Hey heyyy! dah bab tiga. Sorry lupa nak update. Dah lama tak buka Wattpad.
BAB 3
"KITA tak ada pilihan lain selain berlawan. Escapees semakin ramai. Mereka dah mula buat kacau dekat negara kita. Banyak daerah yang dah terima 'kunjungan' mereka. Penduduk dalam ketakutan. Kita perlu kawal mereka dengan segera. By control, I mean, hapuskan mereka. Bunuh mereka." Cerita Alec.
Pada mulanya, dia mahu permaisuri saja yang terangkan kepada Isla kenapa Isla berada di situ. Tapi memandangkan Isla jenis yang tak sabar dan suka mendesaknya, dia terpaksa buka mulut. Isla is very persuasive. Dan memeningkan kepalanya. Dia fikir Isla akan senyap sehingga mereka sampai nanti. Tak sangka selepas dimarahi, semakin banyak soalan dari mulut Isla.
"What? I never sign up for this!" Isla membentak.
Gila ke apa? Tiba-tiba dia berada di dunia asing. Lepas tu, dapat tahu pula makhluk di sini menaruh harapan daripada dia untuk membunuh banduan mereka yang terlepas. Kalau setakat banduan biasa masuk akal lagi. Tapi banduan mereka bukannya manusia! Tapi strigas, orcs, hellhounds! Makhluk-makhluk aneh yang sememangnya ganas.
Bunuh manusia pun dia tak sanggup...
"Yes! That's what I thought!" Alec naik angin. Laju dia menarik nafasnya. Sabar Alec... sabar... dia cuba kenangkan pengalaman pertama dia di situ. Dia pun ada banyak soalan. Tapi dia tidak mendesak!
"Listen to me now. Sebelum ni ada beberapa orang manusia macam kita yang dah ke sini, tapi ramai yang dah mati. Semua yang berjaya ke sini adalah lelaki. Kau satu-satunya perempuan pertama yang berjaya travel ke sini. Sebab itulah kau kena 'sembah' tadi." Terang Alec. Isla diam. Ada soalan yang nak ditanya tapi tak terluah. Sebab dia tak tahu nak tanya yang mana satu dulu.
'And Alec is not a fan of questions.'
"Why?" soalnya setelah lama mendiamkan diri. Terlalu banyak soalan sehingga menyebabkan sepatah itu saja yang keluar. Kenapa dia? Kenapa itu? Kenapa ini? Kenapa semua?
Alec julingkan matanya ke atas. Eh, tak sangka warrior harapan Arden seorang yang bengap! Nafas ditarik lagi. Sabar, Alec. Sabar...
"Mereka percaya kau warrior yang mereka nanti-nantikan. Belum pernah ada zhudac wanita datang ke sini. Mereka percaya kau mampu membawa keamanan dalam negara Arden. Tertulis dalam kisah lagenda mereka tentang kewujudan seorang zhudac wanita yang akan tundukkan semua kuasa-kuasa jahat yang cuba hapuskan Arden. Tapi zhudac wanita tu belum pernah wujud sehinggalah sekarang. So, here you are... mereka semua percaya yang kaulah orangnya." Alec terangkan satu persatu dengan harapan Isla akan senyap sepanjang perjalanan.
"Zhudac? Apa tu?" Alec sudah ketap bibir sebaik sahaja soalan itu terbit dari mulut Isla. Salah dia juga sebab tak terangkan apa zhudac itu.
"Zhudac. Human sleepwalker. We don't actually sleepwalking. But, our ghost leaves the body while we are sleeping. And travel. So they called us Zhudacs."
"Tapi saya ditidurkan. Bukan saya sengaja-sengaja nak tidur. Saya tengah makan cereal tadi. Oh my god. Saya dah ingat apa yang saya buat sebelum perempuan tu datang. Saya tak sempat habiskan makanan saya! Kenapa dia tak datang lepas saya siap makan ke apa ke?" Isla naik marah bila teringat kejadian yang membawa dia ke situ. Memang pantang sungguh bila makannya terganggu.
"Yes. Kita ditidurkan. Sebab itu kita boleh berada dekat sini."
"Am I still sleeping now? I mean, the real me?" Isla tak kisah langsung dengan muka bengang Alec itu. Dia berhak tahu, kan? Alec garu lehernya. Bagaimana kalau Arden menaruh harapan kepada orang yang salah? Fikirnya.
YOU ARE READING
ISLA DORY
FantasyApa yang akan berlaku sekiranya kita menutup mata untuk tidur? Isla (Eye-la). The chosen one. Selepas berjumpa dengan Helena, hidupnya serta-merta berubah. Setiap kali tidur, dia dengan sendirinya berada di dunia Arden, sebagai seorang pahlawan zhu...