Bab 1 : Kejadian Aneh

670 44 19
                                    

           

Lamanya tak tempek cerita dekat sini. Hehehe. Tiba-tiba rindu nak up cerita. Tapi tak tau nak up cerita mana satu. Jadi saya upload kisah fantasi ni ye. Peringatan, ISLA (Eye-la) ni sengal tau.

           

BAB 1

Duduk bersendirian di rumah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi Isla. Christmas Eve. Hanya dia saja yang terperuk di rumah, bergolek dekat atas sofa, tukar-tukar channel tv mencari rancangan menarik. Nak balik ke kampung halamannya? Huh, macam mana nak balik? Ibu bapanya sendiri boleh menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru di Africa. Itupun atas urusan kerja papanya yang sememangnya sentiasa bekerja di luar kawasan.

Sudah tiga tahun mereka tidak menyambut perayaan itu bersama-sama kerana masing-masing tinggal berjauhan. Namun, tahun ini lebih malang buat Isla kerana terpaksa 'menyambutnya' bersendirian tanpa kekasih! 

Rakan serumahnya, Lucy tentulah menyambut hari penting itu bersama keluarga kekasihnya. Kenapalah dia tiada kekasih? Nak ajak melepak pun susah. Kawan karib pun tiada. Hanya Lucy sahaja. Takkanlah dia nak paksa Lucy bawa dia sekali untuk sambut Krismas di rumah kekasihnya? Memang taklah dia nak jadi third wheel. Jangan-jangan dia jadi fifteenth wheel nanti. Dengar cerita, kekasih Lucy mempunyai ramai adik-beradik. Semuanya sudah berpunya.

"Why? Why? Why this always happening to me?" keluh Isla. Kenapalah Clinton tinggalkan dia dua bulan sebelum Krismas?

Mujur juga dia ada makanan sebagai 'kekasihnya'. Dia ke dapur untuk mencari makan. Peti ais dibuka. Susu diambil. Malam-malam macam ini makan cereal? Tak apalah. Janji boleh isi perut. Nak cari makan di luar? Memang taklah. Orang ramai sedang buat perarakan. Dia tiada mood untuk bersesak-sesak di celah orang ramai hanya untuk mendapatkan makanan.

Susu diletakkan di atas meja. Dia ke kabinet untuk mengambil bijirin pula. Bijirin di dalam kotak dituang ke dalam mangkuk. Kemudian dia menuang air susu ke dalam mangkuk yang sama. Tidak menunggu lama, dia duduk di situ tanpa meletakkan semula susu dan kotak bijirinnya ke tempat asal.

Ketika sedang makan, matanya tertancap pada kotak bijirin tadi. Tiba-tiba tulisan pada kotak itu menghilang dan muncul tulisan baru iaitu We Need You. Isla terberdiri dari duduknya. Terkejut dengan apa yang dilihat.

Dia gosok-gosok matanya. Eh. Honey Star! Rasanya dia tidaklah mengantuk atau mamai. Memang tulisan itu hilang sebentar tadi. 

BUKK! Bunyi sesuatu dari dalam rumah menyebabkan jantung Isla berdebar kencang. Dia panjangkan leher untuk mengintai. Haraplah Lucy walaupun dia tahu Lucy memang takkan sampai secepat ini dari New Zealand!

"Lucy!" Isla mencuba nasib. Senyap. Bulu roma dah merinding. Kejadian tadi masih lagi berlegar-legar dalam kepala otaknya. Macam dalam cerita hantu... we need you? Siapa yang perlukan dia? Ada roh yang terperangkapkah? Isk! Jangan fikir bukan-bukan, Isla. Kau sendirian sekarang... 

"Urmmm, santa?" Isla mencuba nasib lagi. Manalah tahu kut-kut bunyi kuat tadi rupa-rupanya bunyi Santa Claus tergolek dari corong api? Tapi, takkanlah santa boleh tersalah rumah pula? Di rumah ini mana ada budak kecil!

