Part 13 🐝

50 3 0
                                    

Sejurus sahaja, ambulance sampai ke hospital, Asha dibawa ke unit kecemasan. Asha terpaksa dibawa ke bilik bedah akibat pendarahan yang banyak.

Semua orang menunggu di luar termasuk keluarga Asha. Ibu Asha menangis mengenangkan nasib anaknya. Cukup lah kematian Amran ....dia tak mahu kehilangan anaknya lagi.

Hampir satu jam lebih mereka menunggu Asha keluar dari bilik bedah.

Akhirnya, doktor keluar dari bilik bedah itu. Asha masih lagi tidak sedarkan diri.

"Macam mana dengan anak kami, doktor?" Tanya Encik Ibrahim.

"Kami berjaya selamatkan dia...." ayat doktor itu tergantung.
"Tapi kenapa?" Puan Ain dapat rasakan sesuatu yang berat menimpa anaknya.

"Dia ada tumor otak tahap 2. Pihak kami tak mampu untuk buang tumor itu sekarang kerana risiko nyawa anak Puan terancam. Kami akan jalankan pembedahan semula bagi membuang tumor tersebut secepat yang mungkin agar tumor itu tidak merebak ke organ lain." Puan Ain terpampang. Keadaan anaknya sangat kritikal.

"Terima kasih atas bantuan doktor." Ucap Encik Ibrahim.

"Sayang kena sabar. Kita doa dengan Allah agar dimudahkan segala perkara." Encik Ibrahim menenangkan isterinya.

Encik Ibrahim, Puan Ain dan Arsyad menunaikan solat Maghrib kemudian buat solat hajat. Mereka berdoa agar Allah beri kesembuhan kepada Asha Aqilah serta mudahkanlah urusan mereka.

*Asha....., aku tahu kau kuat! Please wake up.*
*Aku tak mampu bertahan lagi... Qilah....*
*Kau tak boleh give up Asha. Semua orang tengah tunggu kau sedar....*
*I can't hold this pain any longer*
*So, I will help you to overcome this pain together, but promise me no matter what happened you must keep alive!*
*I promise! *

Aqilah membuka matanya yang dirasakan berat. Rasa sakit di seluruh badan, badan aku dah jadi macam mumia. Ada benda penting yang perlu aku buat sebelum aku pergi.

Aku dapati umi terlelap di sebelahku. Kesian umi. Mesti umi letih jagakan aku semalam.

"Asha!" Umi peluk aku erat. Ini mungkin kali terakhir aku dapat rasakan pelukan daripada umi sebagai Aqilah.

"Umi, boleh panggil Asha, Aqilah tak?" Aku nak sangat umi panggil aku Aqilah. Hanya sekali sahaja dah cukup untuk aku. Walaupun aku hanyalah Asha other side, Aqilah.

"Aqilah. Umi risau sangat dengan Aqilah tahu!" Air mata aku menitis. Aku gembira. Umi panggil aku Aqilah.

"Aqilah okay tak? Kenapa menangis ni? Sakit lagi ke?" Tanya umi risau.

"Qilah okay, umi." Aku sapu air mata yang jatuh tadi.

Tak lama kemudian....
Seorang doktor wanita datang memeriksa keadaan aku. Doktor itu pelik apabila diperiksa , aku sudah sembuh daripada kecederaan teruk pada hari itu.

Itu Asha , bukan aku, Aqilah. Asha yang menderita sakit kemalangan itu.

" Kamu sudah sembuh dari kecederaan semasa kemalangan. Tapi saya tetap akan tahan kamu di wad untuk memantau kesihatan kamu sebelum menjalani pembedahan kedua untuk membuang tumor." Ucap doktor wanita itu.

Aku langsung tidak menunjukkan reaksi terkejut mahupun gelisah mendengar berita itu.

Sementara umi dan ayah pergi berbincang dengan doktor, aku berehat ditemani Arsyad.

"Kau bukan Asha , kan?" Tanya Arsyad dengan satu pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Haah, aku bukan Asha. Tapi Aqilah. Macam mana kau tahu?" Itu persoalan aku kepadanya.

Asha Aqilah [ Editing ] ✅Where stories live. Discover now