Mengucapkan " Selamat Hari Natal " ataupun " Selamat ".
Batasan antara muslim dengan orang kafir.
tanamlah dalam diri anda Al-Wala' Al-Bara'.
firman Allah عز وجل :
katakanlah ( wahai Muhammad ) : Wahai orang - orang kafir !aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
dan kamu tidak mahu menyembah ( Allah ) yang aku sembah.
dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat.
dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."
[ al Kafirun 1-6 ]
prinsip di atas disebut juga dalam ayat lain.
firman Allah عز وجل :
kamu berlepas diri dari terhadap apa yang aku kerjakan dan akupun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan."
[ Yunus : 41 ]
firman Allah عز وجل lagi :
bagi kami amal - amal kami dan bagimu amal - amalmu."
[ al Qashash : 55 ]
Aqidah kaum Nasrani percaya bahawa tarikh 25 december adalah tarikh kelahiran Isa al-masih bin Maryam atau tuhan jesus. ini berbeza berbeda dengan aqidah umat Islam yang mana dalam pandangan aqidah umat Islam al-Masih Isa bin Maryam adalah Nabi dan Rasul Allah bukan tuhan atau anak tuhan.
oleh kerana itu Islam dilarang untuk ikut serta merayakan natal dan juga ikut memberikan ucapan " selamat natal " atau sekadar ucapan " selamat ", dan kebanyakkan umat Islam hari ini banyak yang terjatuh kepada kekufuran kerana mengucapkan " selamat natal " atau " selamat "
maka pantaskah Allah dikatakan punya anak seperti yang disuarakan umat Nasrani? sungguh perkataan ini adalah perkataan yang mungkar yang hampir membuat langit terbelah.
firman Allah عز وجل :
dan mereka berkata : " Tuhan yang Maha Pemurah ( mempunyai ) anak.
Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, hampir - hampir langit pecah kerana ucapan itu dan bumi terbelah dan gunung - gunung runtuh, kerana mereka mengatakan Allah yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan yang Maha Pemurah ( mempunyai ) anak."
[ Maryam : 88-92 ]
maka orang yang menyebutkan " selamat natal " atau ucapan " selamat " sahaja bahawa Allah mempunyai anak maka gugurlah amalnya tanpa ia sedari.
firman Allah عز وجل :
dan kalau mereka menyekutukan Allah , nescaya gugurlah amalan yang mereka kerjakan."
[ al Anam : 88 ]
maka berhatilah - hatilah.
Wal Iyadzubillahi mind'zalik.