SMK Dato Uthman riuh dengan gosip hangat lagi fresh dari ladang.
Disini sana semua berceloteh tentang gosip tersebut. Lagi-lagi kaum hawa.
Aidil duduk di meja kantin sambil melahap mi karinya. Sedikit pun tidak terusik dengan gosip tersebut.
"Betul ke apa yang aku dengar ni?" Seorang lelaki duduk di kerusi hadapan Aidil.
Aidil mengangkat muka lalu melemparkan senyuman semanis kurma.
"Aku bukan gay. Tak hengen langsung dengan senyuman minta kaki kau tu." Lelaki yang bername tag Waiz tersebut membuat muka jijik.
"Hehe... Aku..."
"Weh bro. Aku ada dengar cerita. Betul ke?" Seorang pelajar perempuan menyelit ke dalam perbualan tersebut.
Aidil dan Waiz saling memandang. Di dalam hati terdetik sesuatu.
Adakah ini cinta?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Just kidding.
"Hoi!" Pelajar perempuan tersebut menghentak meja.
Seakan tersedar Aidil dan Waiz berdiri mengejut.
"Yana! Bila datang! Rindunya dekat kau!" Mereka berdua berura-ura ingin memeluk Yana. Namun Yana cepat mengelak.
"Haip. Apa nak peluk-peluk macamlah lama aku pergi."
"3 hari weh. Lama tu. Hari-hari ku terasa bosan tanpa lawak hambarmu."
Aidil pasang ayat manis yang tak berapa nak manis.Yana mencebik.
"Aku tanya ni. Betul ke tidak gosip pasal kau tu?" Yana kembali membuka topik utama.
"Gosip yang mana?" Aidil buat-buat tahu.
"Pasal kau mesra gila babi dengan akak sombong tu." Waiz pula menyampuk dan disambut gelengan dari Yana apabila perkataan 'gila babi' keluar dari mulut Waiz yang kononnya suci ni.
"Betul lah tu kot." Waiz dan Yana ternganga.
"Aku nak tanya something. Sebenarnya, kenapa dia kena panggil dengan gelaran akak sombong?" Aidil bertanya setelah memberi peluang lalat-lalat berhijrah kedalam mulut dua orang sahabatnya.
"Sebab dia sombong." Aidil memandang wajah Waiz.
"Takde kawan." Lalu memandang Yana.
"Kedekut ilmu." Kembali ke Waiz.
"Ego." Yana
"Pendiam." Waiz
"Kuat mencarut." Yana lagi.
"Anak orang kaya." Waiz pula.
"Budak pandai." Yana besarkan mata.
"Kejam." Waiz meletakkan tangan kanannya di leher lalu ditariknya.
"Pembunuh." Yana.
"Gila." Waiz.
"Penipu." Yana mengangguk-angguk.
"Gangster." Waiz buat simbol pistol dengan tangan kanannya.
"Pen..."
"Woi woi... Sudah. Apa yang korang merepek ni." Aidil mengusap belakang lehernya. Mukanya berkerut-kerut.
"Apa kerepek?" Waiz buat muka naif. Yana memukul kepala Waiz.
"Eh sorry... Terlebih emo tadi. Padah tengok movie Lucy kan. Hehehe." Yana menjawab.

YOU ARE READING
Dia Akak Sombong
Teen FictionThat moment bila seorang pompuan yang sombong tahap nakharom tak hengat dunia dan tua, aku ulang TUA! Dingganggu oleh juniornya yang muda setahun dan gatal tahap maharajalela. Bila Adik Gatal ganggu Akak Sombong pelbagai kisah lucu, suka dan duka. D...