo !"

"Pstt pstt !" rakan di sebelah kamu mencuit cuit lengan kamu.

Kamu menoleh ke arahnya.

"Cikgu sebut nama kau tu," kata IU.

"IM MIRYO !"

kamu bingkas berdiri,"Ya, cikgu ! Tapi tu bukan nama saya..."

kata kata kamu itu mengundang gelak tawa rakan sekelas yang lain.

Apa yang kelakar ?

IU di sebelah menepuk dahinya.

"Bukan kah Miryo tu nama kamu ? Ada lagi ke pelajar lain yang nama dia Miryo juga ?" kamu menerima sindiran pedas oleh guru perempuan tersebut.

"Ya, nama saya Miryo. Tapi, nama keluarga saya bukan Im." dengan penuh yakin kamu membalas kata katanya.

Guru kamu tersenyum sinis. Serta merta satu kelas memandang kamu annoying.

"Jadi, apa nama keluarga kamu ?" guru yeoja tersebut tersenyum penuh makna.

"Nama keluarga saya Gan. Gan Miryo," kamu menjawab dengan penuh sopan.

"Kalau macam tu, siapa kah Im Jaebum ?" nampaknya cikgu kamu dah bengang dah.

Kamu tersentak.

"Im... ...Jaebum ?"

"Iya. Satu satunya abang yang kamu ada. Yang bersekolah di sini juga."

Mendengarkan itu, kamu terus terdiam.

A-apa semua ni ? Kan pagi tadi... Kan semalam... Bukan ke semuanya khayalan semata ?

Bukan ke aku seorang je yang berhalusinasi benda tu semua ?

Tapi... ...macam mana cikgu boleh terlibat sekali ?

Melainkan... ...ini sememangnya realiti !

Cikgu kamu mengeluh,"Kamu bawa IC ?"

What If ?Where stories live. Discover now