Bab 4

325 22 12
                                    

Sorry dah lama sangat tak update. I kinda busy dengan PRE order DUA-DUA DEGIL.


           

BAB 4

"SEPERTI yang tersebar, prisoners dari Arcell telah berjaya melepaskan diri. Mereka sekarang telah menyerang beberapa daerah Arden. Serangan terbaru dikatakan berlaku di Dark Forest, dan ada strigas yang dijumpai di..." Domhnall sedang berucap, tiba-tiba bilik mesyuarat terbuka luas.

"My Lord..." askar elf yang mengganggu mesyuarat itu memberi tunduk hormat.

"Yes? Saya nak dengar alasan yang kukuh kenapa mesyuarat saya diganggu." Domhnall berkata. Pengawal keselamatan itu nampak gentar bila suara Domhnall kedengaran tegas.

"She's... she's here." Sebaik sahaja berita itu disampaikan. Domhnall ternganga. Riuh sekejap bilik itu jadinya. Masing-masing tidak percaya dengan apa yang didengari dari mulut elf itu.

"She? It's a 'she'? Did you hear that?" soal Domhnall kepada isterinya, Permaisuri Clara. Mukanya jelas nampak teruja dengan berita itu. Domhnall angkat tangannya mengarahkan seisi bilik itu diam. Dia tak sabar nak berjumpa dengan perwira baru mereka. 

Bilik jadi sunyi sepi.

"Kamu boleh bersurai! Ada sesuatu yang ingin kami bincangkan dengan warrior baru kita." Dohmnall memberi arahan. Laju saja arahannya dituruti orang suruhannya.

"Alec Wyat Ulric and Isla Dory." Si elf itu menyeru nama Alec dan Isla agar segera masuk ke dalam bilik tersebut. Isla masuk dengan teragak-agak. Besar suara raja yang dia dengar dari luar tadi. Mesti orangnya garang! Fikirnya.

"My warriors." Kedatangan mereka disambut penuh gembira oleh Domhnall dan Clara.

"He's the king. Bow." Bisik Alec. Laju Isla menuruti tingkah Alec. Tunduk hormat dengan sebelah lutut di lantai. Keluarkan pedang dan tongkatkan tangan ke situ. Oh! Macam dalam cerita Merlin! Domhnall memberi isyarat supaya mereka bangkit tidak lama kemudian.

"Isla Dory... Isla, is a name for a girl who will take on the world." Mata Clara bertukar warna apabila menyebut nama Isla. Isla tercengang seketika. Raja dan permaisuri Arden rupa-rupanya bukan manusia. Tetapi elf!

"And win." Sampuk Raja Domhnall. Mereka kelihatan ceria sekali. Seolah-olah nama Isla itu merupakan takdir penentu nasib Arden.

"Deoiridh (Dory) means, smart... fearless. Just like what we need here. A warrior like you." Tangan Isla dipegang Permaisuri Clara. Permaisuri Clara nampaknya benar-benar menaruh harapan pada Isla. Oh, jadi inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Alec tadi. Maksud nama dia gah! Sebab itulah dia boleh berada di sini.

Aduh, kenapa dia rasa tanggung jawabnya semakin berat? Bilalah dia boleh sedar dari mimpi ini? Dia tak nak duduk dekat sini. Semakin ramai yang dia jumpa, semakin besar tanggung jawab yang tergalas di bahunya. Dia nak jadi gadis yang bersendirian di hari Krismas. Itu saja! Mimpi ini semakin menakutkan... lebih menakutkan dari bersendirian di hari Krismas.

"I am not qualif..." Isla cuba bersuara.

"Explain how you kill that beast just now?" Alec menyampuk.

"Itu tindakan refleks..." Isla membalas. Permaisuri dan Raja tersenyum mendengarnya. Alec dah nampak Isla beraksi? Mereka jadi tertanya-tanya pula. Bagaimana agaknya Isla berlawan? Tentu hebat!

"Thank you, Alec. You see, Isla. Wishing Well memang tak silap pilih orang." Raja bersuara.

"Wishing well? Bukan ke ada seseorang yang masuk ke bilik aku? Helena kan nama dia?" soal Isla kepada Alec. Alec kecilkan mata, beri amaran supaya jangan banyak bertanya!

ISLA DORYWhere stories live. Discover now