"Come here..." bisik seseorang. Suara perempuan. Kali ini bukan setakat bulu romanya yang merinding. Tetapi bulu tengkuk sekali. Kalau bulu ketiak tak tersepit di celah ketiak, harus bulu ketiaknya juga merinding sama.

Dia bergerak perlahan-lahan ke arah bunyi itu meskipun hati dan akal menegah. 

"Closer..." panggil suara itu lagi. Isla mendengus. Tentu Lucy nak menyakatnya.

"Lucy. This is not funny!" marah Isla. Tombol pintu biliknya dibuka dengan perasaan geram. Senyap.

Lampu dibuka. Tiada orang. Tapi macam mana tingkap biliknya boleh terbuka? Laju Isla menutup tingkap itu. Dia tak mahu fikirkan apa-apa yang menakutkan. Tentu Lucy sedang menyorok daripadanya. Dia tak boleh tunjuk takut. Nanti Lucy ketawakan dia.

"I swear I'm gonna kill you!" ugut Isla.

Tiba-tiba kedengaran bunyi keriut pintu bergerak perlahan-lahan di belakangnya. Isla tergelak kecil. Tahu pun takut.  CLICK. Bunyi pintu tertutup.

Isla terkaku di situ. Kenapa Lucy tak buka mulut pun lagi? Biasanya kalau kena ugut macam tu, laju je Lucy terjah dia. Perlahan-lahan dia mengambil keputusan untuk berpaling. Dipandang ke sekeliling. Tiada orang. Tiba-tiba lampu biliknya yang tadi terang bertukar malap. Hanya tinggal biasan cahaya lampu jalan dari luar cermin tingkapnya.

"Lu... Luce..." panggil Isla perlahan.

"Lucy?" tegurnya. Dia tak suka disakat!

"Nochtaviee (Muncul)." Suara seorang perempuan kedengaran. Isla terundur setapak ke belakang sebaik sahaja muncul wajah seorang wanita berpakaian serba putih. Lampu biliknya kembali terang.

"Si... siapa kau?" tangan Isla menggeletar. Rasa-rasanya dia memang nampak wanita itu boleh muncul secara tiba-tiba entah dari mana. 

Seorang wanita yang kelihatan muda, berambut lurus berwarna putih melepasi pinggang. Telinga wanita itu agak tajam. Tak macam manusia biasa. Mukanya putih pucat tapi tetap nampak cantik dengan bibirnya yang berwarna merah jambu itu.

"Siunas rhiveth. (Jangan takut)." Wanita itu bersuara lagi. Kali ini dia melangkah menghampiri Isla.

"Hvemer nokh irdu (siapa awak)?" soal Isla. Dia sendiri pun terkejut yang dia boleh faham bahasa pelik wanita itu. Malah, dia boleh menuturnya.

"Vaeghternu Arden. (Penunggu Arden)." Wanita itu menjawab soalan Isla dengan suara bisikannya. Isla kerutkan kening. Penunggu Arden? Siapa atau apa Arden tu?

"I don't have much time to explain. They need you. Bedvida-tralosar." Ujar wanita tersebut dalam bahasa peliknya sebelum membaca jampi. Automatik mata Isla terkatup. Tubuhnya longlai ke lantai.

'Penunggu Arden' itu mengangkat tubuh Isla ke atas katil menggunakan jampinya. 

'Letheous...' baca wanita itu lagi. Sekepul asap yang bercahaya putih muncul, wanita itu menolak masuk cahaya tersebut ke dalam ubun-ubun Isla. Serentak itu, mata Isla terbuka luas.

Dada terasa ketat, nafasnya sendat. Dia tercungap-cungap.

Diperhati ke sekeliling. Dia tidak lagi berada di dalam biliknya!

ȝ

ISLA DORYWhere stories live. Discover now