Bab 5

284 14 10
                                    

Salam. saya mintak maaf sebab dah lama sangat tak update bab 5 untuk cerita ni. Well, bagi yang masih belum tahu, saya sedang sibuk dengan training. Nak jadi macam Arissa la katakan. HAHAHAH. Hope you guys enjoy reading this. <3 Sebarang rasa tak puas hati, atau puas hati... boleh komen. Happy reading ya . 


BAB 5

MATA celik. Terkejut melihat dia dekat atas katil. Dipandang sekeliling. Sah, dia di dalam bilik. Kemudian dipandang pakaiannya. Keluhan lega dilepaskan. Dia bermimpi saja. Mujur dia dapat bangkit dari mimpinya yang pelik itu.

"Thank God!" jeritnya sekuat hati.

Tiba-tiba teringat perkara terakhir dalam mimpinya. Jumpa Alec dalam dunia ini? Isla mencemik. Alec bukannya wujud betul pun, kan? Tapi, tak salah kalau mencari... laju tangannya mencapai telefon di tepi kepala katil.

Dicari nama Alec Wyatt Ulric dalam setiap satu media sosial yang dia ada. Adalah dua tiga orang yang mempunyai nama dekat-dekat sama. Ejaan berbeza. Tapi, orangnya tak sama.

Kenapa dia boleh ingat jelas muka Alec? Kenapa dia boleh ingat dengan jelas kejadian itu? Dia memang bermimpi, kan? Atau tidak? Mimpinya macam realiti. Betul ke wujud Arden tu?

'Aku mesti dah gila!'

Selimut diselak. Kaki cecah lantai. Dia ada tempat yang nak dilawati hari ini.

"HAI... um. Isla kan?" tegur seseorang dari belakang. Isla berpaling. Perlahan-lahan dia angguk. Seorang lelaki menegurnya. Orangnya kurus tinggi. Rambut sangat messy, paras bahu. Pakaiannya? Jaket hoodie berwarna hijau tua. Muka? Marvellous.

Macam mana dia tahu nama aku? Soal hati Isla. Pelik.

"Saya... um... Quentin. Kalau awak pelik dari mana saya tahu nama awak. I overheard the librarian calling your name tadi." Ujar Quentin. Isla angguk-anggukkan kepalanya faham. Buat pertama kali dia mendaftar namanya ke dalam perpustakaan ini. Jadi, dia tak tahu pula yang dia akan menerima kad ahli. Bagus betul.

Sudahlah perpustakaan ini dibuka pada musim perayaan. Tapi memang tak ramai pengunjung sangatlah. Mungkin pemilik perpustakaan ini bukan penganut agama Kristian yang sibuk menyambut Krismas. Who knows?

"Quentin... okay." Isla tidak berminat hendak berbual lebih lanjut. Dia berharap agar lelaki itu pergi dari situ.

"What are you doing here on Christmas Eve?" Quentin tiba-tiba menarik kerusi di hadapan Isla lalu melabuhkan punggungnya ke situ.

"I'm reading. Of course." Balas Isla dengan nada sarkastik. Mata masih pada bahan bacaan.

"Tak pergi sambut ke?"

"Tak ada mood nak sambut Krismas. Semua keluarga duduk berjauhan. You?" soal Isla sekadar bermanis mulut. Kalau ikutkan, dia tak suka orang ganggu dia membaca. Tapi dia sedar, dia terlalu sombong tadi.

"Sama. Hey... hmmm. Any particular reason?" tegur Quentin yang masih tidak jemu hendak mengajak Isla berbual. Isla menarik nafas. Buku ditutup. Tak masuk satu habuk pun dalam kepala otak kerana dari dia tak boleh nak fokus.

"What do you mean?" kening terjungkit sebelah.

"Awak kaji tentang semua ni?" Quentin menyentuh buku-buku yang berterabur di atas meja itu dan menyusunnya.

"Hobby." Jawab Isla pendek. Quentin tergelak kecil. Tahu yang Isla tidak mahu berkongsi mengenai perkara itu.

"Awak tulis novel tentang kisah mitos ke?" teka Quentin. Mungkin dia pelik bila tengok banyak sangat buku kisah mitos, history dan sebagainya di atas meja itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ISLA DORYWhere stories live. Discover now