Part 12 🐝

50 3 0
                                    

Wiwo....wiwo...wiwo...( bunyi siren ambulance😂)

Ambulance sampai ke tempat kejadian. Paramedic membawa pelajar yang cedera parah itu dan seorang pelajar lagi ke hospital.

"Ada sesiapa ingat tak nombor pendaftaran kereta tu?" Tanya Cikgu Adam.

Semua pelajar menggeleng kepala. Kecuali seorang sahaja.
Firnas.

"Saya ingat, Cikgu. CFG 7658" Firnas bersuara lantang.

"Bagus, Firnas! Nanti Cikgu akan report polis pasal kemalangan ni." Cikgu Adam memuji tindakan Firnas yang bijak mengingati nombor pendaftaran kenderaan itu.

"Aku sendiri akan cari orang tu. Dia takkan terlepas!" Geram sungguh dia dengan orang yang cederakan Asha.

"Aku akan tolong kau" Rafi mencelah.

"Sejak bila kau jadi pengikut gangster macam aku ni?"

"Sejak aku kenal Aqilah," pandangan dialihkan.

Firnas sendiri akur akan kenyataan itu. Kehadiran gadis yang bernama Asha Aqilah memberi kesan dalam dirinya dan juga Firnas.

"Kita jumpa esok depan sekolah" arah Firnas kepada Rafi.

"Set" Rafi dan Firnas pulang ke rumah masing masing. Dalam kepala ni memikirkan cara nak cari penjahat itu. Tapi dalam hati mereka terselit kegelisahan tentang keadaan gadis itu.

"Asha....kau akan okay kan?" Firnas bermonolog sendiri di biliknya.

"Kau kuatkan , Aqilah?" Rafi bersandar pada katil.

Hanya satu benda sahaja yang diorang doa. "Ya Allah, kau selamatkanlah Asha Aqilah"

🌼🌻🌼🌻🌼🌻🌼🌻🌼🌻🌼

Rumah Rafi,

"Rafi, kakak dengar ada pelajar kemalangan di depan sekolah. Betul ke?" Rauha Ilyana bertanya kepada adiknya yang baru keluar dari bilik.

Rafi tidak menjawab tapi angguk kepala. Dia masih lagi risau tentang keadaan Aqilah.

Melihatkan perilaku adiknya, Rauha membuat kesimpulan bahawa pelajar yang kemalangan itu pasti ada kaitan dengan adiknya, Rafi.

"Sabar tau, Rafi. Allah nak uji rafi tu. Nanti akak akan buat liputan media pasal ni. " Rauha cuba memujuk Rafi agar kembali ceria.

"Woi, kak! Mana sarapan pagi?" Tiba-tiba datang seorang lelaki berusia lebih kurang 20 tahun datang ke dapur dalam keadaan yang mamai.

"Tak nampak ke apa atas meja tu?!" Geram betul Rauha dengan adiknya yang kedua itu, Rushdan Irfan.

"Ooh" Rushdan dah nampak pankek yang sudah tersedia di atas meja.

Rushdan ingin menjamah pankek itu, namun tangannya ditampar oleh Rauha.

"Pergi basuh tangan dulu!" Rushdan pergi ke paip singki dan membasuh tangan.

Rafi yang menjadi pemerhati hanya mengeluh. Haih.

Papa dan Mama ada outstation minggu ni. Sebab itulah sunyi je rumah. Takde leteran dari mama pun, kakak ada untuk berleter.

"Abang, aku nak pinjam motor kejap. Nak pergi jumpa kawan." Rafi meminta izin untuk guna motor abangnya.

"Tch! Aku nak lepak dengan geng aku lepas ni!" Balas Rushdan kasar.

"Baik kau pergi hantar Rafi pergi jumpa kawan dia, sebelum aku report pada Papa" ugut Rauha.

"Haish! Yelah, aku hantar!" Rauha tersengih. Papa sudah bagi amanah padanya agar jaga adik-adik sepanjang ketiadaannya di rumah.

Asha Aqilah [ Editing ] ✅Where stories live. Discover now