SINOPSIS

8.6K 203 0
                                    

Update on 27/1/2017

AFRA HUDA. Seindah dan secantik namanya. Tapi sayang, hidupnya tidak sebegitu. Derita yang dia tanggung selama berkahwin terpaksa dia simpan sendirian kerana dirinya yatim piatu. Dan lelaki yang menjadi suaminya sekarang inilah telah menjadikan dia piatu. Dia sangka lelaki itu akan menjaganya dengan penuh kasih sayang tetapi tidak! Dia dijadikan seperti hamba oleh suami sendiri. Dan dia sudah penat dengan kehidupan sebegini!

Berstatus ahli perniagaan dan memiliki emapayar perniagaan yang luas sehingga ke luar negara. Orangnya tegas dan skema ketika kerja tetapi berubah menjadi seorang playboy dan lelaki yang sweet apabila berada di luar. Itulah dia, IMDAD IDZIYAD. Seorang CEO muda yang berjaya dan disegani ramai orang tetapi perangai kalah hantu.

Hidup sebagai isteri Imdad Idziyad sangatlah sengsara kerana dia dilayan tidak ubah seperti pelacur. Dilayan baik ketika inginkan 'sesuatu' dan dilayan seperti sampah apabila di sisi lelaki itu ada wanita yang berdahi licin. Dan dilayan seperti seorang isteri apabila ahli keluarga suaminya ada bersama.

"Hey! Betina! Aku dah pesan banyak kali dengan kau supaya ambil pil pencegah kehamilan. Kenapa kau susah sangat nak faham, bodoh?" - Imdad Idziyad.

"Kalau awak tak nak bertanggungjawab pada anak dalam perut saya, saya terima. Tetapi tolong lepaskan saya!" - Afra Huda.

Adakah Imdad Idziyad akan menceraikan Afra Huda setelah dia jatuh cinta dengan isteri sendiri? Dan adakah Afra Huda akan terima Imdad Idziyad balik setelah satu rahsia terbongkar? Hati Afra Huda telah terluka teruk, mampukah Imdad Idziyad meraih kembali kasih sayang isteri saat hati itu sudah hancur berkecai?

HURT SERIES 1 : BIARKAN AKU TERLUKA  [EBOOK]Where stories live. Discover now