.. J I H A D D I R I..
Aku nak berubah.
Tapi aku selalu terkandas.Aku nak berhijrah.
Tapi aku selalu terbabas.Aku nak bertaubat.
Tapi hati aku masih keras.Aku bertaubat.
Tapi aku masih tak 'pass'.Aku dah cuba, bukan tak cuba.
Aku dah cuba bangkit tapi rebah.Dosa, taubat.
Dosa dan taubat.
Sampai bila nak macam ni?Ramai juga, yang pernah meluah dan menyatakan hal ini.
Taubat.
Then buat dosa lagi.Taubat.
Buat dosa sama lagi.Benarkah kau bertaubat?Mengulangi dosa yang sama.
Dalam masa sama, serba salah menyelubungi.
Itu petanda diri kita ni tak cukup tegas lagi.
Perlu lebih 'bertegas' dengan diri sendiri.Kita buat dosa.
Kita rasa nikmat sangat.
Habis buat dosa, kita takut kita menyesal kita rasa serba salah kita risau sangat sampai rasa jahatnya aku jahatnya aku ya Allah!Hati menangis!
Jiwa meronta!
Tidak tenang!
Lemas!
Rimas!
Tenggelam!
Tenggelam dengan hawa nafsu sendiri.Walhal kita memang sudah nekad mahu tinggalkan dosa itu.
Kita nekad sungguh sungguh.
Kita tabur janji bersungguh depan Allah.Tapi bila sampai 'time' , kita kecundang dan akur dengan nafsu, kita biarkan pula dunia menguasai.
Pelik.
Bila kita jatuh dan lemah.
Kita menangis mengadu kepada Allah.
Lepas itu kita rasa tenang.Tapi kenapa masih terperangkap dalam dosa?
Kenapa susah nak keluar dari zon bahaya ?Teman, Nak berubah itu senang.
Nak bertaubat pun kacang.Tapi nak 'istiqamah' dalam taubat.
Itu ramai yang tak mampu.Bukan mudah ingin menggapai bintang dalam gelapnya malam.
Tak mudah untuk 'lari' dari dosa sendiri.Duhai hati yang 'menangis'.
Tangisan itu, petanda dirimu masih punya iman.
Hatimu masih punya taman.Bersihkan lah taman itu dengan istigfar.
Sirami bunga di tamanmu dengan air mata taubat.
Hiasilah tamanmu dengan zikrullah.Kau Yang sebenarnya rindu akan kasihnya Dia.
Ketahuilah.
Allah tak pernah jauh.
Melainkan kita yang 'menjauh'.
😭😭