PROLOG

457 9 0
                                    


          Datangnya sekumpulan bangsawan ke bumi Kenyalang, menyeluk segala janin bumi yang keguguran dan kemudian satu persatu dikutip mereka. Para Brooke bersama peranakannya dengan haloba yang sesak di dada, runsing berfikir di mana akan diletaknya hasil copetan sejak tiba pelayarannya ke Borneo. Maka tercetusnya idea untuk membina sebuah rumah agam yang indah terlihat dari Santubong ke Mulu, dari pangkal Rajang ke hulu, yang akan dihormati setiap penduduk di buminya. Tepat bertarikh 4 September 1847, siap berdirinya sebuah kediaman agung di bumi Sarawak, dan dinamakan 'Villa Gemelli' bersempena kedua cahaya mata kembarnya.

          Berpuluh tahun didiami si Raja Putih bersama anak cucunya, kini banyak sejarah silam yang manis lebih dukanya tersimpan dalam villa ini. Mahupun ada keluarga dengan sebidang hartanya ingin memiliki rumah seagam istana, itu namun syarat pertama tak dituruti maka tempat itu untuk didiami mereka mimpi belaka.

"Sebuah keluarga, dengan satu pasangan kembar sahaja"

          Turuti syarat itu, ingkar maka Villa Gemelli bukan miliknya.

KEMBARWhere stories live. Discover now