part 4 🐝

98 9 0
                                    

Kelas dah mula. Kelas Matematik. Mata dah kuyu... huargh! Aku menguap besar.

Aku ambik candy. Lalu disuap ke mulut. Ok, dah segar sikit.
Dah jadi rutin aku. Makan candy time mengantuk. Boleh rosak gigi kalau buat setiap hari.

Lepas rehat, ada ceramah motivation.
Nak tau tak apa feeling ?
Nothing.
Setiap kali buat ceramah motivation, aku takde feeling. Bila dia bagi tengok video macam mana pembentukan embrio kepada zigot kepada fetus. Aku tak tengok. Kalau video sedih aku tak tengok. Apabila dia bagi kitorang tengok citer sedih , aku tak menangis. No feeling.

🌾 Org yang tak pernah menangis tu sebenarnya lemah. 🌾

Aku cuma tak nak menangis sebab benda kecik macam tu. Bagi aku itu hanya bazir air mata aje. Sebab lepas tu buat benda tu baik . Buat rugi je kan?

Tapi kalau menangis ketika solat tu lain citer pulak.

Ketika aku menangis lepas solat, aku betul-betul rasa bersalah pada Allah. Menyesal atas dosa aku buat. Even aku menangis pun, tetap tak rugi. Sebab dengan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah mampu memadamkan kemurkaan Allah. So, even kite buat salah lagi, kita tak boleh putus asa.

"Kitto de kiru(we can do it)"ayat dari anime kimi ni maji kyun.
Kita tak boleh putus asa dengan rahmat Allah.

"Don't give up on anything!"
That was author punya word.
Kite mesti jauh kan diri dari buat maksiat.

Back to story,
Aku baca komik. Di tempat kegemaran aku. Bawah pokok. Agak jauh dari pandangan orang.

Kalau Qilah, dia akan duduk atas pokok. Best katanya.
Aku, huhuhu... takut tinggi!

Angin bayu yg gemerisik? Whatever! The wind blows it breeze toward me...
Aku suka sangat berangin macam ni, kecuali masa yang tudung aku hampir terselak kerana angin kuat. Aurat tetap aurat.

Kembali pada komik tadi. Tajuk komik tu, Isteriku dan Kedai Buku. Pertama kali aku tengok tajuk tu kat gempakstaz web, aku dah rasa buku ni macam menarik. Tapi, aku fikir lagi, nak beli ke tak? Sebab lukisan dia biasa je. So time tu tak beli lagi. One day, aku kena pergi SMO(kedai buku) sebab nak beli buku rujukan.

Tempat pertama yang  aku tuju ialah rak komik. Komik tu ada...
No doubt, aku beli komik tu. Tapi guna duit umi, aku tak simpanan duit lagi bulan ni😂.

Aku baca komik ni, today at school,my secret place?
Komik ni berbeza sangat. Best! Sangat sesuai dengan aku. Suka pergi kedai buku dan pencinta komik!
Ni my top ten comic list tau!
Ayat yang aku paling suka dalam komik ni ialah..." Kalau Chi dah baca semua buku ni, boleh Chi jatuh cinta dengan abang"😍.

*Asha, ada cikgu datang!*
*Ha??*
*Cepatlah menyorok! Nanti kena rampas pulak komik tu*
*Mana ada tempat nak menyorok!*
*Naik atas pokok?*
*No way! Asha gayat*
*Asha, bagi Qilah yang cover*
*Takpe ke?*
*Trust me, everything gonna be alright*

Aqilah panjat pokok. Macam  monyet pulak.😂

"Betul ke, kamu nampak ada orang, kat sini?" Cikgu Adam pandang Zurina.

"Betul,cikgu. Budak tu ada bawak benda haram lagi"jawab Zurina si pengawas DIVA.

Tiba-tiba, suara lelaki datang menyampuk.

"Ada apa ni, cikgu?" Rafi bertanya.

"Ni, Zurina kata dia jumpa ada orang kat sini bawak benda haram" cikgu Adam terangkan situasi.

"Oh," Rafi buat muka menyampah.
Dalam hati umpat si Zurina. Dia yang bawak mekap takpe pulak? Bukan benda haram jugak ke? Nak cari kesalahan lain konon.

Rafi mendongak ke atas pokok.
Terkejut!
"Qilah!" Ujarnya perlahan. Kang diorang tu dengar pulak.

Aku tunjuk isyarat senyap pada Rafi. Takut wei, kalau kantoi. Kesian kat Asha pulak.

"Zurina, cikgu rasa kamu kena masuk kelas sekarang. Cikgu pun ada kelas ni"

Zurina mengangguk. Riak wajah kecewa. Tak dapat nak cari budak yang langgar peraturan. (Dia sendiri langgar peraturan)

Lepas cikgu Adam dan Zurina hilang dari pandangan...

"Oi, diorang dah takde" panggil Rafi kepada Aqilah yang tengah khusyuk baca komik. Ish, sempat lagi dia baca komik.

"Woi!!"

"Opocot!" Latah Aqilah. Dan komik tu jatuh tepat pada muka Rafi. Aqilah ketawa. Lucu tengok .

"Apa punya kawan! Aku ni punya la baik tolong kau! Ni kau Balas!"
Rafi marah. Merah muka dia yang agak putih tu.

"Sorry, aku tak sengaja" aku lompat turun dari pokok.

Rafi yang tengok pun terkejut. Ada ke lompat dari pokok budak ni. Mujur pakai seluar panjang.

Rafi menilik komik yang jatuh kat mukanya tadi. "Isteriku dan kedai buku"

"Kau baca, komik romance camni?" Rafi tunjuk riak wajah tak percaya.

" Haah. " Seraya itu, aku rampas komik tu dari tangan Rafi. Aku tak habis baca lagi komik ni.

"Kenapa kau bawak komik ni?"
"No reason"
"Aku tanya elok-elok ni!"
"At least aku jawab jugak soalan kau"

Payah betul bila bercakap dengan Aqilah ni. Rafi menepuk mukanya.

"Aku masuk kelas dulu" Aqilah segera menggalas beg sandangnya.

"Kau nak pergi mana pulak tu?"
Rafi nak kejar Aqilah, tapi...
"Aku tak nak timbul fitnah. So aku pergi dulu."

Sentap Kejap. Rafi berhenti....
seraya tersenyum.
"Lain kali, jangan buat langgar peraturan tu lagi" jerit Rafi sederhana perlahan.
"Okey👌"

Firnas yang ternampak diorang merengus marah. Entah Kenapa dia tak suka tengok Asha rapat dengan Rafi.
"Apa dah jadi dengan aku ni?!"

Asha Aqilah [ Editing ] ✅Where stories live. Discover now