✿-03

573 65 5
                                    


++

🌙 Bilik kesihatan 🌙

"Nayeon unnie kata yang tangan kau dah ok tapi jangan gerak sangat" Umji berkata sambil membelek-belek tangan Yerin yang mempunyai kesan cakaran yang sederhana besar.

"Kau dapat dari mana cakaran ni?? "Tanya Umji yang tak lekang memandang kearah cakaran itu.

"Mama aku cakap yang cakaran tu memang ada sejak aku lahir" ujar Yerin sambil mengusap pelan bekas cakaran itu.

"Aa... Kita sama"ujar Umji lalu memandang tepat ke anak mata Yerin.

"Kau pun ada?? " Soal Yerin dengan wajah terkejut.

Umji mengangguk lalu duduk di hadapan Yerin tetapi belakang kepalanya menghadap Yerin. Umji mengangkat rambutnya dari menutup leher dibelakangnya. Bentuk seperti ais terukir di tengkuk milik Umji.

"K-kyeopta" Yerin terpegun dengan bentuk ais di tengkuk Umji lalu menyentuh ukiran air itu. Tiba-tiba bentuk ais itu bercahaya secara tiba-tiba.

"Omo! " Yerin berasa terkejut lalu menarik tangannya dari menyentuh tanda itu.

"wae?? Dia bercahaya ke?? "Soal Umji dan Yerin pun menganggukkan kepala.

"Tu memang dah biasa dah kau janganlah terkejut sangat" Umji berkata sambil memandang Yerin.

"Mama aku pernah cerita pasal tanda ataupun cakaran tu" ujar Umji sambil mengeluh perlahan sebelum mula bercerita.

"Mama aku kata yang sesiapa yang ada tanda macam tu telah dijodohkan dengan Demon mahupun mahkluk lain. Tapi kau janganlah percaya sangat sebab sekarang zaman moden. Mustahil benda macam tu wujudkan. " Umji terus memejamkan mata selepas menceritakan hal itu.

"Kau janganlah fikir sangat Umji-yaaa.. Kau terlihat seperti orang lepas bersalin dengan wajah itu" Yerin berkata sambil menarik pipi Umji dengan lembut .

"Kau buat lawak hambar ke apa hah? " Umji memukuk manja bahu Yerin lalu mereka berdua tersenyum dan ketawa.

Disebalik langsir yang berada disebelah katil Yerin terdapat susuk badan terbaring sambil memejamkan matanya.

'Bentuk Ais.. Heh ' bisik hati orang itu lalu tersenyum sambil memandang lengannya. Alaa bahagian yang selalu kena suntik tuu yg dekat tangan tu yg urat tu.. Hah kat situ.

"Oh yaa Umji... Kenapa kau nampak macam benci salah sorang dari BTS tu?? " Soal Yerin kepada Umji.

"Tu.. Aku pun tak tahu. Sejak ak masuk sekolah ni dah ada perasaan benci kat dia" ujar Umji lalu memandang sekeliling bilik itu dan terhenti sebaik sahaja dia ternampak sepasang kasut tengah baring dikatil sebelah Yerin.

'Tsk.. Min Yoongi' Getus Umji dalam hati sambil memandang kasut itu dengan perasaan benci.

"Umji.... Umji! " Jerit Yerin kepada Umji.

"N-nae?? " Umji memandang Yerin kembali.

"Kita pergi kantin nak?? Dah rehat dah ni" ajak Yerin lalu Umji hanya mengangguk sahaja. Mereka berdua pun mula bangun lalu berjalan keluar dari bilik kesihatan.

Suga perlahan-lahan bangun dan duduk diatas katil sambil memandang tanda berbentuk ais di tangannya yang tadinya bercahaya tetapi telahpun hilang.

“Heh.. Akhirnya aku jumpa juga kau...”




































to be continued✿」

Scars ✔Where stories live. Discover now