"Assalamualaikum." Aidil berjalan masuk kedalam rumahnya.
Hmm... Rumah besar tapi sunyi.
Dia baru saja balik dari kafe belakang bangunan tadi sebab melepak dengan kawan-kawannya.
Dia menapak satu persatu anak tangga menuju ke tingkat atas.
Pintu biliknya dibuka perlahan.
Dia berjalan menuju meja kecil di tepi katilnya. Jam tangannya dibuka lalu diletakkan diatas meja tersebut.
Matanya terarah ke sehelai kertas didalam laci mejanya yang terbuka sedikit.
Dia menarik laci mejanya lalu mencapai kertas tersebut.
Borang Penyertaan Kem Kepimpinan.
Aidil tersenyum. Nampaknya dia tahu apa yang boleh dilakukannya untuk mengisi kebosanan yang dilandanya tiap-tiap hari.
###
Seorang remaja berlari anak manuju kesebuah motor berkuasa tinggi bertinta biru hitam.
Helmet dipakainya. Motornya ditunggang laju. Sekilas dipandangnnya jam di pergelangan tangan.
01:25 a.m.
Malam masih muda. Semakin kuat pulasan di handle motor.
Motornya betul-betul berhenti didepan sebuah simpang yang agak tersorok.
Sebuah Hilux berwarna kelabu sudah lama berhenti di simpang menunggu penunggang motor tersebut.
"Lambat." Seorang perempuan berambut hitam berkilat dengan mask hitam di mukanya berdiri di atas bahagian belakang Hilux.
"I know."
"Then?" Perempuan tersebut masih tak mahu mengalah.
"Stop it Kate. Kau buang waktu." Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan mask hitam keluar dari tempat pemandu.
Kate menghentak kakinya seperti budak-budak.
"Dan, dah siap semua barang?"
Lelaki bernama Dan itu mengangguk.
Penunggang motorsikal tersebut mengeluarkan mask dari poket seluarnya lalu dipakai. Hoody jaketnya ditarik menutupi kepalanya setelah helmet dibuka.
Mereka bertiga sama, berpakaian serba hitam. Dan mereka mempunyai matlamat yang sama.
"Dan, kau cover belakang banglo tu. Kate, cover depan. Lebihnya biar aku urus. Dah dapat apa yang kita target, terus blah. Aku tak nak kejadian yang sama berulang lagi."
Remaja berhoody tersebut menjeling Kate."I know. I know. I tak buat lagi dah." Kate mengangkat kedua-dua belah tangannya.
"Kau boleh buat sendiri ke? Aku tak rasa kau boleh angkut target tu sorang diri." Kata-kata Dan disambut anggukan dari Kate.
"Nanti aku pass dekat kau lah." Remaja berhoody tersebut turun dari motornya.
"Gerak." Isyarat diberi dan mereka bertiga pun berjalan perlahan-lahan menuju ke sebuah banglo tiga tingkat.
Mereka memanjat pagar sebelah kanan banglo tersebut.
Lalu mereka berpisah. Kate menuju bahagian hadapan banglo. Dan menuju bahagian belakang banglo. Manakala remaja berhoody tersebut terus berjalan kearah dinding sebelah kanan banglo.
Thanks kepada seni bina luaran banglo tersebut. Dengan keadaan dinding yang bertingkat-tingkat, remaja berhoody tersebut dapat memanjat dengan mudah dinding tersebut.

YOU ARE READING
Dia Akak Sombong
Teen FictionThat moment bila seorang pompuan yang sombong tahap nakharom tak hengat dunia dan tua, aku ulang TUA! Dingganggu oleh juniornya yang muda setahun dan gatal tahap maharajalela. Bila Adik Gatal ganggu Akak Sombong pelbagai kisah lucu, suka dan duka. D...