Duhai hawa

459 35 0
                                    


Sesekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di Syurga.

Duhai Hawa.
Dirimu begitu berharga.
Peliharalah dirimu dengan sebaik-baik pemeliharaan.
Tebalkanlah sifat malumu yang merupakan fitrah semulajadi kejadian seorang wanita.
Dan jagalah pandangan, pendengaran, percakapan, pemikiran, hati dan tingkah lakumu.

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan gelombang dunia yang tiada sempadan. Jangan biarkan dirimu lemas dalam ombak dunia yang melalaikan.

Sedarlah Hawa.
Hidup ini hanya sementara.

Hanya kepada ALLAH swt, kita memohon perlindungan daripada tipudaya 'musuh' yang nyata. Hanya kepada DIA-lah kita menyerah diri. Semoga ALLAH swt memelihara kita dengan sebaik-baik pemeliharaan kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA Yang Maha Esa.

:: Muhasabah | Istighfar | Taubat ::

Dakwah SantaiWhere stories live. Discover now