BAHAGIAN V - DENDAM (AKHIR)

293 12 0
                                    

          "Syabas", Lynn dengan langkah yang perlahan melangkah masuk ke dalam stor itu sambil menepuk-nepuk tangan bangga.

          Hazli hanya tersenyum melihat Lynn. Dia turut berasa bangga atas keberjayaan rancangannya. Lynn berhenti menepuk tangan namun masih meneruskan langkah perlahannya mendekati Hazli. Tetapi, Hazli mula berasa hairan apabila menyedari ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Lynn tiba-tiba menarik-narik rambutnya dan akhirnya rambutnya tercabut. Kemudian ditanggal bajunya perlahan-lahan dan mengelap solekan pada wajahnya. Terkejut Hazli melihat perbuatan Lynn itu dan kemudian dia baru tersedar,

          Lynn ialah Vinn.

          "Mesti tuan rasa hairan tentang apa yang berlaku sekarang kan?", Vinn dengan nada yang lembut cuba untuk menenangkan keadaan.

          "PEWW!", bunyi tembakan revolver .44 Magnum milik Vinn tepat mengenai kaki kiri Hazli. Meronta-ronta Hazli menahan kesakitan dan dia masih berasa hairan tentang apa sebenanrnya yang sedang berlaku.

          "Untuk dipendekkan cerita, tuan. Sebenarnya saya sengaja salah terjemahkan syarat-syarat wasiat yang saya terangkan kepada tuan siang tadi, supaya tuan boleh menyenangkan kerja saya"

          "Senangkan kerja kau? Apa maksud kau sial?!", dengan penuh amarah Hazli melontar soalan itu.

          "Takpalah, untuk memudahkan tuan faham, biar saya terjemahkan syarat-syarat di dalam wasiat tu yang sebenarnya", Vinn mengeluarkan wasiat moyangnya itu dari dalam poket bajunya dan mula menterjemahkan isi kandungannya:

1. Sebuah keluarga yang lengkap.

2. Mempunyai dua orang anak sahaja, dan mestilah kembar.

3. Sah memiliki dan tinggal di 'Villa Gemelli'.

4. Dibunuh semuanya sebelum masuk hari ketiga keluarga tersebut tinggal di 'Villa Gemelli'.

5. Dibunuh oleh ahli keluarga atau darah daging Keluarga Mazeletto yang mempunyai kembar.

6. Dibunuh juga kembar kepada pembunuh itu sendiri.

          "Itulah terjemahan sebenar wasiat moyang saya, yang juga bekas orang gaji kepada keluarga Brooke. Atas dendam yang tak pernah terbalas moyang saya terhadap keluarga Brooke, terutamanya semenjak kelahiran cahaya mata kembar pertama mereka, kehidupan keluarga kami tidaklah lagi bahagia seperti dahulu. Malah lebih dilayan seperti hamba abdi berbanding orang gaji. Jadi, dia ciptakan wasiat ini supaya keturunannya yang lain dapat membalas dendam kesumatnya", penerangan panjang daripada Vinn untuk menceritakan kisah sebenar.

          Hazli yang tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap kisah Vinn kerana kesakitan yang amat dirasainya, hanya mampu mengerang kesakitan dan memegang luka tembakkan pada kakinya.

          "Rambut ni pula, ini memang rambut Lynn. Saya potong dengan teliti dari lapisan kulit ternipis atas kepalanya, jahit semula dengan rapi menggunakan benang yang amat berkualiti dan tahan buat selamanya, supaya nampak sempurna dan boleh saya gunakan dalam penyamaran saya. Saya rindukan Lynn, tapi saya lebih inginkan dendam moyang saya terbalas. Saya terpaksa lakukan semua ni", Vinn menyambung ceritanya yang agak menjijikkan.

          Vinn menghembus nafas kekecewaan kerana berasa dirinya bercerita sendirian.

          "Sudahlah tuan, saya taknak buang masa lagi", Vinn mengacukan pistol revolvernya ke arah tepi kepala Hazli, sambil melihat jam tangan yang dipakai di tangan kirinya terlebih dahulu sebelum menekan pengatup revolver tersebut.

          "Pantasnya masa berlalu. Sekarang dah jam 11:58 malam. Hampir tak sempat saya nak lunaskan kemahuan moyang saya, kan tuan? Kalau tidak terpaksa saya menunggu mangsa yang baharu", Vinn hanya tergelak kecil.

          Keadaan sunyi seketika. Hanya deruan angin malam yang bersiul di luar kedengaran.

          "Selamat berjumpa di sana, tuan Hazli"


TAMAT

©HARITH IKHWAN 2017

KEMBARWhere stories live. Discover now