Motor yang ditunggang Aidil dan Lidiya berhenti di hadapan sebuah rumah teres.
"Kau bawa motor macam pelesit." Itu ayat pertama dari Lidiya apabila kakinya mula memijak tanah. Aidil tersengih.
"Rumah siapa ni?"
"Rumah sewa akak aku. Jom." Aidil menarik tangan Lidiya masuk kedalam rumah tersebut.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Eh Aidil, Apa cer datang sini?" Seorang perempuan cantik gila nak mampus menyambut kedatangan kami.
"Aidil bawa kawan. Nak jalan-jalan ni. Tapi tulah tengok baju dia, baju sekolah kan. Apalagi?" Kakak Aidil mencebik.
"Kalau nak minta tolong tu baik-baiklah. Jom kawan Aidil, akak carikan baju." Kakak Aidil menarik lembut tangan Lidiya.
Setelah kakak Aidil menutup pintu. Dia bergerak ke almari yang besar gedebak lalu membuka pintu alamari tersebut.
Dia menilik tubuh Lidiya.
"Nama siapa?" Kaka Aidil bertanya ramah.
"Lidiya."
"Nama akak Alia. Panggil je Kak Al."
Kak Al membelek-belek baju didalam almari lalu menghulurkan beberapa kain kepada Lidiya.
"Cuba ni. Akak nak ambil barang dekat bilik sebelah dulu. Okey."
Kak Al keluar meninggalkan Lidiya untuk menukar baju.
Skinny jeans hitam dengan tshirt putih dipadankan dengan jaket hitam.
Sesuai dengan tubuh Lidiya.
"Dah?" Kak Al datang bersama kotak-kotak make upnya.
"Mari duduk atas kerusi ni. Akak nak bagi sentuhan terakhir. Hehehe." Kak Al tersengih.
Lidiya duduk. Kak Al mula mencolek segala macam ke muka Lidiya.
Author tak tahu apa nama segala natang make up tu sebab author tak pakai make up.
"Done. Hmm wait." Kak Al menarik getah rambut Lidiya. Rambut dark brownnya yang sedia kala ikal cantik dibiarkan lepas.
"Now, perfect. Dah cepat keluar. Aidil dah tunggu dekat luar tu. Beg dan baju sekolah tu biar dulu kat sini. Nanti balik baru ambil." Kak Al menghulurkan sneakers bertumit tinggi kepada Lidiya.
"Thanks kak Al."
"Welcome."
Lidiya berjalan perlahan ke arah Aidil yang kusyuk bermain handphonenya sambil duduk di atas motor.
"Hei."
Aidil menoleh. Terpaku. Ternganga. Terkejut.
"Liya, kau cantik sangat."
Lidiya menoleh ke belakang. Takde orang.
"Siapa Liya?"
"Hehe sorry. Nama kau panjang sangat jadi aku pendekkan lah."
Lidiya aka Liya mengangguk. Tak lah panjang sangat nama dia. Yelah tu.
"Tapi serius, kau cantik sangat."
"Thanks." Liya memandang Aidil. Well, tak boleh disangkal yang Aidil nampak sangat cool dengan jeans hitam dan tshirt hitam putih tu.
"Jom jalan." Macam biasa dia akan menyarungkan helmet di kepala Liya dan dia.
Enjin dihidupkan lalu motor berkuasa tinggi tersebut memecut laju.
###
Mereka tiba di satu tempat yang agak asing di mata Liya.
YOU ARE READING
Dia Akak Sombong
Roman pour AdolescentsThat moment bila seorang pompuan yang sombong tahap nakharom tak hengat dunia dan tua, aku ulang TUA! Dingganggu oleh juniornya yang muda setahun dan gatal tahap maharajalela. Bila Adik Gatal ganggu Akak Sombong pelbagai kisah lucu, suka dan duka. D...