Saat Liya menapak kedalam kawasan parking motor, Aidil sudah menunggu diatas motornya dengan senyuman manis.
"Nak apa?"
"Lek ah... Baru je datang dah tanya. Macam along doh." Aidil tertawa kecil.
"Cepatlah kau nak apa?" Nampak sedikit memaksa.
"Teman aku jom."
"Pergi mana lagi?" Pergh bunyi macam tak sudi je.
"Adalah. Jom." Aidil memakaikan helmet di kepala Liya.
Enjin dihidupkan. Gear dipijak dan sekelip mata motor yang ditunggang mereka lesap dari kawasan parking.
"This is it."
"Kau memang suka bawa aku dekat tempat yang pelik-pelik ek?"
Aidil memandang kawasan funfair didepannya. Dia mengusap perlahan tengkuknya.
"Pelik ke?"
"Sangat." Wajah Liya masih beku.
"Biarlah. Jom." Aidil menarik tangan Liya berjalan masuk kedalam funfair tersebut.
"Kita pergi mana dulu?"
Liya mengangkat bahu. Riaknya seakan tidak peduli dengan keadaan funfair yang riuh tersebut.
"Rumah hantu nak?" Aidil mencuit bahu Liya untuk menarik sedikit perhatian dari Liya.
Cliche again.
"Suka hatilah."
"Okey." Aidil menarik tangan Liya sekali lagi. Langkahnya dilajukan menuju kaunter membeli tiket.
Masuk rumah hantu pakai tiket ke? Soalan ikhlas ditaja khas dari author.
###
"Nah." Liya menghulurkan satu plastik ais ketul kepada Aidil.
"Tolonglah. Tak kesian dekat aku ke?" Aidil buat muka kesian. Tangannya tak henti-henti mengusap wajahnya yang terdapat beberapa kesan lebam.
Liya menarik sehelai sapu tangan dari poket bajunya.
Plastik berisi ais tersebut dibungkus dengan sapu tangan biru muda Liya.
Lalu ditekan ditepi bibir Aidil. Lembut.
"Auch! Slow slow." Aidil menahan tangan Liya.
"Tahanlah sikit." Liya kembali meruskan kerjanya.
Tentu banyak yang tertanya apa yang telah terjadi kepada Aidil.
Well, ceritanya macam ni...
"Slow slow lah sikit jalan tu. Kau ni macam tak ada feel jalan dalam rumah hantu."
Aidil berlari anak cuba mengejar langkah Liya. Sudahlah rumah hantu ni gelap, kalau hilang anak dara orang apa yang nak dijawabnya.
"Liya..." Lembut suaranya memanggil Liya apabila dilihatnya kelibat Liya berdiri kaku dihadapannya.
"Aku tak takutlah dengan setan-setan macam korang!"
"Mampus kau! Mati!" Suara seorang lelaki memekak didalam rumah hantu tersebut.
Aidil menarik kuat tangan kanan Liya menyebabkan tubuh Liya terundur kebelakang.
Hampir. Kalau Aidil tidak menarik tangan Liya tadi mungkin penumbuk lelaki tak dikenali tersebut selamat hinggap dipipi Liya.
Tapi, sebagai gantinya lelaki tersebut menumbuk bertalu-talu wajah Aidil.
"Aku tak pernah takut dengan hantu ataupun setanlah!" Semakin kuat tumbukannya.

YOU ARE READING
Dia Akak Sombong
Teen FictionThat moment bila seorang pompuan yang sombong tahap nakharom tak hengat dunia dan tua, aku ulang TUA! Dingganggu oleh juniornya yang muda setahun dan gatal tahap maharajalela. Bila Adik Gatal ganggu Akak Sombong pelbagai kisah lucu, suka dan duka. D...