What If 37

128 15 4
                                    

Ttit.. Ttit.. Ttit..

Perlahan lahan kamu mencelik mata. Kepala kamu masih terasa berat.

Aduh, peningnya.. Letihnya..

Cahaya matahari terus terpancar pada ekor mata kamu.

Terpisat pisat mata kamu cuba untuk mengelaknya.

Kamu cuba untuk bangun duduk.

dan kamu perasan bahawa terdapat satu saluran air melekat pada tangan kamu.

Kamu menoleh ke sebelah dan terlihat ada tiang besi tegak berdiri serta tergantung sekantung air di bahagian atas nya.

Ermm, masuk air la ni, getus kamu.

Tangan kamu sibuk membetul kan kedudukan bantal di belakang sebelum dapat bersandar padanya dengan selesa sekali.

Kamu menegangkan otot leher di belakang dan mula terasa perit pada bahagian depan leher.

Robekan di leher yang telah berbalut itu diraba oleh kamu.

Liat juga nyawa aku ni..

"Kamu okay ?" Puan Im muncul dengan sebungkus plastik yang mungkin mengandungi makanan di dalamnya.

Dia meletakkan plastik tersebut pada meja kecil di sebelah katil kamu.

"Apa yang terjadi pada leher saya ?" soalan pertama yang kamu ajukan.

Puan Im menarik sebuah kerusi lalu melabuh kan punggungnya di situ.

"Doktor menjahitnya. Ya, untuk mengelak kan lebih banyak darah yang mengalir keluar.."

Kamu berdiam diri.

Jadi, ianya sudah berjahit ?

"Ia nya masih belum bercantum. Jadi, kamu patut lebih berhati hati selepas ini.."

Puan Im risau melihat keadaan kamu. Luluh hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kamu mengangguk perlahan.

"Omma fikir omma tak akan sempat menyelamatkan kamu,"

pandangan kamu kekal pada hujung kaki sendiri.

Sedikit pun tidak menoleh padanya.

Ktakk !

Bunyi pintu dibuka.

Puan Im bingkas bangun dari duduknya,"Huh ? Doktor,"

"Selamat pagi, Puan Im." ucap Doktor Arman.

"Selamat pagi," balas omma kamu.

Kamu mengeluh dalam diam.

Puan Im ? Maksudnya, aku masih di dalam dunia bodoh ni.

"Miryo dah bangun ?" Doktor Arman menjenguk kamu.

"Ah ? Iya.. Tapi, dia kurang bercakap.." Puan Im memberi laluan kepada Doktor Arman untuk melakukan sedikit pemeriksaan terhadap kamu.

Doktor Arman menyalakan lampu suluh kecil selepas tangannya yang lagi satu membuka mata kamu seluas luasnya.

"Puan tak perlu risau. Itu tindakan refleks pesakit yang baru bangun dari koma. Deria nya masih cuba untuk menerima dan memahami keadaan sekeliling,"

"Erm, baik la.." lega hati Puan Im mendengar nya.

Koma ?

Doktor Arman menyimpan lampu suluh kecil tersebut di dalam poket dadanya.

"Kamu dah terlantar di hospital ni selama 3 minggu, Miryo. Jadi, apa perasaan kamu sekarang ?"

What If ?Where stories live. Discover now