Part 11

47 4 0
                                    

Liyana berasa tidak puas hati melihat kemesraan antara Zurina dan Asha. Rasa dipinggirkan.

Liyana pergi ke arah lain.
Dia duduk di pondok yang agak jauh di belakang sekolah.

Air mata yang selama ini ditahan nya, akhirnya.

Dia menangis sendirian di situ. Hatinya sakit.
Nampak sahaja dirinya mempunyai segalanya...tapi, dia hanyalah manusia biasa.

Mahu disayangi. Mahu dihargai.

Tapi benda tak pernah dia kecapi. Mama dan Papa hanya tahu kerja aje. Kerja! kerja! kerja!
Anak pulak tak diendahkan. Biar sahaja. Biar aku hanyut macam tu aje.

Air mata yang telah lama aku tahan turun. Aku nampak je kuat, tapi... aku hanyalah seorang manusia yang lemah. Aku menangis sepuas-puasnya. Sebab aku tahu lepas ni , mungkin aku tak boleh menangis dah.

"Liyana, awak okay tak ni?" Tegur Asha. Asha terdengar suara orang menangis sebab itu dia boleh datang sini.

"Blah kau! Aku benci tengok muka kau!" Liyana menolak tubuh Asha kebelakang dengan kasar.

Tanpa sengaja, Liyana telah buat Asha jatuh di atas semen. Kakinya luka dan darah keluar dari luka itu.

"Tolak sikit dah cedera, lemah betul" ejek Liyana. Dia langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya.

"Kau jangan nak berlagak kuat sangat lah!" Tengking Aqilah. Aqilah memang tengah panas ni. Marah Asha diperlakukan sebegitu.

Liyana pelik dengan perubahan sikap Asha. "Kau siapa!?"

"Aku Aqilah. Takkan tak kenal?" Aqilah memulas tangan Liyana.

"Argh!!!" Aqilah masih lagi tak melepaskan tangan Liyana.

*Qilah, please stop... You hurt her wrist*
*But she hurt you more than this!*
*I said enough!*

Kini Asha telah melepaskan tangan Liyana. Namun Liyana membalas dengan menampar pipi Asha.

Bahang tamparan masih lagi terasa. Rasa pedih . Air mata cuba ditahan.

Liyana lari jauh dari tempat itu. Dia langsung tak hiraukan keadaan sekelilingnya. Pandangan mengejek dari pelajar lain, tidak dia hiraukan.

*Dia sakiti Asha lagi! Cukup lah Asha baik dengan dia! Balas balik apa yang dia buat.*
*Asha tak suka buat macam tu. Qilah... please... jangan buat dia macam tu lagi. Dia menderita tau tak! She's crying, don't you see?!*
*But....*
*Stop it , Qilah! Asha akan mintak maaf balik pada dia*
*But, it's not your fault! Why you want to apologise? It's my fault after all*
*So, we both have apologise to her, together. Can we?*
*Sure do*

Asha pergi mengejar Liyana. Kakinya yang luka itu dibiarkan berdarah. Rasa sakit yang dirasainya tidak dipedulikan. Sekarang dia perlu mencari Liyana untuk mintak maaf.

Asha ternampak Liyana yang melintas jalan raya tanpa memandang kiri kanan. Sebuah kenderaan bergerak laju kearah Liyana. Kenderaan itu seperti mahu merempuh Liyana. Kenderaan itu semakin laju. Liyana!

"Liyana! Bahaya!!!" Jerit Asha dengan kuat.

Liyana kalu di jalan raya. Kakinya terketar - ketar. Kenderaan itu bergerak laju.

Asha menolak tubuh Liyana ke bahu jalan.

Strret....buhg!

Kereta itu merempuh tubuh Asha. Asha terbaring kaku di jalan raya. Badan Asha penuh dengan darah.

Liyana yang turut tergamam menyaksikan kemalangan itu menangis.

Liyana mendekati tubuh Asha.
"A....ku min....tak ....ma..af..."ucap Asha kepada Liyana.

"Asha, kenapa kau selamatkan aku....aku yang patut kena bukan kau..." Liyana teresak-esak menangis.

Asha ingin mengucapkan sesuatu tapi dia pengsan akibat kehilangan darah yang banyak.

"Asha!!" Liyana menggoncangkan tubuh Asha yang tak bergerak itu.

Tangannya menggeletar melihat darah Asha di tapak tangannya. Baju sekolah yang berwarna putih kini dipenuhi dengan darah merah.

Zurina dan beberapa pelajar lain termasuk Firnas dan Rafi turut bergegas ke sana.

"Asha!"
"Aqilah"

Panggilan dari Firnas, Rafi dan Zurina....tidak lagi kedengaran di telinga Asha Aqilah.

Zurina mendapatkan sahabatnya, Liyana.
Namun tak sampai beberapa saat, Liyana pengsan di bahu Zurina.

"Yana!!!"


Asha Aqilah [ Editing ] ✅Where stories live. Discover now