Haiiii! lama dah diam. Sorry. Kinda busy edit novel akan datang. Dua-Dua Degil! (Sekuel Salah Siapa? tapi hero Ikmal dan heroin Arissa) yes, akan datang dalam bentuk cetakan. InsyaAllah minggu depan buka order. InsyaAllah.
okey, ni nak share sambungan Isla Dory. Happy reading!
BAB 2
ISLA tergamam melihat persekitarannya. Memang sah, dia bukan dalam biliknya. Dia kini sedang berada di dalam hutan yang sangat cantik. Pokok-pokok di sekelilingnya bersaiz besar dan redup. Daun-daunnya berwarna hijau kekuningan. Batang-batang pokok itu pula berlumut-lumut dan berbunga. Cantik sungguh! Pokok-pokok itu bagai ditanam mengikut susunan. Nampak kemas dan tersusun. Baunya... oh. Baunya sangat mendamaikan. Bau pokok! Bau alam semula jadi...
Adakah dia sedang bermimpi? Mana mungkin dia boleh berada di sini seumur hidupnya. Dia bukannya seorang yang sukakan alam semula jadi. Tetapi sekarang... mungkin minatnya berubah. Adakah dia di Ireland? Atau Scotland? Rasa-rasanya, tak mungkinlah di tempatnya wujud hutan yang sebegini cantik.
"Wau hahahauuu! Kalau hari-hari mimpi kat tempat macam ni kan bagus?" dia berkata sendiri sambil berpusing-pusing di tempatnya berdiri. Macam berada dalam dunia fantasi.
Terkejut melihat pokok yang diliputi lumut di sekelilingnya bergerak-gerak sedangkan tiada angin ataupun ribut. Dia bertindak refleks dengan mengeluarkan pedang di pinggangnya lantas diacu ke arah itu. Dia sendiri pun terkejut dengan tindakannya. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan pedang pada tangannya itu? Dan kenapa dia bereaksi seolah-olah dia pernah menggunakannya?
Bertambah terkejut sebaik saja melihat pakaian yang tersarung pada badannya. Sarung tangan kulit berwarna coklat sudah tersarung di tangannya, berbaju perisai diperbuat daripada kayu dan campuran besi seolah-olah dia itu merupakan pahlawan pada zaman dahulu kala. Pedang dan beberapa bilah belati terselit di pinggangnya.
"The heck?" dia meneliti diri sendiri.
Tiba-tiba muncul satu makhluk dari pokok bergerak itu tadi. Nymph! Isla tahu makhluk itu. Dia pernah baca tentang makhluk itu dalam satu buku fantasinya. Makhluk yang menyamar sebagai pokok. Atau sebenarnya memang berasal dari pokok. Tubuhnya berwarna hijau dan dipenuhi dengan daun, lumut dan bunga.
YOU ARE READING
ISLA DORY
ФэнтезиApa yang akan berlaku sekiranya kita menutup mata untuk tidur? Isla (Eye-la). The chosen one. Selepas berjumpa dengan Helena, hidupnya serta-merta berubah. Setiap kali tidur, dia dengan sendirinya berada di dunia Arden, sebagai seorang pahlawan zhu...